19 September 2012

529 : Jalan - Jalan Akhir Syawal

Hujung minggu lepas juga merupakan hujung minggu yang memenatkan bagi aku, penat tapi amat menyeronokkan bila dapat meluangkan masa bersama sahabat-sahabat yang amat aku senangi.

Penghujung minggu lepas aku telah memenuhi jemputan undangan raja sehari seorang kawan di Gambang, Kuantan Pahang. Terlajur ke Kuantan dan dalam masa yang sama cuti Hari Malaysia, kami telah memanjangkan langkah kami ke Paka, Terengganu.

Add Image
Pantai Paka yang saujana mata memandang

Perjalanan kami bermula dari Selayang lebih kurang pukul 10 pagi. Perjalanan kami santai sahaja dan kami tiba di Paka lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami check-in di sebuah hotel bajet di sana. Berehat sebentar kemudian kami keluar semula lebih kurang pukul 4.30 petang untuk memenuhi jemputan rumah terbuka kawan kepada salah seorang sahabat aku. Rumahnya tidak jauh dari tempat kami menginap. Kami dijamu dengan nasi dagang yang penak dan mee soto di samping juadah2 ringan yang laen. Kenyang perut kami yang sememangnya belum lagi makan tengahari. Lebih kurang pukul 6.00 petang kami meminta diri. Terima kasih kepada tuan rumah.

Nasi Dagang yang penak

Kami kemudiannya menuju ke pantai Paka. Menuju ke kedai tepi pantai yang pernah kami lepak dahulu untuk menikmati ketupat sotong. Alhamdulillah, ketupat sotong ade disediakan. Disamping itu kami juga turut menikmati kepenakan keropok lekor dan air kelapa muda. Cuaca petang itu sangat baek, sesuai untuk melepak tepi pantai walaupon takde orang pon yang mandi manda di pantai itu.

Ketupat sotong kedai tepi pantai Paka

Selepas matahari terbenam, kami menuju pula ke pasar malam di pekan Paka. Sekadar jalan2 cari pasal jer. Takde ape pon yang dibeli kerana perut sudah pon kenyang dan tiada ape yang menarik untuk dibeli. Kami kemudiannya sepakat untuk pulang ke hotel penginapan kami untuk berehat.

Pasar malam Paka

Keesokan harinya, kami check out lebih kurang pukul 9.00 pagi dan perjalanan kami diteruskan ke Felda Kerteh 6 ke rumah salah seorang daripada sahabat aku ni. Dah terlanjur sampai ke sini, tidak molek pula kalau tidak menziarahi ibunya. Kami dijamu dengan nasi lemak yang penak dan beberapa jenis kuih2 tradisional melayu. Kenyang perut bersarapan pagi ngan nasi lemak yg penak. Terima kasih mak (eh... hehehe). Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami bergerak meninggalkan Felda Kerteh 6 menuju ke Gambang untuk memenuhi undangan ke majlis perkahwinan pula. Kami telah singgah di Kuala Kemaman untuk membeli sedikit keropok untuk dibawa pulang. Kami juga menikmati keenakan sata yang ada dijual di situ. Nyam3...

Nasi lemak mak Siti

Sata Kuala Kemaman

Kami tiba di rumah pengantin lebih kurang pukul 2.30 petang setelah mengalami sedikit kesesatan. Majlis yang nampaknya sederhana tetapi meriah. Buah tangan yang diberikan juga mewah. Hidangan yang disediakan juga agak mewah, dengan daging, kambing dan ayam. Kami makan (lagi) dahulu sebelum berjumpa dengan pengantin. Sebenarnya aku sedikit malu nak jumpe dengan pengantin tu, sebab ini merupakan kali pertama aku jumpe dia face to face. Sebelum ni hanya berhubung melalui sms dan fesbuk jer. Kawan tu pun agak terkejut melihat aku hadir ke majlis dia, hehehe... ape2 pon, diucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia Ke Akhirnya, InsyaAllah.

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami bergerak meninggalkan Kuantan.


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. salam sejahtera,
    Alhamdulillah dah selamat sorang.Bagus betullah kawan sms/fb pun sudi jumpa'
    Mama sgt suka Terengganu, di mana2 pantai dan cantik2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera mama

      alhamdullilah dah selamat dah dia.. hehehe.. kawan sms/fb pon kawan gak, klu dah dijemput insyaallah akan datang juga. sy pon suke terengganu, tak berpeluang lagi nak pegi pulau2nya

      Delete
  2. Assalamualaikum Afeezz

    kena cari orang terengganu la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk..

      kalau raya nnt susah plak kene balik ganu... (hehehe... gurau jer)

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah
      enjoy life to the fullest

      Delete
  4. hamba terasa kemeriahan nya itu.....




    pmuda BBS

    ReplyDelete