Posts

Showing posts from September, 2017

832 : Angan - Angan Akhirnya Menjadi Kenyataan (Episod 2)

Image
Setelah lebih dari dua tahun menunggu, akhirnya rumah pertama aku sudah hampir siap. Hanya menunggu pihak pemaju membuat serahan kunci yang dijangka dalam bulan November 2017 nanti. Pada 5hb Ogos 2017 yang lepas, pihak pemaju ade membuat majlis bertemu dengan bakal penduduk. Aku dengan dua orang sahabat telah hadir ke majlis ini. Kami dibenarkan masuk ke dalam beberapa unit rumah yang telah siap dengan kemudahan-kemudahan yang bakal kami dapat. Ada dua rumah contoh yang fully furnished, boleh la berangan-angan deko ape yang dibuat dalam rumah tu nanti. Disamping itu ada juga dibuat promosi jualan barangan perabut Fella Design dengan jualan barangan elektrik. Unit aku di Blok C tidak dibenarkan masuk dan rumah sahabat di Blok A tingkat 7 juga tidak dibenarkan masuk. 
Kemuncak majlis pada hari itu adalah sesi soal jawab bakal penduduk dengan pihak pemaju. Macam-macam soalan yang diajukan oleh bakal penduduk dan semuanya dijawab dengan baik oleh wakil-wakil pihak pemaju. Tahniah pihak p…

831 : Empat Hari Di Bulan Zulhijjah 1438H/2017M - Selamat Hari Raya Aidiladha, Mohon Maaf Zahir dan Batin

Image
Assalamualaikum
Hari ini sudah masuk empat hari kita di bulan Zulhijjah. Masih ada lagi yang berhari raya ke? Masih ada yang berkorban? Alhamdulillah, semoga rezeki kite sentiasa diberkati Allah swt. As for me, Hari Raya Haji ni macam hari-hari biasa jer, cuma makan jer sedap sikit dan tahun ni dapat cuti panjang. Aku bercuti dari 30 Ogos hingga 3 September kemudian ditambah pula dengan Cuti Umum Seluruh Negara yang diisytiharkan oleh Jibby tempoh hari untuk hari Isnin 4 September, makanya hampir seminggu aku bercuti. Best giler dapat lepak-lepak kat rumah walaupon kadang-kadang mencapai tahap kebosanan. 
Menjelang 10 Zulhijjah (Khamis, 31 Ogos 2017)
Hari ni Cuti Hari Merdeka yang ke 60. Seperti biasa aku buat-buat bodoh je kat rumah. Menjelang petang aku keluar, nak cari makan malam dengan nak beli sedikit barang untuk kariah surau yang bakal datang bertakbir malam nanti. Aku pergi pasar malam BBS untuk cari makan, tak ramai orang yang berniaga malam ni, tapi abang jual yong tau foo …