199 : Menu, Ayam Goreng Berempah

Menu makan tengahari semalam adalah Ayam Goreng Berempah. Nasi beli sendirian berhad.

Semalam ade projek memasak ayam goreng berempah. Seramai 20 orang kakitangan telah share beramai2 untuk menjayakan projek ni. Dan macam biasa aku telah ditugaskan untuk membeli ayam. So, pada petang hari sebelumnya, aku telah pergi ke sebuah pasaraya berhampiran rumah aku untuk membeli ayam. Aku telah membeli sebanyak 20 ketul, 18 bahagian peha (whole leg) dan 2 bahagian dada. Nak dijadikan cerita, pagi hari projek tu, sebelum bertolak ke tempat kerja dengan bekalan ayam yang telah dibeli, Cik Yam telah pancit tayarnya. Nasib baik di rumah. Aku menunggu sehingga pukul 9.00 pagi dan aku keluar membawa Cik Yam ke bengkel. Malangnya 2 bengkel berhampiran rumah aku masih tutup dan beberapa lagi bengkel sepanjang Jalan 29 juga tutup. Nak tak hendak, aku membawa Cik Yam balik. Nampaknya terpaksa pergi ke tempat kerja bersama Cik Siti. Kalau tak kerana ayam yang telah dibeli itu, mau saja aku call pejabat, cakap aku EL semalam... hahaha


aktiviti menyediakan rempah


bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikupas
dan dihiris halus (untuk dikisar bersama bahan rempah laen)
saper le amik gambar ni, blur sungguh
..


ayam yang sedang diperap bersama rempah


aktiviti menggoreng


wah.. banyak asap, habis lensa kamera aku...


Hasilnya, Ayam Goreng Berempah


Kak Ila : Punya lah sedap ayam goreng berempah ni,
sampai stim mata akak...

p/s : mutu gambar kurang memuaskan kerana amik pakai cameraphone yang cokia...


Salam Sayang ...

You Might Also Like

25 comments

  1. salam afeez

    ayam goreng berempah?? sedap tuuu kalau makan dengan nasik kukus..

    ReplyDelete
  2. Salam Anakanda afeez,

    satu satu cik yam tu pedajalkan kan afeez..... tak serik-serik ke.

    Mata kak ila tu makan ayam sampai mata jadi stim? dia mikir tu "apa la rasa ayam ni, rasa rempah ke atau rasa ke hape" ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah n salam kenal dr saya ...

    ReplyDelete
  5. salam kanda azie : sedap tu mmg sedap, tp semalam nyer tu kureng sikit pasal perap sekejap sgt. klu lama sikit mesti lebih sedap.. mata pon nnt stim semacam jer... haahah... klu ngan nasi kukus.. jgn cakap ler...

    alam ayahanda zain : cik yam tu dah mmg time tayar dia nak pancit. dah lama tak tukar tiub tuh, mmg ternanti2 bile dia nak pancit pasal nak terus pi tukar kat bengkel. Kak ila tu sebenarnya malu2 pasal sy amik gambar ida, dia pon picphobia gak.. hahah

    salam comment deleted : awat pelik benor nama hang?

    salam bnaim : terima kasih pasal sudi ziarah..

    ReplyDelete
  6. hmm nampak mcm sedap.. nampak je lah.. rasa x tahu lgi ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  7. salam sahabat che'pit : bg aku rasanya macam ayam jer, tp kulit dia mmg sedap...

    ReplyDelete
  8. Salam afeezz...

    Nampak best jer... bila hang nk masak ayam goreng rempah tuk GPB nie?????? hehehe

    ReplyDelete
  9. tikah GPB? geng perempuan bujang?

    hmm x besh lah.. GKB lah, geng kelab bujang.. laki n pompuan pun leh

    ReplyDelete
  10. Salam pijal....

    ops... lupa kat hang.... ok la kita tukar... GKB.... hehehe

    ReplyDelete
  11. salam sahabat tikah : saya? nak masak ayam goreng berempah tu? ermm... makanya tak jadi ayam goreng berempah ler, jd ayam goreng berempah hangit...

    salam sahabat pijal : aku setuju sgt lah ngan GKB tuh..

    ReplyDelete
  12. ok jom kita tubuhkan GKB..

    antara ahli2 >>> CP, Afeezz, hanis, syima, atikah.. hmm sape lagi ek?

    sape nak jadi presiden, timbalan, setiausaha, bendahari..

    ReplyDelete
  13. salam kenkawan : pijal.. AZ jgn dilupa, dia pon bujang gak.. Hahahah

    ReplyDelete
  14. Salam Afeezz,

    presiden - Pijal
    timbalan - Hanis
    bendahari - Shima
    setiausaha - Afeezz

    Cheq AJK dah la...

    Setuju????? hahaha

    ReplyDelete
  15. salam cik tikat : sangat setuju..

    ReplyDelete
  16. Salam Afeezz...

    Waaaaa... awat nama cheq hang tukar cik tikat????

    ReplyDelete
  17. Salam Afeez,

    Mama2 ni semua tak boleh join ke, join makan pun tak pe gak..tapi kalau tak boleh tak ngapa..mama2 bukak group mama2 pulak boleh ke..

    ReplyDelete
  18. salam cik tikaH : <-- macam ni le sy nak tulis tadi, tersilap plak.. T ngan H kan dekat2, tu yg salah tekan

    salam kanda syidah : ok lah tu, geng bujang ade GKB, geng mama nnt wat le persatuan ibu2 dan geng papa tubuhkan persatuan bapak2 (pengerusi dia AZ). pastu kite leh buat pertandingan antara Geng...

    pijal : GKB tu klu tukar kepada KGB baru nampak ganas sikit (KGB = kelab Geng Bujang) hahaha

    ReplyDelete
  19. salam Afeezz...

    tak cantik ler nama tu...
    KGB = kelab Geng Bujang... ish... cam tak menarik..

    Apa kata kita bagi nama Kelab Geng England (stand 4 bujang)...
    or ringkasnya KGE... kihkihkih

    ReplyDelete
  20. salam tikah : apasal england? ahli2 kelab akan wat trip ke england ker nnt? best nyer

    ReplyDelete
  21. Salam afeezz,

    owh ada forum GBK disini rupanya..
    cheq terlepas train huhu..
    patutlah ada mcm ter blur bila hang dok cite kt FB (komen gmbr tauhu teratai)

    ReplyDelete
  22. SAlam afeezz...

    hikhikhik.... mana ler ahli kelab kita da duit nak ke England... huhuhu...
    England tu istilah utk org bujang.... kalau dah kawin org panggil Germany... :)

    ReplyDelete
  23. salam afeezz...

    tumpang lalu ek..kak sidah , mana depa nk terima kita ni masuk kelab depa aih , jom kita bina kelab WARGA PERAK plak jom , ajak le geng2 yg seangkatan dgn kita yg ramai gak ni , mama ju ,kak nab ,kak don (kak S) ada setuju ka ?? sapa lagi nk join cepat angkat tangan..

    ReplyDelete
  24. salam sahabat-sahabat : wah3... dan2 semuanya nak menubuhkan kelab yer.. england la.. perak lah... bujang la... isk3... takpe2, janji meriah..

    ReplyDelete