Posts

Showing posts from December, 2012

565 : 2012

Image
Setahun sudah berlalu, 2013 kini menjelang tiba. 2012 tidak akan berulang lagi, biarlah ia menjadi kenangan di hati mereka yang menghargainya. Bagi aku, tahun 2012 tidak banyak bezanya dengan tahun2 sebelumnya. Tetapi setiap hari yang mendatang akan aku akan cuba untuk menjadikan ia yang terbaik untuk aku. Segalanya aku coretkan di sini untuk dikongsi segala kegembiaraan dan kesedihan aku, walaupon ade yang tidak aku hebahkan kepada dunia. Terima kasih kepada mereka yang sudi membacanya. Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang terbaik kepada kite semua. InsyaAllah.

~Salam Sayang~

564 : Sepetang Di Aquaria KLCC

Image
Hari Ahad yang lepas aku dan beberapa orang ahli keluargaku telah berkesempatan ke Aquaria KLCC. Kakak telah mengajak aku, ayah dan keluarga adik kerana dia nak bawak anak2 dia jalan2 sempena cuti sekolah ni. First time kami ke Aquaria. We enjoyed ourself but yang tak bestnya, terlalu ramai plak pengunjung pada hari itu, mungkin kerana cuti hujung minggu dan cuti sekolah. 

Ikan2 piranha ni akan mengalu2kan kehadiran anda ke Aquaria
Disamping ikan, ada juga haiwan lain yang dipamerkan seperti buaya ini 
Kolam ikan besar dan suasana di tingkat bawah Aquaria  
Akuarium yang menempatkan ikan2 besar
Kolam marin yang menempatkan ikan2 laut
Suasana di dalam terowong bawah air 
Kami sekeluarga berasa sangat gembira.

~Salam Sayang~

563 : Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Image
Dah lama rasanya tak makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Terlalu lama sampai tak ingat bila last time aku makan masakan istimewa ni. Seingat2 aku masa tu zaman budak2 lagi. Masa tu maen makan jer, tak ingat la sedap ke tak, tapi kalau Masak Lemak Cili Api masak ape pon mesti sedap kan, especially my fevret, Ketam Masak Lemak Cili Api. Hehe... 

Walau bagaimanapon, dewasa ini kalau dihidangkan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api ni, rasanya aku tak makan kot. Hahaha... "segan" plak melihat dan nak menyedutnya. Kepada yang suke dengan hidangan ni, makan lah, aku tidak memandang ape2 pada kalian. Aku ada seorang kawan yang tak boleh pandang pon si siput sedut ni. Geli geleman dia dibuatnya, ape tah lagi memakannya. Kadang2 sampai dia marah aku kerana mengacau dia dengan siput sedut ni. Hehehe...
Tujuan sebenar menulis entry ni bukannya nak cerita pasal siput sedut bagai. Itu sebagai mukoddimah jer. Sabtu lepas sempat la aku mencuci akuarium di rumah aku setelah lebih kurang 2 …

562 : Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi

Image
Alhamdulillah, pokok bunga mawar pertama aku yang dibeli di MAHA2012 akhir bulan lalu semakin subur dan sihat. Memula beli dulu, takut gak kalau aku tak pandai jaga dan pokok tu mati. Tapi berpandukan tip2 penjagaan pokok bunga mawar yang diberikan oleh En. Google, nampaknya pokok tu semakin membesar dan subur. Paling menggembirakan aku, bila aku dapat lihat ada beberapa kuntum putik bunga baru yang dah keluar. Tak sabar rasanya nak tengok mereka mekar berkembang. Kalau tepat perkiraan aku, hujung minggu hadapan, kuntum yang pertama akan kembang, InsyaAllah. Best tak?
Inilah bunga mawar merah aku. Kuntum semasa pokok dibeli 
Ini keadaan pokok sekarang. Banyak pucuk baru tumbuh dan setiap pucuk ada putik bunga yg baru. Ada 6 kesemuanya.

~Salam Sayang~

561 : Edisi Makan Free

Image
Alhamdulillah, minggu lepas dan hari ini daapt lagi rezeki makan free. Terima kasih kepada semua yang sudi menjamu kami makan. Semoga murah rezeki sekelian. 
Sesi makan free dimulakan dengan Nasi Lemak dengan Sambal Sotong dan Telur Mata Lembu, Gerai dekat Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya.

Sesi Kedua Makan Free adalah Nasi Bukhara Ayam, Restoran Syed Petaling Jaya 
Sesi Ketiga Makan Free adalah kuih-kuih melayu, Pulut Panggang, Pau, Ketayap, Agar-Agar Jagung dan Pisang Goreng
Sesi Makan Free seterusnya adalah Pulut Kuning dengan Rendang Ayam.
Alhamdulillah....

~Salam Sayang~

560 : Mari Menonton - The Hobbit An Unexpected Journey

Image
Awal pagi ini, sekali lagi bersama sahabat2 yang amat aku senangi, kami telah berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam. Filem itu adalah filem The Hobbit An Unexpected Journey. Kami telah menonton midnight pada pukul 12.00 malam dan filem ini berdurasi selama 2 jam 45 minit.
Filem The Hobbit An Unexpected Journey adalah sebuah filem prequel kepada filem trilogy The Lord Of The Rings. Filem ini mengisahkan pengembaraan seorang Hobbit bernama Bilbo Baggins yang dipilih oleh Gandalf The Grey bersama2 sekumpulan 13 orang bangsa Dwarf ke Lonely Mountain untuk merampas kembali kota Erebor, sebuah kota gemilang masyarakat Dwarf yang telah ditakluki oleh seekor naga yang digelar Smaug. Dalam perjalanan ke Lonely Mountain itu, mereka telah menempuh pelbagai halangan dan diburu oleh sekumpulan Org dan Goblin yang diketuai oleh Pale Orc untuk menuntut bela. Dalam pengembaraan ini jugalah Bilbo telah menemui 'Cincin' dan telah bertemu dengan seorang Gollum bernama S…

559 : Mari Berhibur - Pi's Lullaby

Image
Dah lama rasanya tak wat entry 'Mari Berhibur'. Dulu2 rajin gak letak lagu2 antarabangsa, antaranya yang aku ingat, lagu Arab, Russia, Spanish, Jepun dan Korea. Kali ni aku nak letak lagu dari negara India berbahasa Tamil yang berjodol Pi's Lullaby.
Lagu ini merupakan soundtrack dari filem Life of Pi yang aku tonton beberapa minggu lepas. Lagu ini merupakan lagu intro filem ini. Dengar2 sahaja membuatkan aku terus tertarik. Mungkin ini merupakan satu2nya lagu berbahasa Tamil yang aku suke.
Aku tak paham pon aper yg disampaikan dan aku tak jumpe pon translation lagu ini di internet. Yang aku paham cume dua perkataan terawal lagu ini iaitu 'Kanni.. Kanmaniye' yang bermaksud lebih kurang 'Wahai Sayangku'. Romentik sgt kan... Ape2 pon semoga terhibur.

~Salam Sayang~

558 : Durian Crepe, Sedap Ke?

Image
Semacam satu fenomena alam semula jadi plak bila tiba2 Durian Kerepek ni menjadi popular. Kat dalam FB, menderu2 orang pos gambar kerepek ni tak kurang juga yang menjalankan bisnes menjual kerepek ini. Sedap, lazat, yummy, delicious itu sebahagian komen yang dapat dilihat. 
Memula dulu memang tak pandang pon kerepek ni. Lama kelamaan, teringan pulak nak rasa since kebanyakkannya mengatakan bende ni sedap. First dulu cube cari di MAHA2012, since ade seorang kawan yang dapat membelinya di sana. First time ke MAHA2012, kedai yang diketahui menjual kerepek ni dah ditutup dan kali kedua ke MAHA2012, terlupa plak nak singgah membeli pasal excited sgt nak tengok anak kambing. Hahaha...
Ahad lepas ajak la seorang sahabat yang teringin nak rasa kerepek ni ke Ikano Damansara since kat sana diketahui ade satu kedai yang menjual kerepek ni. Sampai2 je di kedai yang dikatakan, kosong sudah freezer nyonya tu. Ermm... dah habis nampak nye. Takde luck hari tu. Hari Isnin plak ada seorang kawan yang …

557 : Mari Menonton - Life Of Pi

Image
Semalam aku berpeluang untuk menonton sebuah filem terbaru di pawagam yang bertajuk Life of Pi. 

Filem arahan Ang Lee ini mengisahkan bagaimana seorang remaja dari India bernama Pi, berjaung untuk hidup di lautan setelah kapal yang dinaikinya untuk ke Kanada karam dan tenggelam bersama keluarganya. Berkelana di tengah lautan di dalam sebuah bot penyelamat bersama seekor harimau bernama Richard Parker, Pi menyabung nyawa dari lemas di lautan dan dari mati dibaham Richard Parker. Di tengah lautan, Pi telah belajar berdikari dan mengenal erti hidup. Di tengah lautan juga Pi mengenal Tuhan. Bagaimanakah hidup Pi selepas itu. Dapatkah Pi diselamatkan atau dia akan menjadi mangsa laut atau mangsa Richard Parker? Saksikan kisah Pi seterusnya di pawagam berhampiran anda. 

Aku tak pernah tengok ape2 preview tentang filem ini. Tak terniat pon nak tengok. Tetapi memandangkan kami tiba di pawagam pada pukul 5.45 petang dan waktu tayangan terawal adalah filem ini pada pukul 6.15 petang, kami terus b…

556 : 15 November 1999 - 15 November 2012

Image
Terlupa sudah aku akan akan tarikh 15 November 2012 ini. Tidak lah penting pon tarikh ini kepada umat manusia sejagat, tetapi pada tarikh ini, maka genaplah 13 tahun aku berkhidmat dengan Universiti Malaya. Selama 13 tahun sudah aku menempuh suka duka menjadi seorang penjawat awam. Selama 13 tahun usia pengalaman aku di Universiti Malaya yang mana bagi aku tidak cukup luas memandangkan aku hanya pernah bertugas di dua jabatan sahaja. Terniat juga di hati untuk minta dipindahkan ke jabatan lain. Teringin juga merasa suasana kerja yang baru, teringin juga merasa tekanan kerja yang baru, teringin juga mendapat kawan2 sekerja yang baru. Tapi apakan daya, rezeki aku masih kuat di sini. Takut juga di hati, bila dah senang di sini mungkin tidak dapat menempuh keadaan kerja di tempat baru. Takut juga terjadi seperti, lepas mulut buaya masuk mulut harimau. Ape2 pon, syukur ke hadrat Allah swt, rezeki aku di sini. Alhamdulillah.

~Salam Sayang~

555 : Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA 2012) - Part II

Image
Selepas menghadiri aktiviti makan durian tempoh hari, aku bersama sahabat2 baik ku terus ke MAHA 2012 di Serdang. Tak puas rasanya pergi tempoh hari kerana tidak berpeluang melawat ke tapak2 pamerannya terutama ke Laman Ternak, pasal nak tgk anak kambing, hehehe. Kami bernasib baik kerana ada seorang sahabat yang bertugas dengan pihak penganjur, maka kami telah mendapat pelekat kenderaan 'official' yang membolehkan kami membawa dan memakir kenderaan di mana2 saja dalam kawasan MAEPS itu. Tak perlulah berjalan jauh. Tak perlu lah naik tram dan bas yang sentiasa penuh dengan pengunjung.
Puaslah hati dapat melawat ladang ternak dan melihat pameran kucing, kuda, lembu, ayam, arnab dan sebagainya. Dan yang paling best dapat bermain2 dengan anak2 kambing yang sangat kuit. Rasa nak kidnap bawak balik jer...
Pelekat kenderaan yang membolehkan kami membawa dan memakir kenderaan di mana2 saja sesuka hati kami.
Apollo Melon, first time dengan nama buah ni. Sedap, manis, crunchy. Nyam3... …

554 : Durian Kelantan

Image
Sabtu lepas ada menerima undangan ke jamuan makan durian yang diadakah oleh sahabat aku di Taman Bukit Jalil. Dengar khabarnya, durian tu dibawa segar dari ladang di Pasir Puteh, Kelantan. Selain daripada durian, ada juga rambutan, manggis, dokong dan buah salak. Disamping itu ada juga tuan rumah menyediakan bihun goreng, karipap dan kuih muih, minuman dan pulut untuk dimakan bersama durian. Semacam pesta sudah di sana. Apa2 pon terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput saya dan sahabat2 yang lain. Terima kasih... Muah...
  Inilah durian2 yang dibawa segar dari ladang. 
Abah dan Cik Siti Fatimah sedang berbincang2 nak makan buah aper dulu..
 Sebahagian ahli keluarga sahabat yang hadir
 Gazebo ini telah dikonker oleh kami hari itu... 
 Cik Siti Fatimah sedang menunjukkan kebolehannya membuka durian (handbag tak tinggal tuh) 
Nyam3....

~Salam Sayang~