23 August 2018

852 : Weekend Gateway - Cherating, Pahang (Episod Akhir)

... sambungannya

29 Julai 2018 (Ahad)

Hari terakhir percutian hujung minggu kami di Cherating. Pagi itu aku terjaga agak awal, melangkah malas menuju jendela, di luar masih gelap dan hanya kedengaran bunyi ombak menghempas pantai. Aku duduk di balkoni melihat matahari terbit perlahan-lahan. 

Melihat matahari terbit

Tiada aktiviti yang dirancang pagi itu. Sarapan pagi itu juga disponser oleh sahabat, tidaklah mewah sekadar nasi putih dan kari ayam, sosej dan baked bean, roti bakar, puding roti dan buah-buahan. Pagi itu aku bersarapan dengan roti bakar dan puding roti serta buah-buahan dan kek. Alhamdulillah, kenyang perut pagi itu. Usai bersarapan, kami hanya lepak-lepak di bilik menunggu waktu check-out.

Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami check-out dari The Legend. Kami terus menuju ke Monica Bay. Sudah janji dengan seorang lagi sahabat untuk berjumpa di sana. Sahabat dijangka tiba lebih kurang pukul 2.30 petang. Sementara menunggu ketibaan beliau, kami lepak-lepak di sebuah gerai sambil minum ABC yang tak berapa nak sedap dan makan pisang goreng. Kemudian, kami lepak-lepak di pantai.

Pantai Monica Bay @ Teluk Mak Nik

Lebih kurang pukul 2.30 petang, sahabat tiba. Kami terus ke sebuah gerai untuk menikmati sata. Walau bagaimanapun, gerai yang kami nak tuju tu tutup pula. Terus kami mencari port lain dan akhirnya dapat juga makan sata dan keropok lekor, cuma otak-otak jer takde. Selesai makan dan membeli belah keropok di kedai itu, kami bergerak semua ke pantai Monica Bay. Tetapi akhirnya kami singgah di satu gerai lagi. Di gerai itu kami makan lagi sata, keropok lekor, sotong celup tepung dan ABC. Tetapi bagi aku sata dan keropok lekor kedai makcik mula-mula tadi lagi sedap, hehehe. Agak lama jugalah kami lepak di gerai ni. 

Menikmati sata dan keropok lekor

Menikmati sata dan keropok lekor, terima kasih kepada yang sudi belanja

Makan sata dan keropok lekor kat gerai lain plak
Tambah makan sotong celup tepung gak

Kami seterusnya sambung lepak di Pantai Monica Bay sambil bersembang dan membawang panjang. Maklumlah dah lama tak jumpa sahabat yang sorang ni. 

Kami akhirnya meminta diri lebih kurang pukul 5.30 petang. Itu pon sebab hari dah nak hujan. 

The Bestest of Friends

Kami selamat tiba di Cyberjaya lebih kurang pukul 10.30 malam selepas menempuh jem yang maha gila dari Plaza Tol Karak ke Plaza Tol Gombak.

... Muah

21 August 2018

851 : Weekend Gateway - Cherating, Pahang (Episod 2)

... sambungannya

28 Julai 2018 (Sabtu)

Pagi itu aku terjaga sekitar pukul 7.00 pagi. Dengan malasnya aku segera menyiapkan diri untuk memulakan hari itu. Pukul 8.00 pagi aku ke restoran kepunyaan resort untuk bersarapan. Menu sarapan pagi ala bufet pagi itu tidaklah mewah. Cuma ada nasi lemak, meehoon goreng, french toast, roti bakar, sosej, baked bean dan buah-buahan. Aku cuma mengambil nasi lemak dan french toast sahaja dan buah-buahan. Kenyang perut suka hati, huhu...

Selesai makan, aku berjalan-jalan melihat keadaan sekeliling resort. Agak menarik dan mendamaikan resort ini. Jauh dari hiruk pikuk kota dan kebisingan jalan raya. Aku kemudian balik semula ke bilik dan terus tertidor.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku terus melakukan check-out dan terus ke Legend Resort. Aku akan bermalam di Legend Resort pula untuk malam itu. Bilik disponser oleh sahabat. Aku makan tengahari di Legend Resort untuk tengahari itu juga disponser oleh sahabat. Menu makan tengahari cuma biasa-biasa sahaja, takde yang spesial pon bagi aku. Apa-apa pun yang penting kenyang. Selesai makan tengahari, aku balik semula ke bilik untuk berehat manakala sahabat meneruskan aktivitinya.

Permandangan dari balkoni bilik

Petang itu aku dah sahabat turun ke kolam renang. Ramai sudah pengunjung yang sedang bermandi manda di kolam itu. Ada dua buah kolam yang besar di situ, satu 'green pool', kolam ini wajib mengenakan pakai yang bersesuaian untuk masuk ke dalam nya. Satu lagi kolam biasa, di kolam ini dibenarkan pakai baju apa sahaja. Pada mulanya aku malas nak mandi, tapi lama kelamaan gian pula tengok orang lain syok main air, aku pon akhirnya terjun sekali. Hehehe. Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami pergi ke pantai pula. Kami mandi air laut pula. Ombak masa tu agak kuat, kami main-main di gigi air sahaja, takut pula nak pergi lebih jauh. Lagi pon, dikatakan ade jelly fist di pantai ini. Lebih kurang pukul 7.00 petang, kami naik semula ke pantai.

Aktiviti mandi manda di kolam

Aktiviti mandi manda di laut pula

Lebih kurang pukul 8.00 malam kami keluar untuk makan malam. Kami memilih Restoran Sri Baging, agak jauh dari The Legend. Masa kami sampai, restoran telah dipenuh dengan pengunjung. Salah time plak kami masa tu. Oleh kerana malas nak ke tempat lain, kami duduk sahaja di situ. Kami mengambil set makanan ikan siakap tiga rasa, daging masak merah, telur dadar, kailan ikan masin dan sup campur. Biasa-biasa sahaja makanan di sini dan harga pon bole tahan mahal, RM75.00. Nasib baik makanan sampai cepat walaupon pengunjung yang ramai itu.

Sebelum balik ke bilik, kami singgah di sebuah gerai tepi jalan yang menjual buah-buahan. Kami membeli rambutan dan manggis, harganya lebih murah berbanding harga di KL. Puas makan rambutan dan manggis malam itu, nak cari durian jer takde, kalau ade sure kami pulun durian jugak malam itu.

... bersambung

01 August 2018

850 : Weekend Gateway - Cherating, Pahang (Episod 1)

Weekend minggu lepas berpeluang juga aku untuk bercuti-cuti di sebuah destinasi tempatan, Cherating, Pahang. Sebenarnya, tahun lepas lagi aku dan sahabat telah merancang untuk bercuti di Terengganu dan Cherating, malangnya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Aku telah dimasukkan ke hospital dan dibedah seminggu sebelum tarikh yang telah dirancang dengan baek itu Makanya, terpaksalah perancangan itu ditunda ke satu tarikh yang tidak dapat ditentukan lagi.

Weekend minggu lepas, company tempat sahabat bertugas telah melakukan retreat di Cherating, Pahang dan sahabat telah mengajak aku bersama. Awal minggu itu aku giat mencari penginapan untuk aku di sana, takkan nak bermalam sebilik bersama sahabat dan isteri pulak kan. Retreat sahabat akan dilakukan di The Legend Cherating Beach Resort dan aku cuba untuk mencari penginapan yang berhampiran dengan resort itu. Aku cuba untuk mencari penginapan yang murah tetapi kebanyakkan tempat di sana menawarkan harga yang mampu tengok sahaja bagi aku. Akhirnya aku berjaya mendapatkan penginapan untuk satu malam sahaja di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating pada harga RM170.00 beserta sarapan. Terletak bersebelahan sahaja dengan Legend, kalau jalan kaki ikut pantai dalam 5-10 minit sahaja.

Hari Jumaat itu, 27 Julai 2018, selepas solat Jumaat kami bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Cherating. Perjalanan kami santai dan tenang sahaja walaupon terpaksa menempuh kesesakan lalulintas di MRR2 untuk menuju ke Lebuhraya KL-Karak. Kami berhenti rehat sebentar di RnR Temerloh dan meneruskan perjalanan hingga ke Cherating dan kami tiba di sana lebih kurang pukul 6.30 petang. Hentian kami yang pertama adalah di Holiday Villa untuk check-in.Semasa check-in, aku dimaklumkan bahawa bilik aku telah diupgradekan dari standard room ke deluxe room. Huhu.. terima kasih Holiday Villa.

Permandangan Holiday Villa Beach Resort & Spa

Holiday Villa pada pandangan aku adalah sebuah resort yang agak berusia tetapi masih mengekalkan suasana resort yang simple tetapi tenang dan damai. Terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian untuk bilik-bilik biasa dan satu bahagian lagi penginapan berbentuk rumah-rumah chalet. Terdapat juga Eastern Pavillion yang aku rasa itu bahagian spa nye (aku tak masuk pon bahagian ni). Dan terdapat 2 buah kolam di Holiday Villa ini. Bilik yang aku dapat agak besar walaupon perabut dan dekonye yang old-skool, menghadap kolam mandi dengan 2 buah katil single dan lengkap dengan kemudahan seperti hotel dan resort lain. Selesa bilik yang aku dapat tuh. Worth for money.

Selesai proses check-in, aku dan sahabat round-round sekitar resort dan akhirnya kami lepak di tepi pantai yang tidak ramai orang itu. Rasa tenang sekali petang itu. 


Permandangan pantai di Holiday Villa Beach Resort & Spa 

Tatkala azan Maghrib sedang berkumandang, kami keluar untuk makan malam. Tak susah mencari makan di kawasan ini kerana terdapat banyak kedai-kedai makan di sepanjang Jalan Kuantan-Kemaman itu. Pilih sahaja yang mana berkenan. Kami telah singgah di Restoran MS. Kami singgah kerana restoran ni nampak besar, cantik dan ada ikan bakar, kerana kami memang nak makan ikan bakar. Menu makan malam kami malam itu adalah ikan siakap bakar, sotong celup tepung, sup ayam, kailan ikan masin dan telur dadar beserta nasi putih. Agak mahal jugak lah, 3 orang makan dalam RM73.00 dan agak sedap jugak makanan kat sini. 

Ikan Siakap Bakar di Restoran MS Cherating

Selesai makan kami menuju pula ke The Legend Cherating Beach Resort pula untuk sahabat melakukan check-in. Resort ini nampaknye lebih besar dan luas berbanding Holiday Villa. Sahabat dapat bilik di Villa C, sebuah bangunan yang terdapat 8 bilik semuanya menghadap laut. Biliknye lebih kurang besar dengan bilik aku di Holiday Villa, ada 2 katil single dan lengkap dengan kemudahan lain seperti hotel dan resort seumpamanya. 

Aku lepak sekejap kemudian aku meminta diri dan terus balik ke Holiday Villa kerana badan sudah terasa penat. Malam itu akun tak dapat tidur dengan lena, kerana terlalu banyak gangguan. Huhu. Bukan gangguan ape pon sebenarnya. Dalam pada aku baru nak melelapkan mata, ada pulak guest baru masuk bilik sebelah. Masuk-masuk boleh pulak mereka rearrange perabut dalam bilik tu. Buat pelan-pelan takpe lah, ini buat macam rumah sendiri plak. Bila mereka dah senyap, tiba-tiba ada pulak sekumpulan guest lain yang borak-borak membawang sambil gelak-gelak kat luar bilik tu. Kalau pelan-pelan takpe lah. Ini sampai aku yang dah terlelap pon bole terjaga. Ermmm....

Kemuncak kepada gangguan aku malam itu, lebih kurang pukul 3.30 pagi, tatkala aku sudah lena diulit intan, aku dikejutkan dengan dentuman yang amat kuat, terasa betul-betul dekat dengan bilik aku. Rupa-rupanya ribut petir malam tu dengan kilat sabung-menyabung dan guruh berdentam-dentum. Tak dapat tidor aku selepas itu. Tak tahu pada pukul berapa aku lena kembali.

Pantai Cherating

... bersambung