29 October 2012

542 : Ibu

Sudah lebih seminggu ibu dimasukkan ke dalam wad di HKL. Keadaan ibu semakin hari semacamnya semakin tidak menunjukkan perubahan. Ibu hanya terlantar di katil, mata terpejam seakannya tidur tapi aku tak tau aper yang bermain di fikiran ibu. Kata2 ibu sukar untuk difahami, tetapi kami terus setia melayan ibu selagi hayatnya masih dipinjamkan Allah.

Hampir setiap hari kami menerima khabar tidak baik mengenai ibu. Pasrah dengan ketentuan itu. Segala usaha yang terbaik telah kami lakukan, tetapi semua itu terserah kepada yang Maha Kuasa. Biaca kami dengan ibu hanyalah dalam doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Satu SMS diterima hari ni, asking us to be prepared for the worse. Dalam ketenangan menerima pesanan itu, aku sedih, aku sebak. Sedih mengenangkan apakah dugaan yang perlu ditempuhi ibu dalam keadaan ibu sudah tidak berdaya menerima bebanan itu. Tetapi aku perlu tabah menerima ketentuan ini. Namun aku tidaklah tabah seperti yg aku sangka, air mata aku bertakung di kelopak mata di saat aku meluahkan perasaan aku di sini. Tidak aku izinkan ia menitis.

Aku berdoa agar Allah mengasihani ibu, kurangkan sakitnya, kurangkan dugaannya dan kurangkan bebanannya jika tidak menyembuhkan sakitnya. Jika Kau lebih menyayanginya Ya Allah, aku redha, aku izinkan Kau menjemputnya menemuiMu, tetapi jemputlah dia dengan mulia, sebagaimana Kau menjemput tetamu2Mu ke rumahMu. Sesungguhnya Ya Allah, tidak sanggup aku melihat ibu menderita.

8 comments:

  1. salam sejahtera anakanda,

    Sedih mama menbacanya. Tentu Afeez dah berdoa byk2. Mama pun pernah mengalami keadaan abah spt ni dulu.

    Allah sentiasa mengasihi mahluknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama : alhamdulillah, semalam tgk mak dah ok walaupon sebenarnya nampak macam biasa juga. atleast sekarang kat hospital tu mak lebih terjaga.

      insyaAllah, mak akan sihat sedikit walaupon tidak sepenuhnya...

      Delete
  2. insyallah ibu kita kuat..
    sabar dan kuat untuk ibu.. kuatkan semangat untuk ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. ibu sangat kuat. tapi takut kalau saya yg tak sekuat ibu...

      Delete
  3. Sabar ye piz.. InsyaAllah, ibu akan sihat.. Manjer turut mendoakan kesejahteraan ibu apiz..

    ReplyDelete