Posts

Showing posts from May, 2017

824 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 8) : Kegembiraan Itu Sudah Sampai Ke Penghujungnya

Image
... sambungannya

9 Mac 2017 (Khamis)

Hari terakhir kami melihat matahari terbit di Negara Matahari Terbit ini. Kami akan terbang pulang ke tanahair pada malam ini. Pagi itu tiada apa-apa aktiviti yang kami lakukan. Badan terasa letih dan penat setelah beberapa hari menjelajah seluruh Tokyo tanpa henti. Kegembiraan membuat rasa penat itu hilang. Keterujaan membuatkan kita handak menjelajah lebih jauh lagi. Apakan daya, masa tidak mengizinkan.
Pagi itu, setelah bersarapan pagi dengan menghabiskan semua bekalan yang dibawa, kami mengemas beg pakai masing-masing. Aku duduk termanggu di tepi katil, tidak tahu mana hendak dimulakan. Barang terasa makin banyak pulak, tak muat sudah beg aku yang sebesar alam itu. Ku sumbatkan juga selagi boleh. Akhirnya, 6 buah beg kami kesemuanya, 2 beg setiap seorang. Tiada tambahan beg, syukur. Sebelum meninggalkan rumah yang kami inapi selama 6 hari 5 malam itu, kami berkemas-kemas sedikit agak tidak kotor dan bersepah, sekurang-kurangnya, tuan rumah boleh…

823 : Catatan Perjalanan - Tokyo, Jepun (Episod 7) : Penjelajahan Kota Tokyo Diteruskan. Misi Memburu Pokemon

Image
... sambungannya

8 Mac 2017 (Rabu)

Setelah bergaduh sekejap dengan tuan rumah pagi itu, kami mendapat khabar gembira. Tuan rumah telah datang ke rumah dan memberitahu bahawa pihak polis telah menelefon beliau semalam tentang telefon sahabat yang keciciran itu. Tuan rumah membantu mendapatkan maklumat lanjut dari pihak polis dan memaklumkan bahawa pihak polis ada menerima telefon dari model yang sama tetapi tidak dapat dipastikan sama ada sahabat adalah pemiliknya atau bukan. Oleh itu, pihak polis meminta kami ke Balai Polis Shibuya untuk membuat pengesahan dan mengambil telefon itu jika benar telefon itu adalah milik sahabat.
Selepas bersarapan serba sedikit, kami segera mengambil train dari Komae ke Shinjuku dan terus ke Shibuya. Dari Shibuya Station, kami berpandukan arah dari Google Map untuk mencari Shibuya Police Station yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shibuya. Tak susah mencari balai polis ni menggunakan khidmat Google Map (sangat berguna Google Map n…