08 February 2013

579 : Ambil Iktibar Atas Apa Yang Telah Berlaku

Dugaan betul semalam dengan ape yang telah berlaku. Tetapi janganlah mengstresskan diri dengan apa yang telah berlaku. Ambil iktibar, sekiranya berlaku lagi, kite telah bersedia untuk menempuhnya.

Lebih kurang pukul 9.30 malam semalam...

Tayar kereta pancit
Bateri handphone kong
Menapak selama 30 minit
Sebuah teksi pon takde
Kene tukar tayar baru, RM255

Bukannya masalah besar kalau tayar kereta pancit, tapi aku cume tahu teori sahaja untuk menukar tayar, tak pernah dipraktikkan. Tak yakin plak aku boleh melakukannya dengan betul. Kalau salah kelak membahayakan keadaan lagi kan.

Memandangkan bateri henfon sudah kong dan haram satu nombor pon aku tak ingat, aku terpaksa menapak selama 30 minit untuk ke rumah sorang sahabat yang terdekat. Siap disalak anjing lagi. Sib baek anjing tu tak kejar. Cukup aktiviti 10k Langkah Sehari aku semalam. Sahabat panik, melihat keadaan aku dan bila menyedari kereta aku tak ada. Dia sudah pon fikir yang bukan2. Sahabat membantu menukarkan tayar kereta aku sambil aku membantu sambil belajar. Belanja dia McD jer sebagai upah, walaupon dia tak meminta apa2. Terima kasih sabahat...

Pagi tadi pergi ke kedai tayar. Tayar tu sudah rosak kata pekerja kedai. Terpaksa ganti tayar yang baru walaupon tayar tu tak smpi pon setahun digunakan. Terbang RM255. 

Iktibar yang aku pelajari dr kes ini.

  1. Make sure bateri henset sentiasa ada. Kalau tinggal dalam 5%, off terus henset tu. Klu ade berlaku kecemasan, henset tu boleh digunakan.
  2. Simpan la nombor2 telefon penting di dalam dompet/purse. Paling tak pon, letak jer dalam kereta

~Salam Sayang~

12 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    Alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      alhamdulillah tak kene kejar dek anjing

      Delete
  2. Salam dekk afezz

    Jauh jugak rumah kawan tu kalau menapak 30 minit, syukur semua selamat..cabaran 30 minit, pasti penuh dengan hikmahNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      jauh jugak lah. berpeluh2 dibuatnya walaupon dah malam... heheh

      Delete
  3. Prosperity ... \m/ ... Selamat bercuti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru semalam makan prosperity burger... hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. waalaikumsalam bunda

      salam ukhwah
      terima kasih kerana sudi singgah..

      Delete
  5. salam..

    cm dah lalui lebih kurang camni ,,cuma cm x menapak 30minit lah,,sejak tu no tel yg penting cm simpan dlm buku note letak dlm hdbag,,dan bila berjalan jauh cm akan pastikn bateri hdphone ada,,dan dlm kereta cm ada portable changer,,semua lesson kan,,tapi alhamdulillah semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam CM

      itu lah, aper yg berlaku kite jadikan tauladan. kite taknak ia berlaku lagi, tp sekiranya berlaku, kite dah bersedia menempunya. ini merupakan pengajaran bg sy... uhuks... 30 minit tu, kurus saya

      Delete
  6. Salam anakanda,
    Wah mencabar tu.
    Ini satu peringatan bagi kami juga.
    Apa2 pun selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama ju

      sangat mencabar akal dan minda ku... hehehe
      ape2 pon, usah menyesali aper yg telah berlaku
      ambil iktibar dan peringatan

      Delete