474 : Mari Menonton - Lihat Makanan @ Seefood

Semalam berpeluang untuk menonton wayang. Kali ini aku dan sahabat2 telah menonton sebuah filem animasi tempatan yang bertaraf dunia iaitu Seefood. Saya bukan salah eja yer, tp memang tajuk dia macam tu, Seefood.

Seefood mengisahkan bagaimana Pup, seekor ikan tembakul (agaknye lah, tp ade org kate ikan jerung) yang baru mendapat tau bahawa dia boleh bernafas di daratan, telah naik ke darat untuk menyelamatkan telur2 ikan yang telah diambil oleh manusia. Dalam masa yang sama, Julius, sahabat baek Pup seekor ikan jerung, juga telah naek ke daratan dengan sebuah kenderaan yang dicipta oleh Octo untuk menyelamatkan Pup. Dalam usaha Julius untuk menyelamatkan Pup, dia telah berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan yang akhirnya menyebabkan dia tertangkap.

Berjayakan Pup dalam usahanya untuk menyelamatkan telur2 itu dan bagaimanakan nasib Julius selepas ditangkap oleh manusia.

Aku dapat melihat, filem animasi ini banyak menayangkan nilai2 persahabatan berlainan spesies yang dapat diadaptasikan ke dalam kehidupan manusia sebagai nilai2 persahabatan berlainan bangsa dan agama, saling bantu membantu dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Aku juga dapat melihat bagaimana naluri perikemanusiaan (dalam cerita ini, perikehaiwanan), walaupon mereka bermusuhan, tetapi akhirnya musuh itu menjadi sahabat. Banyak yang boleh dipelajari dalam filem ini.

Yang bestnye, filem ini berlatarbelakangkan Malaysia, dengan perkampungan melayu, rumah orang cina Malaysia, kawasan bendang, orang bermain wau dan kain2 batik. Animasi yang baik dan latarbelakang yang sangat cantik. Jalan cerita yang not so bad. Tahniah kepada rakyat Malaysia yang membikin filem ini.


Pup (yg kecik) dan Julius (yg besar)


~Salam Sayang~

You Might Also Like

11 comments

  1. assalamualaikum

    seriyes aku ingat ko nk citer psl makanan seafood...ghupenya psl film seefood..tengok je kans huhuhhhh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sahrom : hahaha... layan je lah... best gak cite ni...

    ReplyDelete
  3. Salam anakanda

    Tenguk iklannya memang nampak menarik; Tunggu kat astro firstlah..Gambar udang tu cantik sungguh!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Afeezz

    kena bawa udang tu dalam panggung

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam mama ju : menarik jugak lah especially latar belakang dia yg sungguh malaysia. Udang tu kalau masak lemak sedap kan... ehehehe

    waalaikumsalam atuk : kalau nak bawak kene sorok2, pasal makanan luar tidak dibenarkan masuk panggung...

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok cerita nie....

    Aku Julius
    Ko pup hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum Md Syaq : seronok kan, lebih2 lagi ade orang siap tidor berdengkur kat sebelah aku... and awek2 kat belakang tu datang dari kampung orang asli maner ntah, tak tau etika menonton wayang kan....

    ReplyDelete
  8. amboi....nengok seefood tak mengajak ai pun...huhuhu

    ReplyDelete
  9. hai kak taj : dengan u kene tgk hindustan.... hehehe

    ReplyDelete
  10. salam,
    ni flem melayu ke , ingat omputih.

    ReplyDelete
  11. waalaikumsalam AZ : ni bukan filem melayu, tp dibikin oleh orang malaysia. filem ni berbahasa inggeris

    ReplyDelete