31 January 2013

575 : Catatan Perjalanan - Pulau Langkawi (Jangan Marah-Marah) Final Episode

28 Januari 2013 

Seawal pukul 8.30 pagi kami telah check-out dan meneruskan percutian kami di Langkawi untuk hari ketiga. Destinasi kami yang pertama du hari ketiga ini adalah Langkawi Cable Car. Malangnya kami telah dimaklumkan bahawa Cable Car ditutup sementara kerana keadaan cuaca yang berangin kuat. Dikatakan bahawa bacaan angin di atas adalah 20, sementara kekuatan angin maksima yang dibenarkan untuk cable car beroperasi adalah 12. Sementara menunggu dan berharap kekuatan angin akan berubah, kami menikmati sarapan pagi di salah sebuah restoran yang terdapat di sana.

 
Stesen Cable Car dari kejauhan.

Nampaknya masih tiada pengumuman bahawa keadaan angin telah berubah, kecewa lah mereka yang ingin naik ke atas. Bagi aku, memandangkan aku pernah 2-3 kali naek, maka aku tidak lah terkilan. Plan terus bertukar ke destinasi seterusnya, Makam Mahsuri yang semalam tak dapat masuk tuh. Bayaran RM7 dikenakan untuk masuk. First time aku masuk ke sini, ingatkan ade makam jer, rupa2nya ade lebih dari itu, tetapi Makam Mahsuri adalah tarikan utamanya. Disamping itu, pengunjung boleh juga melawat model Rumah Pandak Mayah dan Perigi Mahsuri yang air dia sangat sejuk. Ada juga muzium dan pameran2 yang lain.

 
Bahagian hadapan Kompleks Makam Mahsuri 

 
Makam Mahsuri binti Pandak Mayah 

 
Rumah Pandak Mayah 

 
Perigi Mahsuri 

Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami meninggalkan Makam Mahsuri untuk ke Jetty Point. Tiket feri untuk balik ke semenanjung telah dibeli untuk perjalanan pukul 1.00 petang. Kami singgah sebentar di sebuah tempat menjual minyak gamat. Shopping pula di sini, dan aku hanya membeli 2 botol minyak angin yang pada pandangan aku sangat cantik pada harga RM10. Minyaknya berwarna kuning dan ada pucuk pokok ape ntah di dalam nya. Hehehe...

Kami tiba di Jetty Point lebih kurang pukul 12.30 tengahari dan telah dimaklumkan bahawa perkhidmatan feri kami delay 1/2 jam. Terpaksa lah menunggu di dalam jeti. Tetapi jeti di sini lebih selesa berbanding dengan jeti di Kuala Perlis. 

Kami meninggalkan bumi Perlis lebih kurang pukul 4.30 petang dan tiba di Selayang lebih kurang pukul 1.30 pagi. Satu percutian yang memenatkan tetapi sangat seronok.


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Kenangan megusik jiwa....
    Gambar2 yg cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga jiwa akan terus terusik
      gambar tu amik pakai kamera kompak jer...

      Delete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    dah 3-4 kali pergi ke Langkawi
    tapi belum kesempatan naik cable car tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      hehehhe.... naek la sekali sekala, cube2 rasa gayat masa naek tu nanti...

      Delete
  3. salam. abe dah 2x naik kereta cable tu..anak2 suruh gi lg ke sana sbb mrka blom sampai ke langkawi...lama dah x sape affeezz...sihat ko lo ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam daddy...

      hehehe... sy sihat2 jer, alhamdulillah
      cuti sekolah nnt bawak la anak2 ke sana.. bukan jauh pon dr klate... hehehe

      Delete
  4. SALAM PIZ..

    Dalam perigi tu mesti byk duit syiling org baling kan.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      tak nampak plak. dalam perigi tu...

      Delete