Posts

Showing posts from January, 2016

774 : Letih Berterusan (Episod Kedua / Akhir)

Image
... sambungannya

24 Januari 2016
Seawal pukul 5.30 pagi kami dah mula bersiap-siap untuk menyertai larian Twincity Marathon 2016 yang diadakah di Cyberjaya. Kami hanya menyertai 5km Fun Run sahaja. Ini merupakan larian aku yang pertama bagi tahun ini. Sebelum ini aku sudahpon berlari sebanyak 2 kali, dan ada di antara kami yang merupakan kali pertama berlari. 
Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 6.15 pagi. Kami tiba di tempat acara lebih kurang 6.45 pagi. Susah juga mencari pakir pagi itu memandangkan ada acara yang telah pon bermula seawal pukul 4.00 pagi hari itu. Setelah bersiap bagai, kami pon menuju ke tempat permulaan acara, tetapi peserta-peserta telahpon dilepaskan. Kami terlewat beberapa minit sahaja. Hehehe... 
Aku lebih banyak berjalan dari berlari. Dan kawan-kawan aku yang lain dah ke depan meninggalkan aku. Aku berazam untuk memperbaiki catatan masa aku iaitu 1 jam 4 minit dibuat tahun lalu di trek yang sama. Alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan larian aku, bol…

773 : Letih Berterusan (Episod Pertama)

Image
Hujung minggu ini banyak betul perkara yang aku lakukan. Letih rasa badan, nasib baik hari ni (Isnin) cuti sempena perayaan Thaipusan semalam. Dapatlah merehatkan badan yang keletihan. 
Sabtu, 23 Januari 2016
Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku keluar rumah nak menuju ke rumah kawan aku di Balakong. Sebelum itu aku singgah di Bandar Baru Selayang, amik adik kawan aku tu. Memandangkan esok perayaan Thaipusam, Jalan Ipoh - Jalan Kuching sure akan jem giler pasal penganut-penganut agama Hindu dah mula berbondong-bondong ke Batu Caves. Kami orang-orang yang tinggal di kawasan ni dan sedia maklum dengan perkara ni, makanya tak guna mengeluh. Aku mencari jalan alternatif untuk ke Balakong yang membawa aku ke Lebuhraya LATAR yang akhirnya keluar ke Jalan Duta. Perjalanan yang panjang dan membuang minyak kereta kalau diikutkan. Tapi... what to do kan. Daripada aku terperangkap dalam jem.
Aku sampai juga di rumah kawan aku tu lebih kurang 1.00 lebih. Lepas berehat sekejap kami keluar semula…

772 : Permulaan Tahun 2016 Yang Meletihkan

Image
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua walaupon Tahun Baru 1 Januari 2016 sudah 14 hari berlalu. Aku tak sambut pon perayaan tahun baru ni. Dok umah jer pada malam tahun baru. Berdentam dentum bunyi mercun, aku sudah pon dilamun mimpi. 

Permulaan tahun ni agak meletihkan bagi aku. Untuk pertama kalinya selepas bertugas di jabatan ni, aku terlibat dengan salah satu event besar jabatan. Walaupon tugas dan tanggungjawab aku taklah besar mana, sekadar mencetak sijil penyertaan jer. Ade la jugak dalam 300 keping, mau 3 hari jugak aku mencetaknya. 10 Januari 2016, hari Ahad, merupakan tarikh event tu. Pukul 7.10 pagi aku dah tercegat kat opis, tapi macam takde orang lagi. Kata suruh berkumpul pukul 7.15 pagi. Ermmm... 
Pagi tu lah baru nak sibuk-sibuk susun meja, susuh barang bagai. Nak atur peserta pon pagi tu baru nak diskusi. Agak kelam kabut gak lah, nasib baek pendaftaran peserta bukan tugas aku pagi tu. So aku wat-wat sibuk jer lah. Lepas pendaftaran semua peserta selesai, aku terp…