49th ENTRY

Semalam aku pi ke Port Dickson. Saje jer nak mengikut team yang nak wat survey tempat untuk kursus bulan 3 nanti. Kami pergi seramai 8 orang naik 2 bijik kereta. Janji tunggu kat opis pukul 8.30 pagi. Aku sampai jer, Azmi ngan Mas dan ade. Yang lein tunggu kat KL Gates. Dalam pukul 9.00 pagi kami bertolak ke tempat yang dirancang. Kami berenti sebentar untuk sarapan pagi di Hentian Nilai. Kak Sue siap buat nasi lemak untuk kami. So, kami pon duduk kat satu wakaf untuk sarapan pagi.


Sarapan pagi kat Hentian Nilai

Ade le beberapa tempat yang kami singgah. First kami singgah di Ancasa Resort. Tempat dia ok je ler, same jer macam resort2 yang laen, dan dekat ngan pantai. Resort ni jenis apartment. Lepas discus2, bole tahan mahal gak tempat ni. So, kami pon bergerak ke destinasi seterusnya. Jalan punya jalan kami sampai kat Guomon Resort. Actually tempat ni tak masuk dalam senarai, tapi dah on the way, kami pon just masuk untuk buat pertanyaan. Malangnya, informasi yang diberitahu kepada kami, resort ni akan ditutup untuk major renovation.


Perbincangan hangat di Ancasa

Perjalanan kami diteruskan ke Eagle Ranch. Kat sini nampak macam ok, laen daripada yang laen dan berkonsepkan Wild Wild West. Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini, go-kart ade, paintball ade, atv pon ade. Tapi yg macam tak best, tempat ni macam sesak. Masa kami sampai, ramai betul orang. Accomodation yang dia tunjuk pon ok. Dan harga pon lebih murah dari Ancasa.


Kat Eagle Ranch dan Ilham Resort (awek Ilham tu cun!!)

Next destination, Ilham Resort. Aku penah stay kat sini beberapa tahun lalu. Ok jugak tmpt dia. By the time, dah pon pukul 2.30 petang. So kiteorg decide nak pi semayang than lunch dulu sebelum ke destinasi terakhir, Glory Beach Resort. So kami pon lunch dulu kat Teluk Kemang dan solat kat salah sebuah masjid yang tak igt plak kat maner. Then dalam kol 4.00 petang, kami meneruskan perjalanan ke Glory Beach Resort. Aku penah stay kat sini beberapa tahun lalu and aku tak suka tempat ni. Malangnya, Sales Exec dia tak kerja plak hari ni, nak tanyer kene datang opis hour sahaja. Haha... ade ke patut, tempat laen ok jer, ade jer sales exec. dia, tmpt ni plak yg mengada2 wat opis hour jer.
Dengan itu, tamatlah penjelajahan kami mencari tempat untuk kursus tahun ni. On the way balik, ntah macam mana kami tersinggah plak kat Kajang dan pekene satay kajang..


Makan Satey Kajang

You Might Also Like

0 comments