21 February 2009

60th ENTRY

Lepas dua hari pi kursus balik opis memang banyak le keje. Sesampai jer pagi tadi, kat atas meja dah ade satu circular ngan satu bundle invois yang perlu di tandatangan. Aku settle kan dulu benda ni pasal dia senang jer. Dalam setengah jam siap lah.

Aku tak tau aper yang jadi sepanjang dua hari aku takde. Dalam kol 10.30 pagi aku kene panggil mengadap boss. Aku yang tak tau menahu, tiba2 diberitahu yang ade staf lain mengugut staf lain. Pasal kes aper, aku tak tau, tapi melibatkan staf bawah seliaan aku. So secara tidak langsung aku pon terlibat sama. Terus lah pagi tadi kene pekak kan telinga jer bila staf yang kene ugut tu membebel sakan. Aku yang tak tau hujung pangkal ni, dengar kan je ler, malas aku nak layan orang yang tengah marah ni. Tapi yang dia membebel kat aku wat aper? Bukan dapat selesai masalah pon. Nampak nyer, AKU jugak yang kene cadangkan agar benda ni diselesaikan secara damai dan bersemuka dengan staf yang terlibat. Kalau setakat nak membebel kat aku, takde faedah nya.

Bila staf yang terlibat tu datang, aku still tak tau fakta-fakta kes ni. Kenapa kes ugut-mengugut ni timbul. Staf yang kene ugut still membebel. Bagi aku, dua-dua keras kepala, dua-dua pon itu kepala dalam batu besar juga ada duduk. Sorang taknak dengar cakap, sorang lagi gila kuasa. Korang gaduh lah berdua. Ternyata aku ngan boss biarkan jer mereka luahkan aper yang terbuku, ungkit mengungkit. Nampaknyer, lagi sekali, AKU juga yang kene bagitau "takde guna kita cakap pasal benda yang dah lepas, aper yang kita perlu buat sekarang adalah sesuatu yang boleh mencegah perkara yang sama berlaku kembali". Nak cakap bende yang dah lepas nak buat ape? Takde faedah nye.

So, kes ni settle secara aman. Alhamdulillah. Tak payah le nak besar-besarkan kes ni ke peringkat atasan. Bukan banyak baik nya, banyak buruk adalah, pastu sure akan mengeruhkan lagi keadaan. Tak best lah keje kalau bermasam-masam muka ni. Kita nak tengok muka ko hari-hari, kalau dah bermasam-masam muka nanti, aper ke jadah nyer. Bagi orang yang terlibat tu, aku harap dapat lah ubah perangai masing-masing, sorang tu, sila-silalah terima pandangan orang lain, jangan lah nak ikot kepala sendiri, consider sikit. Sorang lagi tu, jangan lah nak bossy sangat, mengarah orang itu dan ini, jaga perasaan orang jugak. As for me, aku takde le mengatakan aku ni baik, aku ni rajin, aku ni pandai, but at least i take all account into my consideration, whatever...

2 comments:

  1. ini cubaan kedue menaip utk mengomen.

    ni kecoh sal kisah ungkit mengungkit saje ke? ketok kan aje kepale mereka yg keras itu bersame.. kasik kesedaran sket.. huhu

    ReplyDelete
  2. tu ler pasal... klu budak kecik bole le ketuk untuk memberi kesedaran, ni dua2 dah tua... nak buat lagu mana..

    ReplyDelete