29 January 2013

573 : Catatan Perjalanan - Pulau Langkawi (Jangan Marah-Marah) Episode 1

Alhamdulillah aku telah berpeluang untuk bercuti di Pulau Langkawi dari 26 - 28 Januari yang lepas. Jauh perjalanan, luas permandangan, penat badan tetapi aku sangat seronok.

26 Januari 2013

 
Pelangi pagi menemani perjalanan kami - Ipoh

Kami memulakan perjalanan sebanyak 3 buah kenderaan dari Selayang menuju ke Kuala Perlis. Perjalanan kami bermula seawal 5.30 pagi dan berhenti di beberapa buah perhentian untuk berehat. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 1.00 petang. Cuaca petang itu sangat terik, tak larat rasanya berpanas. Kami tidak bernasib baik kerana kami terpaksa menunggu feri untuk pukul 3.00 petang. Tiada lagi tiket feri yang lebih awal. Keadaan di Jeti Kuala Perlis sangat teruk. Terlalu ramai orang yang menggunakan perkhidmatan feri dari sini untuk ke Langkawi. Ditambah pula dengan proses menaiktaraf kawasan jeti memburukkan lagi keadaan. Sementara menunggu kami makan tengahari di kedai berhampiran dan menunaikan solat di masjid berhampiran. Feri bergerak menuju ke Langkawi lebih kurang pukul 3.00 petang. 

Baru tiba di Jeti Kuala Perlis 

 
Keadaan dalam Jeti Kuala Perlis 

  
Semua gembira bila dah dapat naik feri

Tiba di Jetty Point Langkawi lebih kurang pukul 4.00 petang. Kenderaan untuk kami gunakan di Langkawi sepanjang percutian telah ditempah lebih awal maka tiada masalah untuk mendapatkan kenderaan. Kami menyewa sebuah kereta (Mitsubishi Lancer... takmo kalah...) dan sebuah MPV pada kadar RM200 sehari masing2. Kami menuju ke sebuah homestay yang juga telah ditempah awal. Rumahnya simple sahaja, ada 4 bilik tidor dan 2 buah bilik air. Sesuai lah untuk mereka yang bercuti beramai2. Petang itu kami berehat sahaja memandangkan semua penat kerana perjalanan yang jauh tadi. Cuaca amat terik dan panas, terasa bahang sehingga ke dalam rumah.

 
Macam pramugari feri dah 

 
Homestay kami di Langkawi 

 
Perbincangan tepi jalan nak makan malam kat mana

Kami keluar semula pada malam hari lebih kurang pukul 8.30 untuk makan malam. Susah betul untuk mencari makan malam pada malam itu. Singgah di sebuah kedai ala thai, tetapi katanya sudah terlewat dan takut mereka tak sempat untuk menghidangkan makanan. Kemudian, dengan bantuan seorang rakan, kami telah dibawa ke Restoran Selera Nelayan di Jalan Bukit Malut. Restoran dia tak macam restoran pon tapi penuh dengan pelanggan. Kami tiba lebih kurang pukul 10 malam. Pelayan di restoran ni kebanyakkannya lelaki lembut.. siap ada yang kata aku ni macam Farid Kamil, hahaha, layan je lah. Kami terpaksa menunggu sangat lama untuk mendapatkan makanan. Nak tunggu air pon lambat. Makanya malam itu semua orang macam dah takde mood nak makan pasal dah la lapar, makan plak sampai sangat lambat. Dekat2 pukul 12 baru kami dapat makanan kami. Makanan dia ok2 je lah, takde la sedap sangat. Tak datang lagi lah kat restoran ni.

 
Di Restoran Selera Nelayan yang servisnya sangat slow itu

Takde aktiviti lain dah lepas tu. Balik rumah, semunya terus tidor.


... bersambung

8 comments:

  1. Assalammualaikum

    Wah seronoknya ke Langkawi. Nampaknya menarik jugakan sewa homestay klu ke mana2,mahal tak? Aduhaikesiannya perut jam 12 baru dpt makan! awat lembut sangat? org ramai ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama

      tak tahu lah berapa harga homestay tu. tp kalau pergi ramai2 rasanya lagi jimat dok homestay. bole masak lagi. ntah la mama, semuanya lemah lembut belaka.. hehehe.. tp ramai betul pelanggan, dah pukul 11 lebih pon masih ade yg datang

      Delete
    2. Susah yer nk cari makan kt Langkawi ni

      Delete
    3. entah la.. tibe2 malam tu susah nak cari makan. tak tau kenapa. dugaan betul

      Delete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    lembut2 tu yg slow servis nya...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      itu la pasal, nak menggedik sgt, order air 2 jug, dapat 2 gelas ...

      Delete
  3. salam apiz.. wah, Manjer yg suami org kedah tak sampai lagi langkawi.. Hee.. insyaAllah ada masa sampai gak nanti Manjer ke sana. Orang kata kalau naik flight lagi ok ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer.

      dari KL ni kalau naek kenderaan sendiri mmg payah sket la, kene naek bot lagi. tapi kalau pegi ramai2 jimat sket la klu naek kenderaan sendiri. naek flight mmg la lagi mudah...

      Delete