Posts

Showing posts from November, 2009

Posting No. 182 : Salam AidilAdha

Image
Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan, Indah AidilFitri Kerana Kemaafan Indah AidilAdha Kerana Pengorbanan
SALAMAIDILADHA

Salam AidilAdha...

Posting No. 181 : Stop!... Stop Asking...

Image
BILA NAK KAWEN?... Malas betul aku nak menjawab soalan yang Maha Bodoh ni. Dah naik sebu telinga mendengar dan naik bernanah hati menahan bengang. Bila jumpa jer, tanya soklan ni... sikit2 tanya soklan ni. Dalam berjuta2 soklan, bende ni gak yang nak ditanya. Dah tebiat nak mampos agaknya. Rasa macam nak terajang jer muka orang yg bertanya tuh.
"Kenapa ko tak kawen ngan si polan tu? Dia kan single."... Kepala hotak ko.. klu jodoh aku ngan dia, dah lama aku kawen ngan dia, yg ko nak tanya2 lagi ape hal? Klu ko mengidam nak makan nasi minyak, ko mintak jer, aku bole belanja ko makan bende yg lagi baek dari nasi minyak.
"Kenapa tak kawen lagi?"... makcik ade anak dara, bg saya je lah... taknak pulak bagi, tp sibuk menjaga tepi kaen orang, klu bole tepi2 spender pon jaga...
"Fez... bile ko nak kawen?".... jom lah, ko jer kawen ngan aku... ehh.. gila ko.... tak nak plak bile aku ajak kawen, tapi sibuk bertanya...
Oleh itu kawan2, klu korang takde (taknak bagi) ana…

Posting No. 180 : Hari Berkursus

Image
Esok ngan lusa aku akan menghadiri kursus. Dah lama dah tak menghadiri kursus. Kali terakhir aku menghadiri kursus pada bulan Mac yang lepas. Sebagai seorang kakitangan sokongan kumpulan N, kursus memang banyak, nak tak nak jer pergi, tapi kursus chokia2 jer lah. Tak macam kakitangan sokongan kumpulan U yang dapat pi kursus hebat2, buat kat Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Kelantan, pi naek kapalterbang, dok kat hotel makan pon kat kat hotel. Kami yang kumpulan N ni, pi kursus kat Kampus Kota KL jer. Dah naek muak tengok Kampus Kota tuh.
Kursus yang aku akan pergi esok adalah Kursus Perkhidmatan Pelanggan. Sebenarnya kursus ni tak termasuk dalam perancangan kursus tahunan aku tahun ni. Memandangkan tiga kursus yang aku rancang untuk akhir tahun ni semuanya tak dibuat, jadik aku terpaksa mohon jer aper kursus yang ada. Sekadar nak mencukupkan keperluan kursus tahunan aku.
Kalau nak bercerita pasal kursus, kursus yang paling jauh pernah aku pergi kat Cherating Pahang, tapi kursus tu memang …

Posting No. 179 : Mari Berhibur

Image
Mari kita berhibur di pagi hari minggu ni. Klip ni aku amik sendiri, sori kualiti gambar kurang memuaskan, maklumlah pakai hp cap ayam jer. Ni lah keje aku klu takde keje lain yang nak dibuat. Enjoy lah tiga klip ni dulu, insyaAllah... ade mangsa2 yang lain.


Mangsa pertama


Mangsa kedua

Mangsa ketiga

Salam Sayang ...

Posting No. 178 : Peperiksaan

Image
Setelah membaca entry kekanda Mas yang ku sayangi itu, timbul plak idea aku nak menceritakan cerita2 berkisar peperiksaan yang pernah aku tempuhi. Aku ni tidak boleh lah nak dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdik pandai, cume di tahap sederhana sahaja. Tapi aku bersyukur, aku berpeluang menikmati alam persekolahan dari darjah satu hingga ke menara gading. Aku malas, cukup malas kalau nak disuruh mengulangkaji pelajaran. Aku akui perkara itu. Sehingga semasa keputusan SRP keluar, mak dan ayah aku langsung tak menaruh harapan tinggi kepada aku. Bila aku suruh mereka teka aku dapat berapa untuk SRP, dengan confident nyer mereka menjawab, 'FAIL'. Kecik hati aku... Tapi aku memberi tamparan hebat pada mereka (bukan berlaku derhaka tau), aku memperolehi 13 aggreget. Cukup untuk mengembangkan hidung ku. Dan pada malam itu jugalah, mak ngan ayah aku keluar membelikan baju sekolah aku. Hik..hik..hik..
Aku tak mendapat keputusan yang baik untuk SPM, tapi aku bersyukur aku lulus sem…

Posting No. 177 : Tioman, Suatu Ketika Dahulu

Image
Jeti Kampung JuaraPertemuan pertama setelah tamat belajar kat ITM Perlis. Kami telah berkumpul di Pulau Tioman. Aku tak ingat tahun bile. Tak ramai yang dapat dikumpulkan, mostly budak2 kelas C (kelas aku le tuh) jer yang join pertemuan ni.

Salam Kerinduan ...

Posting No. 176 : Terkenang Semasa Lalu

Image
Dua keping gambar ni diambil dari FB seorang kawan baik aku masa belajar kat ITM dulu. Aku ada gambar ni tp takde dalam bentuk digital. Gambar2 macam ni memang banyak menimbulkan kenangan manis aku semasa 3 tahun kat bumi Perlis. Kalau diingatkan kembali, aku akan tersenyum sendirian.
Kacaknya abang-abang ni...Gambar semasa presentation projek kumpulan kursus Enterpreneurship (ETR300). Ini adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Dune Enterprise. Barisan belakang dari kiri, En. Jalaluddin - Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia. En. Mior Mohammad Faizal - Pengarah Kewangan. Barisan depan dari kiri, En. Mohd Zahari - Pengarah Operasi, En. Hairolanuar - Pengarah Pemasaran dan aku sendiri - Pengarah Urusan Dune Enterprise. Dalam kursus ETR300 ni, kami dikehendaki menyiapkan satu kertas kerja penubuhan sebuah syarikat perniagaan di mana projek ini memberikan 80% markah. Kami telah menubuhkan syarikat bernama Dune Enterprise yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah dan kami adalah sebuah syarika…

Posting No. 175 : Kepada Yang Suka Naik Kapalterbang

Image
Tak tau lah aper perasaan kite bila berada dalam keadaan ini. Rasanya jantung macam nak terkeluar dari badan, peluh melimpah, jangan cakap ler, klu kite pegang batu pon bisa pecah. Tak sempat nak bertaubat dah rasanya. Alhamdulillah, selama aku naik kapalterbang ni, belum pernah berlaku perkara2 yang tidak diingini. Cuma bergegar2 kat atas sane tu perkara biasa, klu dalam bahasa FA, langgar batu.

Salam Sayang ...

Posting No. 174 : Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Image
Susah betul nak membuat keputusan kalau banyak pilihan. Semuanya kene buat pilihan dari yang sesenang-senangnya hinggalah ke yang sesukar-sukarnya. Kadang-kadang malah selalu gak, bende yang senang macam nak pilih baju ape nak pakai tuk pi kerja pon bole jadi susah nak buat pilihan. Termenung depan almari dok pilih baju aper nak pakai esok. Kan senang kalau kerja pakai uniform, tak payah dok pening kepala pikir nak pakai baju ape.
Tu perkara yang senang. Macam mana kalau nak membuat sesuatu keputusan yang sukar macam nak beli kereta, atau nak beli rumah tak pon kalau nak kawen. Mau berkurung dalam bilik barang sehari dua utk membuat keputusan. Alangkah senangnya kalau kita bole pakai buah dadu jer utk decide sesuatu, tak pon pakai bunga... she love me (tarik satu kelopak), she love me not (tarik lagi satu kelopak), she love me (tarik lagi), she love me not (tarik lagi satu)... dan perkara ni diulangi smpilah habis kelopak bunga tu. Yang jadi mangsa, bunga tu lah...
Macam mana pulak kepu…

Posting No. 173 : Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Image
Dah basi baru nak upload gambar Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat aku. Jamuan ini diadakan pada 9 Oktober 2009 yang lepas. Jamuan diadakan sederhana tapi meriah, maklumlah pejabat aku bukan berduit sangat nak menganjurkan jamuan secara besar-besaran. Jadilah untuk makan sendiri-sendiri. Antara menu hari tu adalah nasi beriyani, sate, ketupat lemang dan beberapa makanan sampingan yang akan banyak.


(1) Aku dan teman-teman sepejabat
(2) Sebelum amik makanan sempat nak berposing ngan mangkuk polisterin



(1) Kak Ruby, "Jemput makan semua, akak tengah diet ni sebenarnya"
(2) Kak SO, "Nah2.. tambah nasik, tak payah le korang diet hari ni.."



(1) Kak Pora, "Rosak diet aku hari ni, aper le korang order makanan yg sedap2 ni"
(2) Kak SO, "Pulun jer.. aku bukannya diet pon, depa yg diet.."



Sebahagian kakitangan sedang menjamu selera


Sebahagian lagi kakitangan sedang menjamu selera


(1) Aku tak makan aper2 pon hari tu, tak selera lah...
(2) Kakak2 ni klu bab makan mema…

Posting No. 172 : Kuchi Kuchi Pampers Hai

Image
Alhamdulillah, adik aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 6.35 petang, 1 November 2009. Selamat datang ke dunia.
"kacau betul lah diaorg ni, aku nak tido pon tak senang.."
Syok nyer dia tidor.. Orang ramai pon dia tak sedar..
"uish... kat maner aku ni, awat terang sgt ni?"
Salam Sayang ...

Posting No. 171 : New Member of the Family

Image
Alhamdulillah, hari ini kami menanti kehadiran seorang ahli baru keluarga kami. Seorang bayi perempuan menambah seorang lagi warga wanita dalam keluarga kami. Sekarang ni, aku dah ada 5 orang anak buah perempuan, tambah seorang lagi jadi 6 orang. Yang lelaki plak hanya 2 orang jer. Ape2 pun, kite bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Semoga ibu dan anak yang bakal dilahirkan diberkati Allah swt.


Salam Sayang ...