10 December 2012

557 : Mari Menonton - Life Of Pi

Semalam aku berpeluang untuk menonton sebuah filem terbaru di pawagam yang bertajuk Life of Pi. 


Filem arahan Ang Lee ini mengisahkan bagaimana seorang remaja dari India bernama Pi, berjaung untuk hidup di lautan setelah kapal yang dinaikinya untuk ke Kanada karam dan tenggelam bersama keluarganya. Berkelana di tengah lautan di dalam sebuah bot penyelamat bersama seekor harimau bernama Richard Parker, Pi menyabung nyawa dari lemas di lautan dan dari mati dibaham Richard Parker. Di tengah lautan, Pi telah belajar berdikari dan mengenal erti hidup. Di tengah lautan juga Pi mengenal Tuhan. Bagaimanakah hidup Pi selepas itu. Dapatkah Pi diselamatkan atau dia akan menjadi mangsa laut atau mangsa Richard Parker? Saksikan kisah Pi seterusnya di pawagam berhampiran anda. 


Aku tak pernah tengok ape2 preview tentang filem ini. Tak terniat pon nak tengok. Tetapi memandangkan kami tiba di pawagam pada pukul 5.45 petang dan waktu tayangan terawal adalah filem ini pada pukul 6.15 petang, kami terus beli saja tiket. Tapi tidak sia2. Filem ini memang menarik. Bagi aku intro dia pon dah menarik dan filem dia lebih menarik. Filem ini mengajar kite untuk tidak berputus asa dan berusaha untuk terus hidup walaupon keadaan tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Pada fikiran aku, jika aku berada dalam keadaan Pi, mungkin aku dah lama mati dibaham Richard Parker... Hehehe...


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    ingatkan harimau mengaum malam tadi.....he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      harimau ni pon mengaum malam tadi...

      Delete
  2. salam..

    Brape bintang utk filem ni piz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      itu lah, terlupa pula nak bg rating
      rating saya untuk filem ini adalan 4/5 bintang
      memandangkan filem walaupon simple tetapi mempunyai maksud yang mendalam

      Delete
    2. ok la tu byk gak 4/5 .. nak kena download ni.. kena tgk.. :).. nama dia pun simple ek PI ..

      Delete
    3. kene download, aku rekomenkan utk tgk. ade pengajaran disebalik cerita ni. PI tu nama pendek dia. nama panjang dia Piscine Molitor Patel. kene tgk sejarah nama dia...

      Delete