47th ENTRY

Pagi semalam aku pergi ke satu taklimat mengenai opsyen kadar cuti tahunan yang baru. Kadar cuti rehat baru yang ditawarkan kepada kakitangan awam akan dikurangkan sebanyak 5 hari bagi kakitangan yang bergred 21 dan ke atas, tetapi pengurang tu hanya selepas 10 tahun berkhidmat. Meaning, kakitangan awam yang telah berkhidmat selama 10 tahun akan diberi extra cuti rehat sebanyak 5 hari mengikut kadar sekarang, tetapi kadar cuti rehat yang baru tuh, kadar cuti rehat akan kekal sampai lah ko pencen, banyak tu le jugak.

Tapi, kadar baru ni hanya berkuat kuasa pada mereka yang melapor diri pada atau selepas 1 Januari 2009. Hahaha.... rugi lah mereka2 itu. Walau bagaimanapon, kakitangan lama juga diberi pilihan samada nak kekal dengan kadar lama atau memilih kadar baru itu. Lawak kan, off koz le kami nak kekal dengan kadar cuti lama, sape le nak pilih kadar baru tuh. Takda apa2 keistimewaan kepada mereka yang memilih untuk kadar cuti baru tu kecuali mereka bolehlah mengatakan bahawa mereka telah bekorban untuk negara demi perkhimatan yang cekap. Hahahaha...

Bagi aku, aku akan kekalkan kadar cuti rehat lama tu. Rugi woo... lagi 2 tahun, kelayakan cuti rehat tahunan aku akan jadi 30 hari.... rugi kalau amik opsyen yg baru tuh...

You Might Also Like

0 comments