03 September 2010

281 : Kelahiran dan Kematian

Semalam aku menerima dua khabar berita, satu berita gembira satu berita sedih. Berita gembira tentang kelahiran seseorang ke dunia dan berita sedih pemergian seseorang meninggalkan dunia ini.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan di Kota Bharu Kelantan. Perkhabaran gembira, dia sudah menjadi bapa. Menerima kelahiran seorang bayi lelaki pada pagi 2 September 2010. Aku pon tumpang gumbira, ntah bile turn aku plak. Hehehe... Bayi diberi nama Tuan Muhammad Aidil Iqbal bin Tuan Mohd Anuar. Tahniah kepada Abe Tuan semoga tabah menempuh hari2 sebagai seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab. Zaman bujang ko dah berakhir.. hehehe... Sempat juga aku berselorong dengannya semalam, "kalau ko tak nak baby tu, bagi aku tau... " hahaha....

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari semalam, aku menerima sms dari adik aku membawa perkhabaran duka. Pakcik aku a.k.a Poksu telah meninggal dunia. Beberapa minit kemudian aku menerima panggilan dari emak mengajak aku melawat jenazah di Kampung Baru. Pukul 1.30 petang aku bergegas pulang ke rumah, mengambil emak, ayah dan abang dan terus ke Kampung Baru. Sesampai kami di Kampung Baru, kami dimaklumkan bahawa jenazah masih lagi belum sampai dan ahli keluarga telah berkumpul di Masjid Kampung Baru.

Kami telah dikhabarkan bahawa Allahyarham telah diserang stroke dan jatuh semasa bertugas di pejabat. Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Jenazah terpaksa menjalani post-mortem atas sebab2 yang tidak dapat aku pastikan. Kami tidak dapat berlihat jenazah kerana terpaksa pulang awal. Perkhabarannya jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 7.00 malam semalam. Semoga Allahyarham ditempat bersama orang yang beriman. Amin.

14 comments:

  1. Salam Pakcik Afeezz,

    Berselorong tue berseloroh ke eks? huhu

    Tahniah kepada kawan pakcik tue..
    Kalau pakcik nak baby angkat banyak kat luar nun huhu..nak atau tak nak je?

    Takziah atas kepulangan Poksu anda ke rahmatullah, smg arwah ditempatkan bersama para solihin.

    Antara kematian dan kelahiran, yang manakah harus diutamakan? Fikir2kan..

    ReplyDelete
  2. wsalam puan syima : klu bahasa indonesia berselorong... hahah

    tu lah, byk betul baby yg kene buang kat luar saner, aper le org tuh, klu taknak bg le kat pakcik ni...

    antara kematian dan kelahiran mane harus diutamakan? bg saya lah kematian, pasal kite tak mungkin akan dilahirkan semula. bile dah mati, tamatlah segala urusan kite di dunia, hanya tinggal urusan kite dengan Allah swt

    ReplyDelete
  3. Pendapat saya pula,

    In terms of menguruskannya..
    Kelahiran harus diutamakan kerana yang telah meninggal pasti telah pergi..namun yang melahirkan jika dibiarkan berkemungkinan mengundang kematian jua..wallahua'lam sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  4. salam tokwan syima : mungkin saya melihat dr perspektif yg berbeza. pendapat awak pon betul juga dan bole diterima.

    ReplyDelete
  5. salam..

    tahniah kepada rakan anda

    takziah

    err..aku taktau nak komen apa..haha

    ReplyDelete
  6. Perghhh TOK WAN??? huh..takmo kawan haha

    ReplyDelete
  7. salam afeezz..tahniah kpd sahabat anda dan takziah serta al-fatihah utk arwah..
    p/s: aku minta maaf pasal typing error award kat blog aku tue..trime kasih coz menegur..aku dah betulkan..aku hrp ko tak amek hati..amek jantung dgn limfa tak pe heheheheh

    ReplyDelete
  8. wsalam sahrom : terima kasih

    p/s : silap kecik jer, aku pon dok gelak masa nampak tadi. hahaha...

    ReplyDelete
  9. Salam dekk afezz..

    Kelahiran dan kematian
    sama2 penting...
    Yang dah mati harap dapat doa dari saudara & kawan2...setiap hari..
    Yang dilahirkan...harap dapat di didik menjadi insan soleh yg sempurna.lagi berguna.

    Psssssst kalau pak angkat dah ada...
    Sapa pulak calon mak angkatnya..hihhii ..

    ReplyDelete
  10. pssttt kak shami, waalaikumsalam. kene ade calon gak ker?

    ReplyDelete
  11. salam afeez,

    takziah pemergian Poksu Afeez, semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.

    p/s dont forget to sent ur house/office adress to my email.

    ReplyDelete
  12. wsalam AZ : thanks, semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete