921 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2020

Alhamdulillah. Sudah 12 tahun aku di dunia blog. Kalau ada anak, dah masuk darjah enam anak aku tu, dan tahun ni takde UPSR kan? Hahaha.. Sudah 12 tahun, masih aku tidak jemu untuk menulis kisahkisah mengenai aku di blog ini walaupon aku tahun tiada siapa yang mahu membacanya. Matlamat aku menulis blog sudah bertukar dari mahu mencari kenalan dan trafik yang banyak ke menulis untuk diri sendiri sahaja, setelah dunia blog aku tidak semeriah dahulu. Hilang sudah kawan-kawan blog yang dahulunya menggamatkan dunia blog aku. Seorang demi seorang meninggalkan blog mereka, yang aku pasti sudah berubah ke medium media sosial yang lain. Apa-apa pon sebabnya kawan-kawanku, kita masih lagi bersahabat.


Aku harap agar aku akan terus berblog dan bercerita mengenai aku, agar aku tidak lupa, agar kisah-kisah dan kenangan aku tetap subur walaupon aku sudah tiada lagi. Kisah aku tidaklah sehebat mana, jauh sekali mencapai tahap mahakarya, setidak-tidaknya suatu hari nanti ada yang membacanya.

Comments

  1. teruskan menulis ya....abe kie tahu ramai blogger dekad dulu yg dah x aktif. tp kita yg masih ada ni perlu menulis blog ye... tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima abg kie, moga kita akan terus menulis...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posting No. 171 : New Member of the Family

Posting No. 189 : Sepetang di Kuala Sepetang

Posting No. 143 : Blogger Tag Oleh Cikgu Mas

440 : Ikan Bakar + Boling + Karok + Piknik + Durian = Lotih Den..