30 January 2013

574 : Catatan Perjalanan - Pulau Langkawi (Jangan Marah-Marah) Episode 2

27 Januari 2013 

Hari kedua percutian kami di Pulau Langkawi. Seawal jam 7.30 pagi aku dan beberapa orang lagi telah keluar memandu Mitsubishi Lancer yang disewa mencari sarapan pagi. Kami telah berhenti di sebuah restoran di pekan Kuah untuk membeli sarapan - nasi lemak, roti canai, meehoon goreng dan minuman. Selepas bersarapan pagi di rumah sewaan kami, kami bersiap sedia untuk ke Pantai Cenang bagi mengikuti aktiviti Island Hopping. Sewa bot dikenakan sebanyak RM200 sebuah dan telah ditempah awal. 

 
Suasana pagi di Jeti Island Hopping

Kami menunggu Kak Faridah (tokey bot) di Underwater World Langkawi dan kemudiannya di bawa ke Jeti Island Hopping. Pulau pertama yang kami singgahi adalah Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting. Kami meluangkan masa selama 1 jam di sini. Kemudian kami di bawa pula ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti Eagle Feeding dan seterusnya kami ke Pulau Beras Basah untuk aktiviti mandi-manda. Kalau amik aktiviti Island Hopping di Langkawi ni, kebiasaannya mereka akan bawa kite ke tiga pulau ni. Ni merupakan kali kedua aku mengikuti aktiviti Island Hopping ni. Lebih kurang pukul 1.00 petang tamatlah sudah aktivti Island Hopping kami.

 
Gembira di dalam bot untuk ke pulau 

 
  
Pulau dan Tasik Dayang Bunting 

  
Pulau Singa Besar - Eagle Feeding 

 
Air laut di Pulau Beras Basah 

 
Sebuah perigi yang menarik perhatian di Pulau Beras Basah

Kami menuju balik ke rumah sewaan kami dan makan tengahari di kedai makan berhampiran. Petang itu kami berpindah ke sebuah rumah sewaan yang lain tidak jauh dari situ. Tetapi keadaan rumah itu tidaklah sebaik rumah sebelumnya. Kami kemudiannya bersiap untuk keluar semula ke Pekan Kuah. Kami telah pergi ke Haji Ismail Group dan membeli coklat. Biasa lah kan, kalau orang ke Langkawi, mesti beli coklat, takpon beli pinggan mangkuk dan periuk. Hehehe.. Tapi aku beli sedikit coklat jer. Pinggan mangkuk dan periuk belanga tu nanti2 lah ye.

 
Shopping coklat kat Haji Ismail Group

Destinasi kami seterusnya adalah ke Makam Mahsuri. Sepanjang beberapa kali aku ke Langkawi, tidak pernah sekali pon aku ke Makam Mahsuri ni. Inilah kali pertama aku nak ke sana. Kami sampai di Makam Mahsuri lebih kurang pukul 6.00 petang. Malangnya, waktu operasi adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. Terlambat sudah nampaknya kami. Terpaksa tukar plan. Jadi, kami ke Dataran Lang. Menghabiskan masa petang di sana, posing dan snap2 picture.

Family Portrait @ Dataran Lang 

Untuk makan malam, kami telah singgah di Restoran EE Burger. Makan western semua orang malam ni. Restoran ni bagus, walaupon ramai pelanggan, makanan yang ditempah sampai cepat.. tak macam kat restoran semalam.. hehehehe....


... bersambung

4 comments:

  1. Salam.
    Moga makin eratlah dgn aktiviti2 ni.
    Apa yg jgn marah2 tu. Mama tak jeleslah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama

      marah2 tu pasal ade kenangan yang tak dpt dilupakan masa di langkawi ari tuh

      Delete
  2. Salam Piz..

    Banyak shopping ke kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      tak beli byk pon, beli coklat utk makan sendiri2 jer

      Delete