Posts

Showing posts from June, 2016

793 : Minggu Terakhir Ramadhan 1437

Image
Assalamualaikum

Pejam celik peljam celik kite dah masuk ke minggu terakhir bulan Ramadhan tahun ni. Kalau takde aral melintang di mana-mana, masyarakat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitiri pada hari Rabu minggu depan, InsyaAllah. Best nyer, tak sabar nak tunggu raya. Tapi bukannya aku nak raya sangat, aku cuma nak cuti jer, cuti panjang. Nikmat...
Persiapan raya aku sekeluarga takde pon. Hidup sebatang kara ni, takde maknanya nak raya sangat. Masing-masing dah berkeluarga, masing-masing wat persiapan sendiri untuk keluarga. Walau bagaimanapun, setelah sekian lamanya aku tak beli baju raya, tahun ni aku amik gak la baju raya sepasang.
Baju Raya, done. (gambar dari facebook) 
Baju Raya, done. Sebelum bulan puasa start lagi, aku ade terjumpa satu baju raya yang menarik perhatian aku kat Alamanda. Memandangkan puasa pon belum, dan melihatkan harganya yang akan menjadi baju termahal pernah aku beli, aku pendam dulu. Mane tau masa bulan puasa nanti ade diskaon. Tapi harapan…

792 : Tujuh Hari Di Bulan Ramadhan

Image
Assalamualaikum
Hari ni dah masuk hari ke tujuh kite berpuasa. Puasa aku masih lagi terpelihara, cuma jumlah pahala puasa yang diterima itu hanya Allah yang mengurniakannya. Semoga puasa aku diterima. Hari pertama puasa yang lepas, pukul 5.00 pagi aku bangun untuk bersahur. Pagi tu aku bersahur sorang-sorang jer makan nasi goreng yang aku beli malam tadi. Makan separuh jer, jadilah untuk mengalas perut. Harap-harap bole sapat ke petang. Hari Isnin tu jugak aku mengambil Cuti Tahunan. Saja jer nak cuti sekadar nak merehatkan diri dari tugas-tugas di pejabat yang ntah sampai bila nak sudah tu. Kemudian, dalam pada cuti tu ingat nak pegi lah buat urusan-urusan aku, macam pi hospital amik ubat aku yang dah kehabisan dan pegi ke bank. 
Tiba-tiba, pada pukul 10.00 pagi, reminder henfon aku berbunyi... alamak, ade appointment plak kat PPUM pukul 11.00 pagi. Tak ingat la plak. Nak tak nak terpaksa gak pergi dengan berat hatinya. Sebelum pergi tu sempat gak aku settlekan masalah bank card aku …

791 : Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1437 (Episod 7)

Image
Assalamualaikum.

Kalau tak ada aral melintang di mana-mana, kita rakyat Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan pada esok hari, bersamaan 6 Jun 2016. Kalau esok dah start Ramadhan, makanya malam ni dah start Tarawikh. Sekejap jer masa berlalu dan kita telah dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. 

Takde persediaan pon untuk aku menyambut Ramadhan ni. Hidup sebatang kara ni, Ramadhan rasa macam hari-hari biasa jer, kecuali tak bole makan dan minum sepanjang hari, sampai lah waktu berbuka. Untuk bersahur esok pagi pon aku tak tau nak makan ape, ape pon takde kat rumah ni. Ingat sat lagi nak ke NSK, nak cari roti ke ape untuk bekalan sahur nanti. Cukup lah, harap-harapnya untuk alas perut sampai waktu berbuka esok petang. Untuk berbuka esok, carilah kat mane-mane kedai atau param. 
Untuk Ramadhan tahun ni aku harap puasa aku terpelihara. Orang yang badannya dah tak sihat macam aku ni macam-macam bole jadi. Tiga empat tahun yang lalu, masa dalam bulan Ramadhan lah aku dikejarkan ke hospital,…