13 September 2012

527 : Dari Segamat Ke Kluang Dan Kota Tinggi

Minggu lepas juga merupakan minggu yang memenatkan bagi aku lagi. Jauh perjalanan aku menjelajah selatan tanah air. Ingatkan hanya ke Segamat, akhirnya sampai ke Kota Tinggi pula.

Mengikut perancangan asalnya, hanya untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan kepada sahabat aku di Chaah, kemudian kami akan jalan2 sekitar kawasan itu atau beraya ke rumah kawan2 kepada sahabat aku tuh. Bermalam semalam di Yong Peng dan pulang keesokan harinya.

Tetapi perancangan itu telah bertukar bila parent kepada sahabat aku tu juga datang ke majlis perkahwinan kawan sahabat aku tu yang juga merupakan jiran mereka semasa mereka menetap di sini. Makanya, parent sahabat aku tu telah mengajak kami semua berhari raya di rumah saudara mara mereka. Jadi petang itu kami telah berhari raya di dua buah rumah saudara sahabat aku tuh. Makan memang kenyang. Tak keluar belanja untuk makan langsung sepanjang hari kami di sana.

Keesokan harinya pula, seawal 8.00 pagi kami telah check-out dari penginapan kami di Yong Peng menuju ke Kluang, rumah seorang lagi saudara kepada sahabat aku tuh. Kami bersarapan pagi di sana, save duit utk sarapan pagi kami di sana. Kemudian, dengan konvoi 4 buah kereta kami ke Felda Bukit Aping, Kota Tinggi untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara sahabat aku tuh. Makan lagi nampaknya, murah betul rezeki kami pada hujung minggu tu. Alhamdulillah.

Menjelang awal petang, kami bergerak meninggalkan Kota Tinggi pulang ke Kuala Lumpur. Kami singgah di Ayer Hitam untuk shopping tapi aku tak beli aper pon, sekadar windows shopping jer. Tapi terbeli la gak beberapa jenis barang, hahahaha.



~Salam Sayang~

5 comments:

  1. GI JOHOR NAPER TAK SINGGAH UMAH??? HEEE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... hari tu ade lalu Kulai, teringat gak manjer ade kat Kulai... hehe

      Delete
    2. wah.. patut la rasa mcm ada org ingat kat kita aritu.. Hee.. Len kali singgah ek beraya.. :)

      Delete
    3. Hari tak plan pon nak ke kota tinggi tu. Tak sangka plak diaorg lalu kulai. Klu tau bole gak singgah. 3 kereta je... Heheh

      Delete
    4. Hari tak plan pon nak ke kota tinggi tu. Tak sangka plak diaorg lalu kulai. Klu tau bole gak singgah. 3 kereta je... Heheh

      Delete