29 April 2011

362 :Tahun Depan Takde Lagi Hari Keluarga, Marilah Kite Duduk Kat Opis Wat Keje Sampai Pencen Atau Mampos Yang Mana Datang Dahulu

Semalam ade mesyuarat tergempar kat opis aku ni. Mesyuarat pasal Hari Keluarga opis yang akan diadakan bulan Julai nanti. Bukan nak pergi jauh pon, pegi Melaka jer tapi dia punya kecoh macam nak pi majlis perkahwinan Putera Willam ngan Kate Middleton kat London sane.

Memang dah menjadi tradisi turun temurun kat opis ni, kalau merancang nak wat ape2, kalau takde konfrontasi memang tak sah. Masing2 nak ikot kepala sendiri, masing2 nak tunjuk ekor sendiri. Aku plak, suke tengok masing2 menunjukkan kebodohan diri sendiri. Sampai last2 ade yang tak bertegur sapa sesama sendiri.

Nak wat hari keluarga bukannya nak pergi jauh ke mana pon, Cameron Highlands, Penang, Kelantan, semua ade masalah masing2. Bukannya tak bole settle, tapi sekor2 takmo mengalah makanya ade yang merajuk last2 tak pergi aper yang so call Hari Keluarga tuh.

Tahun ni pon same, dari perancangan asal nak ke Langkawi akhirnya kami pergi Melaka jer. Itu pon ade masalah sampai ade yg dah merajuk membawa hati yang lara tak bertegur sapa. Lantak lah, aku tak amik port, yang penting aku akan ke Melaka bulan Julai nanti. Lantak korang lah nak merajuk ke nak bergaduh tarik2 rambut.

Yang aku sedih semalam, dek kerana sorang yang membawa masalah, akhirnya Tabung Kebajikan Kakitangan dimansuhkan. Tiada lagi Tabung Kebajikan Kakitangan dan tahun depan tiada lagi ape2 aktiviti sosial untuk kakitangan dapat dirancang kerana tiada lagi sumber kewangan untuk aktiviti2 berkenaan. Makanya, marilah kite duduk kat opis wat keje sahaja sampai pencen atau mampos yang mana datang dahulu....


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. salam afeez

    mesti opis dia byk orang pompuan..maka terjadilah seperti itu,,sama jer kt mana2 situasi ni,,,takde hari keluarga,,,joomm bina keluarga..

    ReplyDelete
  2. Aslkm anakanda

    Wah tajuk power betul!
    Apalah jadi macam tu...

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz..

    Mak aiii begitu sekali heheh..biasalah tu dek bila kita duk dalam jemaah...mana pun macam2 perangai duk ada..kena banyak sabaq..larr cari jalan selesai dengan baik...insyallah baiklah nanti..jgan pulok lawan melawan...tak elok...tegurlah yg tak betui tu dengan hikmah...kut ada benda yg kita kena ambik tau juga masalah dia...kalau buat macam tu baru aman....dan harmoni..

    kalau nak lawan2 jom pi lawan kat Palestin sana boleh dapat gak mati syahid...heheheh

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam CM : hehehe.. tepat sekali lah, klu ramai pompuan macam ni lag gayanya. kami org lelaki ni dah jadi kaum minoriti kat sini... jom CM, kite bina keluarga...

    waalaikumsalam mama ju : tu lah mama, tak tau nak cakap camner dah. sy dok dgr cerita orang jer, maklumkan, saya bukan barisan AJK

    waalaikumsalam kak shami : saya memang bersabar, depa tu yang tak bersabar masing2 nak tunjuk kuat masing2 nak pakai kata masing2. tak pedulik dah dengan org sekeliling. tak tau lah.. mungkin ade untuk kepentingan peribadi kot... jom wat hari keluarga di palestin plak....

    ReplyDelete
  5. salam dik afeezz...

    lepas ni jom kita buat family day sesama rakan blogger jer ler , akak pun nk join gak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Afeezz

    hari keluaga untuk mengeratkan ukhwah..ini lain macam pula...tahun depan buat kat sekitar pejabat ajer..

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam kak ummi : jom.. jom... sy pon nak join.... heheh

    tu lah pasal, klu dah bergaduh2 macam ni baek takyak ade hari keluarga kan. thn depan wat kat opis jer, smbl wat keje.. hehehe

    ReplyDelete