922 : Mari Menonton (Episod 2) : Fukushima 50

Salah satu genre movie yang aku suka adalah cerita yang berdasarkan kisah benar. Bagi aku movie atau drama yang berdasarkan kepada kisah yang benar-benar berlaku sangat memberi inspirasi. Baru-baru ini aku sekali lagi berpeluang untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam iaitu filem Fukushima 50. Filem berbahasa Jepun ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku di negara Jepun pada tahun 2011.

Filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan pekerja Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi yang bertungkus-lumus sehingga sanggup membahayakan diri sendiri untuk mengelak dari berlakunya bencana nuklear terbesar di dunia. Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi telah mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi Tohoku yang berukuran 9.0 pada skala richter dan kemudiannya dibadai ombak tsunami. Hal ini telah menyebabkan kerosakan pada sistem penyejukan reaktor dan langsung mengalami kebocoran radiasi. Reaktor juga gagal dihidupkan semula sehingga berlaku letupan pada beberapa reaktor.

Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan Jepun untuk mengelakkan berlakunya bencana nuklear seperti melepaskan radiasi ke udara dan menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor. Oleh yang demikian, penduduk pada radius 30km dari loji terpaksa dipindahkan kerana telah berlaku pencemaran radiasi akibat dari pelepasan radiasi yang telah dilakukan.

Campur tangan politik juga telah menyukarkan tindakan diambil oleh pihak Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo dan pihak loji sendiri. 

Bagaimanakah pihak kerajaan Jepun berjaya mengelak dari berlakunya bencana nuklear terbesar di dunia? Saksikan filem ini di pawagam-pawagam berhampiran anda. Boleh juga baca artikel-artikel berkaian bencana Fukushima ini di google kalau malas ke pawagam.

Memandangkan aku peminat filem-filem yang berdasarkan kisah benar, maka filem ini menepati citarasa aku. Walau bagaimanapun, ending filem ini sedikit mengecewakan.

Fukushima 50 International Trailer

 

You Might Also Like

4 comments

  1. nanti sy muatturun di telegram deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muat turun dr telegram tu camne abe. Kasi share sket...

      Delete
  2. Mrs. A pun suka filem berdasarkan kisah benar.
    Biasa kisah benar endingnya sedih.
    Harap adalah kat Astro Best/ 1st nak tengok jugakkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita ni happy ending pasal diaorg dpt selamat dr berlaku bencana. Klu kuar astro nanti mesti tgk...

      Delete