14 July 2008

2nd ENTRY

Hari ni ramai yg sampai opis lambat, termasuklah aku. Ini semuanya gara-gara kesesakan lalulintas yg teruk ditambah pulak dengan road-block di merata-rata tepat. Ni semua pasal politik. Diaorang ni dah takde keje lain ke nak buat? Menyusahkan orang betul. Tak bersyukur ke korang dengan keamanan kat Malaysia ni, yg korang nak merusuh ke, nak tunjuk perasaan ke, nak mengamuk kat parlimen tu buat ape? Ape yang korang dapat? Tak paham aku dengan fanatikus-fanatikus politikus ni. Ko nak agaknyer negara kita ni jadi macam Afghanistan? Iraq? Sudan? Isk2... simpang malaikat 44. Sejak-sejak pembangkang dapat suara kat kerajaan ni, macam-macam perkara dah jadi. Ntah ape-ape ntah. Arh.. lantak korang lah.. pi mampos... pasal tu aku tak suka politik-politik ni.. sampai sekarang aku belom mendaftar sebagai pengundi. Kepada para pengundi yang memilih parti pembangkang.. tahniah

Pagi ni tak tau ape dah jadi, banyak komputer kat opis yang 'hang' hari ni. Aku pon naek pelik. Tak semena-mena, enam bijik komputer jadi slow, pastu terus 'hang'. CPU Usage 100%!. Memang banyak program yang running, especially anti-virus nyer update. Then, entah macam mana, ade plak seseorang dari Jabatan IT call aku, tanya pasal benda ni. Aku cakap le aper yg aku tahu, since benda ni bukan bidang aku, tapi telah ditugaskan untuk ambil tanggungjawab. Dia suruh scan, mungkin ade virus dalam network. Dem!! 2 jam aku scan baru habis... bodo nyer mcafee... buang masa betul. Sampai petang still takde perubahan, aku log0in complaint. Tak sampai 1 jam, dah ok balik. Tak paham aku...

No comments:

Post a Comment