1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK

Sepanjang tempoh berehat aku dulu dari tahun 2022, 2023 dan berlanjutan sehingga ke tahun 2024, sempat juga aku bercuti ke Pulau Langkawi. Percutian singkat tanpa perancangan itu adalah dari 4 hingga 7 Oktober 2023. Kami hanya booking tiket penerbangan dan penginapan sahaja. Sampai ke tarikh penerbangan, kami hanya terbang terus dari KLIA ke LGK. Untuk penerbangan kali ini, kami telah memilih Penerbangan Malaysia Airlines untuk penerbangan pergi dan Air Asia untuk penerbangan balik. Harga tiket tidak la semurah yang diharapkan, dah tidak pula mencekik darah. Sekadar nak merasa naik Malaysia Airlines, dapat la jugak kacang sebungkus. Air Asia dah banyak kali naik. 

'Not all those who wander are lost' – JRR Tolkien

Dapat kacang dengan air mineral kecil

Flight kami dijadualkan pada pukul 2.00 petang dan dijangka tiba di Pulau Langkawi lebih kurang 1 jam kemudian. Semua urusan penerbangan dan ketibaan berjalan lancar, maklumlah, penerbangan domestik jer. Melepasi pintu keluar Balai Ketibaan itu, kami disapa oleh beberapa orang abang-abang ganteng yang sedang mencari pelanggan. Mereka menyediakan khidmat sewa kenderaan, kereta, van, motosikal semuanya ada. Kami tergoda dan terus bersetuju dengan pakej yang diberikan. Malas nak mencari yang lain sebenarnya, harga juga rata-rata lebih kurang saja. Kalau pandai goda abang-abang itu, dapat la diskaun lebih. Kami diberikan sebuah kereta Perodua Axia yang masih baru pada harga RM240 untuk empat hari. Kereta dalam keadaan baik dengan minyak full tank. 

Setelah selesai urusan sewa kereta itu, kami terus memandu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan menuju ke Pantai Cenang di mana kami akan menginap untuk empat hari seterusnya. Kami telah memilih untuk bermalam di Sandy Garden Resort. Sebab utama kenapa kami memilih resort ini adalah kerana resort ini menyediakan kawasan parkir sendiri di dalam kawasan resort, maka tidak perlu lah kami membuang masa mencari parkir kenderaan yang sememangnya susah di kawasan Pantai Cenang itu. Sepanjang kami di sana, kami tidak mengalami apa-apa masalah tempat parkir di kawasan resort itu. Bilik yang diberikan adalah biasa sahaja, standard bilik hotel sekelas dengannya. Yang penting cukup dengan keperluan asas, bersih dan selesa. Biliknya juga agak luas.

Setelah tempoh bertenang, kami keluar semula untuk mencari makan. Sedari tengahari perut belum diisi dan kini hari telah beransur ke petang. Kami memandu sehingga membawa kami ke Pekan Kuah dan kami singgah di Pasar Malam Pekan Kuah. Pasar malam di sini tidaklah sehebat pasar-pasar malam di KL tetapi tidak kurang meriahnya dengan pengunjung. Banyak barang dan makanan yang didagangkan. Kami berjalan dari hujung ke hujung dan berpatah balik, sekadar membeli minuman dan sedikit kuih-muih untuk mengalas perut. Perut perlu diisi dengan nasi nampaknya.

Jalan-jalan pasar malam Kuah, Langkawi

Untuk makan malam hari itu, kami telah singgah di Restoran Selera Lubuk Buaya di Jalan Pantai Tengah tidak jauh dari Pantai Cenang. Tiada apa yang viral pon makanan di sini, kerana sudah lapar, nampak restoran meriah terus sahaja kami singgah. Kami telah order menu-menu biasa, nasi putih, Siakap Tiga Rasa, Tom Yam Ayam, Kangkung Belacan, Telur Dadar dan air minuman segelas seorang. Rasa makanan standard sahaja, janji bole makan, kenyang juga perut. Harga makan malam kami malam itu untuk tiga orang dalam RM70.00++, standard harga KL nampaknya. Tapi kami bersyukur mereka tidak caj harga siakap kayangan yang pernah viral suatu ketika dahulu di Langkawi. 

Selesai makan malam, kami balik semula ke resort untuk parkir kereta dan kami berjalan kaki menyusuri sepanjang Jalan Pantai Cenang hingga ke Dataran Cenang. Kami lepak di tepian pantai sambil melihat gelagat-gelagat pengunjung. Agak ramai juga pengunjung malam itu walaupon hari itu adalah weekday.

Lepak malam-malam kat Pantai Cenang. 
Meriah malam-malam di sini.

... bersambung (episod 2)

You Might Also Like

10 comments

  1. Kacang masin MAS tu memang selalu ditunggu-tunggu sebab tak jumpa di penerbangan lain.
    Dalam banyak-banyak tempat di negara kita, inilah salah satu tempat yang belum sempat dikunjungi. Selalu merancang hendak ke sini tapi asyik tidak kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah naik penerbangan lain selain MAS dan Air Asia, maka tak tau la kalau penerbangan lain ade bg kacang jugak.

      Saya dah beberapa kali pergi ke Langkawi dan dah agak boring gak la. Maka, utk kali ni, kami pergi ke tempat2 lain di Langkawi yang belum pernah kami sampai.

      Delete
  2. Dulu pergi Langkawi naik MAS juga. Itulah sekali naik MAS. huhu... Senang naik bas cepat sampai gitu. Di sana memang meriah orang dok offer kenderaan sewa. Kadang jadi serabut kita. Ada yang push². Mujurlah dah booking awal. Tapi pernah sekali pergi dengan family mentua, kami ambil je apa yang ada sebab tak planning ni ke situ. Ya, harga dan makanan sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami dok jauh ni kalau naek kereta mau gak setengah pengsan kalau drive. Pernah juga la beberapa kali drive dari KL ke Kuala Perlis dan naik feri ke Langkawi. Kalau nak senang dan tak penah, naek flight jer.

      Kemudahan kereta sewa mmg banyak kat sana, pilih je model ape nak, semua bole disediakan. Kalau teringin nak drive BMW ke Merc pon rasanya ada tuh...

      Delete
  3. Kacang dalam Malaysia Airlines tu mmg dinanti nantikan dlm flight hihii.. Axia baru RM240 utk 4 hari ok sgt tu.. saya kena lagi mahal dari harga tu acia lama pulak tu.. 😅

    Bab parking tu penting.. susah kalau takde parking khas kepada pelanggan hotel.. pantai chenang tu aduhai kalau pick season bertabah la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang tu kalau mintak lebih bole tak agaknye. Bagi sebungkus jer mane cukup...

      Sewa kereta tu ikut nasib juga kot, ade yg bole dpt kereta baru, ade yg tak. ade yg murah ade yg tak... kene cakap loghat utara kot baru dpt murah

      Kat Pantai Cenang tu parkir mmg penting, kalau tak, pusing la dua tiga kali cari parkir...

      Delete
  4. Saya dah linkkan blog anda ya

    ReplyDelete
  5. Rindu nak travel, naik kapal terbang sesuatu yang memberi rasa bahagia, walau ada kala ada kebimbangan..Minta Allah selamatkan..tenang dan damaikan hati kala dalam kapal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali mmg kene pi travvel tmpt diluar kebiasaan untuk mencari ketenangan.. Insyaalah, dikurniakan ketenangan dan kegembiraan

      Delete