1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 4) : Menyusuri Sungai Kura Sambil Menghirup Udara Petang

 ... Episod Sebelumnya (Episod 3)

Masih lagi di hari kedua kami di bumi Georgia. Hujan turun dengan agak lebat awal petang itu menambahkan lagi kedinginan. Pabila hujan reda, kami meneruskan semula pelan kami untuk petang itu. Kami menyusuri tebing Sungai Kura menuju ke sebuah rumah bot merangkap sebuah bar terapung untuk menaiki bot dan menikmati permandangan Tbilisi Old Town dari sungai petang itu. Perjanjian awal dengan tuan punya bot telah dibuat oleh seorang rakan tanpa sengaja pagi tadi. Bayaran sebanyak GEL200 dikenakan untuk sebuah bot bagi perjalanan lebih kurang 30 minit. Bot yang disediakan agak besar dan boleh memuatkan kami 6 orang dengan cukup selesa.

Permandangan tebing tinggi sepanjang Sungai Kura di Tbilisi. 
Banyak bangunan di atas tebing tinggi itu. Tak takut ke mereka 
agaknya tinggal di situ?

Sungai Kura atau dalam bahasa tempatan dipanggil Mthvari adalah sebuah sungai sepanjang lebih kurang 1,500km yang berpunca dari Lesser Caucasus di Turkiye, membelah Georgia, bandar Tbilisi, Azerbaijan dan seterusnya berakhir di Laut Kaspia. Airnya agak keruh di Tbilisi tetapi cukup bersih

Sepanjang perjalanan dapat dilihat tebing-tebing tinggi lebih kurang 50m hingga 100m sepanjang sungai dengan binaan rumah dan bangunan senibina klasik ditebingnya. Permandangan sangat cantik tetapi agak menakutkan kalau kite yang duduk di rumah di tebing setinggi itu. Kita dapat juga melihat Bandar Lama Tbilisi dari dalam bot yang melintasi Jambatan Metekhi yang berlatar belakangkan Metekhi Church dan Statue of King Vakhtang Gorgasali. Melepasi Metekhi Bridge kite dapat melihat binaan moden di Tbilisi seperti The Bridge of Peace, bangunan Rike Music Theatre and Exhibition Center dan Bangunan Public Service Hall.  

Satu lapi permandangan tebing tinggi Sungai Kura yang menarik perhatian.

Di dalam bot. Bot yang disediakan sangat besar dan selesa untuk kami berenam. 
Permandangan syahdu sahaja sepanjang sungai di kawasan ini.

Gondola Mother of Georgia Tramway yang melintasi sungai


The Bridge of Peace

Rike Music Theatre and Exhibition Center

Public Service Hall 

Arca di sebuah jambatan merentasi Sungai Kura

Selesai aktiviti river cruise, kami telah diminta oleh tuan punya bot untuk menyusuri sebuah terowong yang diberi nama Treasure Walking Path. Terowong ini dari luarnya agak menakutkan dan di dalam terowong ini kita dapat menyaksikan banyak karya seni yang aku rasa macam karya pengiat seni amatur dan sedikit tentang sejarah Georgia. Tak baca sangat catatan yang terdapat dalam terowong itu kerana suasana di dalam terowong yang gelap dan mata pula dah tak berapa nak nampak. Peminat sejarah dan seni mungkin boleh datang melawat terowong ini. Agak panjang juga terowong ini dan masuk adalah percuma. Di pengakhiranya. terowong itu membawa kami ke kawasan Abano St. Kami berada di tingkat bawah di kawasan sungai kecil yang dikatanya airnya terasa hangat. Cantik suasa kawasan ini masa itu tatkala hari beransur-ansur senja.

Gambar kenang-kenangan bersama ahli rombongan sambil belajar ke Georgia
I💗Georgia

Gambar kenangan bersama dua jenis makanan tradisional Georgia
- Khachapuri dan Khinkali 

Treasure Walk Path
Terowong di bawah jalan raya

Suasana di dalam terowong Treasure Walk Path 

Di penghujung Treasure Walk Path kita akan
tiba di kawasan ini. Permandangan yamg menarik
tatkala matahari sedang terbenam.
 

Sebenarnya tak tau apa nama kawasan ni. 

Malam itu kami telah singgah di Restoran Tbilisi Istanbul, sebuah restoran Turkiye untuk makan malam. Agak ramai pengunjung ke restoran itu malam itu. Kami memilih makan masing-masing apa yang diingini. Aku dah sahabat telah berkongsi satu hidangan ayam, yang satu porsinya agak banyak untuk dimakan seorang. Bagi kami yang rata-rata jarang merasa makanan Turkiye, mungkin ade restoran Turkiye lain yang lebih sedap.. hehehe

Makan malam kami hari tu di sebuah Restoran Turkite bernama
Tbilisi Istanbul Restaurant atau Tbilis Is Tanbul Restaurant

Selfie sebelum makanan tiba

Selfie selepas makanan tiba. Penuh satu meja dengan makanan 

Makanan pilihan aku, share dengan seorang sahabat. 
Pelbagai jenis masakan berasaskan ayam bersama kentang goreng, 
bawang mentah dan ape ntah yang merah tu (macam kobis merah).
Kalau tak silap harganya GEL20

Minuman pilihan Turkish Tea

Selesai makan malam, kami ke Liel Chimney and Coffee sekali lagi untuk sesi dessert.

Berjaya meracun rakan-rakan yang lain untuk mencuba Liel Chimney Cake

Seorang staf Liel Chimney Cake and Coffee
sedang bertugas menyediakan Chimney Cake

Chimney Cake untuk desserts malam itu

... bersambung (Episod 5)


You Might Also Like

10 comments

  1. Best dapat jalan-jalan macam ni.

    Waktu ni dah pukul berapa? Macam gelap sikit view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang tu baru lepas hujan, so cuaca dia mendung2 saja petang tu. Malam awal kat sini masa tu, pukul 5.30 petang matahari dah nak terbenam...

      Delete
  2. Dengan cuaca sejuk dapat naik cruise yg sangat selesa menjelajaih sungai kura.. seronok nya..
    Cantik dan unik juga design bangunan theater, bridge dan public service hall tu.. berbaloi naik cruise ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. di kawasan ni dia combination old and new architecture. cruise kat sini mcm kurang popular, tak banyak pon bot yang cruise atas sungai Kura

      Delete
  3. Berbaloi masuk terowong tu.. plus free pulak tu hihii.. kalau saya confirm dah baca semua fakta yang ada.. minat sejarah kan hihiii.. nampak banyak portion makanan tu mmg kena makan berdua la.. kalau seorang tak habis tu.. sedap sgt chimney cake tu sampai repeat makan hihihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni mata dah tak nampak, terowong plak samar2 je cahaya nya tu yg tak dpt nak membaca.. hehehe.. portion makanan kat restoran tu besar jugak dan bole share 2-3 orang. tp tu lah, bukan makanan kite kan..

      Delete
  4. Salam singah..subahanallah..syukur melihat kebahagian tuan..sangat hebat pelancongan yang indah..pasti ada rasa keaggungaNya..melihat panorama yang beza di Malaysia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tujuan travel ke negara lain, dapat melihat keindahan alam dan keagungan ciptaanNya di tempat yang lain

      Delete
  5. Salam. Best baca trip ni. Thanks for sharing. Moga kami sampai Georgia juga nanti.

    ReplyDelete
  6. Syukurlah ada restoran Turki. Mudah la makan makanan halal...

    ReplyDelete