10 September 2008

22nd ENTRY

Semalam aku mendapat jemputan berbuka puasa di rumah sahabat baik aku. Perancangan awalnya, nak berbuka di luar, tempat yang best2, last2 dia ajak berbuka di rumah dia jer, wife dia masak. Aku ok jer.. no hal, pasal aku pon kenal wife dia tuh.

So, dalam pukul 5.30 petang aku pon pegi ke rumah dia, bukan jauh pon dari office aku, di Pantai Dalam jer. But sebelum tu dia ajak aku pegi beli barang. Dia nak cari cat ngan lampu kalimantang. Dalam pukul 6.00 kiteorang dah melepak menunggu waktu berbuka.

Malam tu, wife dia hidangkan nasi putih, kurma ayam, ikan masak masam manis ngan sayur goreng. Dah lama betul rasanya aku tak makan macam ni. Sedap plak rasanya, sampai bertambah dua kali.. hahah... Simple but very nice. Disamping tu, ade gak karipap ngan kek dan buah2an.

Lepas buka, aku lepak borak2 sat, then balik dalam pukul 8.45 malam. Anyway, terima kasih kepaa tuan rumah.

No comments:

Post a Comment