Posts

Showing posts from May, 2012

495 : Sepender Superman

Image
Masa berjalan2 di East Coast Mall, Kuantan beberapa bulan yang lepas, ade ternampak sebuah kedai yang menjual spender2 dan t-shirt berlogo Superman dan Batman. Lepas tu teringin sangat nak beli sepasang. Masa kat Kuantan dulu malu2 kucing plak nak beli, maklum lah masa tu berjalan dengan aweks. Hehehe..

Tengok2 dalam internet kalau2 jumpe kedai yang sama ada kat KL ni, tapi hampa. Ade jual online, tapi mostly mahal dan ade jugak yang dalam US Dollar. Tak berminat sangat nak membeli pakaian secara online ni, takut tak sedap dipakai. Usaha diteruskan juga, tetapi masih tidak jumpa aper yang dicari. Last2 jumpe jugak kedai The Under Shop yang menjual pakaian dalam lelaki. Di KL ni cume ade di Sunway Pyramid, One Utama dan Times Square dan satu lagi cawangan di Kuantan.

Sabtu lepas cube la riki2 kat The Under Shop, One Utama. Nak cari kedai nya satu hal, punya lah jauh kami berjalan, last2 jumpe juga kedai yang dicari. Tetapi barang yang dicari tiada dijual di situ. Yang ade cume underwear …

494 : Sambutan Hari Jururawat

Image
Jumaat lepas, 18 May 2012 ada sambutan Hari Jururawat di pejabat aku. Seperti tahun2 sebelumnya, semua jururawat pakat2 wat jamuan makan untuk belanja kami semua. Makan sangat mewah hari itu. Makan dari tengahari sampai ke petang membawa ke tapau bawak balik. Ape2 pon, terima kasih kepada semua yang sudi menjamu kami hari itu.


Kek Hari Jururawat yang ditempah khas



Sebahagian daripada hidangan yang dijamukan
yang laen tak sempat nak snap pic



Majlis disambut sederhana tapi meriah


Cenderahati untuk semua jururawat


~Salam Sayang~

493 : Program Beronok-Ronok Di Pulau Pinang 2012 - Hari Kedua

Image
Hari kedua kami di Pulau Mutiara. Seawal pukul 8.00 pagi kami telah check-out dari hotel penginapan kami itu. Kami menuju ke sebuah gerai makan berhampiran yang terletak di celah2 bangunan untuk bersarapan pagi. Keadaan biasa di Penang ni di mana gerai2 makan terletak di celah2 bangunan. Walaupon kecil dan nampak tidak selesa, tetapi pengunjung tetap ada, tetap mendapat sambutan penduduk tempatan. Pagi itu kami telah bersarapan dengan roti bakar dan telur setengah masak dan ade juga yang makan roti canai telor dengan kari ayam.


(1) Suasana kedai di celah2 bangunan
(2) Basikal ni tak tau lah sebagai deko atau masih digunakan


(1) Roti bakar
(2) Roti canai telur dengan kari ayam.. dpt drumstick lagi tuh

Selesai bersarapan, kami menuju ke destinasi kami yang pertama pada hari itu, Bukit Bendera. Last aku ke Bukit Bendera adalah pada Disember 2009. Banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 2009, keretapi masih lagi keretapi lama berwarna merah yang slow giler. Amik masa lebih kurang 1/2 jam…

492 : Program Beronok-Ronok Di Pulau Pinang 2012 - Hari Pertama

Image
Hujung minggu yang lepas aku dan geng2 buaya seramai 4 orang telah pergi ke Pulau Pinang. Tujuan utama kami ke Pulau Mutiara itu adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan kepada sahabat kami di Balik Pulau. Majlis sebelah perempuan telah diadakan awal bulan ini, tetapi memandangkan kami berada di Kuantan pada tarikh tersebut, maka kami bercadang untuk ke majlis sebelah lelaki seterusnya membuat perancangan untuk program beronok-ronok kami di Pulau Pinang. Dah terlanjur sampai ke mari, takkan nak terus balik je kan.. huhu...

Kami bertolak dari Selayang lebih kurang pukul 7.30 pagi dan memasuki lebuhraya di Rawang. Perjalanan kami santai sahaja dah kami telah berhenti rehat di R&R Sungai Perak. Kami bersarapan pagi dengan cucur ikan bilis dan popia goreng sumbangan buaya2 wanita geng kami. Kenyang perut, kami meneruskan perjalanan.

Kami tiba di Jambatan Pulau Pinang tatkala matahari tegak di atas kepala. Perjalanan kami diteruskan dengan bantuan pepijat GPS. Walaupon menggunaka…

491 : English Placement Test

Image
Setelah beronok2 bercuti selama 1 hari, semalam aku masuk semula ke opis. Masuk2 jer terus staf opis aku bagitau yang aku kene pergi ke Kursus Bahasa Inggeris. What?? Aku pon membuka surat yang aku terima. Alamak, petang nanti kene pi Ujian Penempatan Bahasa Inggeris plak. Kenapa la short notice sgt, tak sempat nak wat ulang kaji. Ahak3...
Rupe2nya satu opis kene pergi sampai opis kene tutup petang itu. Anda bole bacalah surat dalam gambar atas tu untuk mengetahui tujuan sebenar semua staf sokongan kene mengambil ujian berkenaan. Sesiapa yang tidak mencapai tahap tertentu terpaksa mengikuti kelas2 Bahasa Inggeris yang telah ditetapkan oleh universiti.
Ini merupakan kali kedua aku mengambil ujian ini. Kali pertama tak ingat pulak tahun berapa, mungkin ade la dalam 3-4 tahun lepas. Dalam ujian yang lepas, Alhamdulillah, aku merupakan salah seorang daripada 3 orang staf di opis aku yang dikecualikan daripada menghadiri Kursus Bahasa Inggeris. Bermakna, aku telah mencapai tahap kompetensi …

490 : Anak-Anak Ikan Ku

Image
Sekarang ni aku dah ade hobi baru. Sebenarnya memang ade gak keinginan nak pelihara ikan, sebab ikan kan cantik dan kite bole hias akuarium kite cantik2. First time aku pelihara ikan, masa aku dapat hadiah ikan laga awal tahun lepas. Tapi tak lama bile ikan tu mati lepas tiga empat bulan aku pelihara dia. Tak tau sebab aper dia mati, mungkin kerana kesejukan. Sedih masa tu sebab ikan tu hadiah dari seseorang. Aku kebumikan ikan tu kat salah satu pasu bunga mak aku.

Baru2 ni entah macam mana keinginan membuak2 plak nak pelihara ikan. Sampai sanggup aku beli set akuarium yang sederhana besarnya siap dengan pam air dan lampu. Sebagai permulaan aku beli 10 ekor ikan gapi, pasal ikan ni kecik2 dan nampak cantik sgt. Harga pon takde la mahal sangat, RM2 seekor. Belum ape2 dah ade yang mati. Kecewa sangat masa tu. Pastu mati lagi sebab tersedut dalam pam air. Tinggal 5 ekor jer. Kemudian aku beli lagi 5 ekor ikan gapi dan 5 ekor ikan yg aku tak tau spesies nye.

Pada 10 Mei 2012 yang lepas, sal…