23 January 2013

571 : Sibuk

Sejak awal tahun ni terasa sibuk sesangat dari biasa dengan tugas-tugas di pejabat. Walaupon sesibuk mana aku, aku tetap memperuntukkan masa untuk diri sendiri. Aku ni bukannya workoholic, makanya aku akan mencari dan mencuri masa untuk menghapdet blog sebagai contohnya. Kepuasan diri sendiri adalah lebih penting dari menyelesaikan tugas2 di pejabat yang tak tahu bila akan berakhirnya. 

Minggu ni sedang berlangsungnya Audit Pemantauan oleh SIRIM. Sebelum audit, macam2 yang aku kene selesaikan sebagai contoh mengambil tindakan terhadap ketakakuran dalam Audit Kualiti Dalaman yang dijalankan tahun lepas. Banyak jugaklah yang kami dapat, hehehe. Ketakakuran masih lagi terbuka, bukan disebabkan kami tidak mengambil tindakan seperti yang dijanjikan, tetapi kami tidak memaklumkan kepada pihak terlibat aper yang telah kami lakukan itu. Setelah bertungkus lumus beberapa hari, alhamdulillah, semuanya dapat kami selesaikan. Dalam perkara ini, boleh dikatakan, boss boleh aku katakan tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya, dan ini menambahkan kesulitan yang telah sedia sulit. 

Kelas Bahasa Inggeris peringkat Advance yang aku ikuti sejak bulan November tahun lepas sudah hampir ke kemuncaknya. Minggu depan merupakan minggu terakhir sebelum Penilaian Akhir dijalankan pada 31 Januari nanti. Oleh yang demikian kawan2 dan sahabat2, wish me luck.

Proses Penilaian Prestasi juga sedang dijalankan. Sebagai Pentadbir Sistem Penilaian Prestasi, banyak yang terpaksa aku lakukan dan semuanya terpaksa mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Kalau terlepas tarikh, maka habis lah aku. Aku juga telah selesai memberi penilaian kepada kakitangan di bawah seliaan aku. Markah tertinggi yang dapat aku berikan adalah 93% dan yang terendah 82%. Ada juga timbul ketidakpuasan bagi aku dengan cara penilai lain memberikan markah kepada kakitangan seliaanya. Tapi aper bole buat. Markah aku sendiri pon tidaklah setinggi yang aku harapkan. Proses ini juga hampir sampai ke penghujungnya. Minggu depan, aku akan hantar semua markah penilaian ini kepada pihak atasan untuk di bawa ke mesyuarat peringkat jabatan.

Proses untuk membawa baki cuti tahun 2012 ke tahun 2013 pon berlaku dalam bulan ini. Tak paham aku, kenapa mesti dilakukan dalam bulan Januari, sepatutnya perkara ini dilakukan dalam bulan Disember. Mungkin pihak yang mengarahkan berbuat demikian ada alasan2nya tersendiri. Aku hanya menurut perintah. 


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Salam, dek afezz

    Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar...kalu takder kerja pun tak bestkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      alhamdulillah, semuanya hampir selesai dan mengikut jadual.
      betul tu, klu takde keje lagi bosan, baek ade keje...

      Delete
  2. Salam.. Moga pekerjaan dan tugas yg apiz lakukan diberkati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      kalau dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah, insyaAllah diberkati
      kalau buat kerana terpaksa pastu mengumpat boss, terserahlah kepada Allah untuk memberkatinya atau tak.. heheheh

      Delete
  3. Salamanakanda,

    Salam Maulid. Moga kita dirahmati dan diberkati dalam menjalani kehidupan ini.
    Wah ketakakuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dan salam maulidurrasul mama ju

      ketakakuran tu macam tak mematuhi kehendak piawaian MS ISO. banyak gak dpt masa audit kualiti dalaman hari tu... 10 jer...

      Delete
  4. Assalamualaikum Afeezz

    moga dipermudahkan dalam semua urusan

    moga cemerlang dalam klas bahasa inggeris

    moga dapat pekerja cemerlang

    Salam Maulidur Rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      semoga kite semua dipermudahkan dalam aper jua urusan.. insyaAllah

      Delete