918 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1441H/2020M - Resepi Kek Buah

Assalamualaikum semua. Hari ini sudah masuk hari ke-sepuluh kita berada di bulan Syawal. Masih ada yang beraya ke? Masih ada yang melakukan aktiviti kunjung mengunjung dan rumah terbuka? Huntong la korang dapat beraya sakan di musim PKP, PKPB ni. Hehehe.. Kalau kantoi korang tanggunglah sendiri ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua (gambar google)

Seperti yang sedia maklum, tahun ni aku tak sambut raya. Sekadar beraya dan lepak di rumah kakak sahaja yang tak berapa jauh dari rumahku syurgaku itu. Aktiviti utama ialah makan dan makan. Menjelang tengah malam, aku beransur pulang. Hari raya kedua, aku melepak dengan sahabat. Sahabat tu jiran aku, makanya tak salahlah kalau nak melepak dengan beliau di musim PKPB ni. Aktiviti utama, makan lagi.

Walaupon sambutan ala kadar sahaja, sempat jugak aku beli
sarung kesyen baru untuk raya ni. Beli online kat shopee jer

Kuih raya tetap buat sendiri. Tahun ni empat jenis sahaja.
Raya tetap raya walaupon di musim PKPB. Oh.. ya,
kuih yang paling laku ialah Biskut Sarang Semut tu.. laku keras

Raya Pertama di rumah kakak. Menu kakak untuk raya tahun ni,
ketupat, rendang daging, kari ayam dan pulut kuning. Kemudian adik bagi
nasi beriyani, ayam masak merah, ketupat palas, rendang dan kuah kacang.

Raya kedua bersama sahabat aka jiran tetangga. Raya style pot-luck.
Menu hari itu, ketupat, rendang daging, nasi tomato, ayam masak merah,
laksa johor, sambal jawa dan kuah lodeh

Syawal ketiga, aku dah start menunaikan Puasa Enam. Tahun ni aku komited nak buat Puasa Enam. Malu nak bagitau, selama ni aku tak pernah Puasa Enam. Kalau buat pon, sekadar berjaya tiga hari jer paling banyak. Makanya tahun ni aku berazam nak menunaikan puasa selama enam hari di bulan Syawal itu. Wish me luck guys..

Syawal kelima aku masuk opis. Work-On-Site kaedahnya. Sehingga 9 Jun, aku akan berselang-seli berkerja di rumah dan bekerja di pejabat. Hari ni Work-On-Site, esok akan Work-From-Home. Oleh kerana, hari itu aku berpuasa enam untuk hari ketiga berturut-turut, makanya terasa macam masih di bulan Ramadhan. Sepatutnya pukul 1.00 petang dan boleh rehat, tetapi aku pegi tunggu 1.30 petang pulak untuk rehat. Dah rugi setengah jam waktu tidur tengahari aku.

Syawal kelapan, aku berjaya berpuasa enam hari di bulan Syawal selama enam hari berturut-turut. Alhamdulillah, syukur la nak. Berjaya juga aku walaupon aku rasa puasa aku di bulan Syawal ini banyak betul dugaannya. Esok kita raya... hahaha, raya la sangat.

Oleh kerana tiada cerita sangat raya aku pada tahun ini, nak jumpa dan membawang bersama famili pon tak dapat, maka aku nak share satu resepi kek yang berjaya buat sebelum Hari Raya hari tu. Alhamdulillah, kek tu menjadi walaupon first time aku mencubanya. Lebih membanggakan lagi, mendapat pujian dari adik dan kakak aku. Siap minta resepi dari aku lagi. Untuk makluman, resepi kek ni aku dapat dari IG @resepibersama. Boleh lah follow IG tersebut untuk lebih banyak resepi.

Inilah rupanya kek yang berjaya aku buat, Kek Buah.
Baru keluar dari oven

Jemput tengok semua

Next year boleh buat lagi kek ni.

Ini resepi kek itu dari IG @resepibersama. Pada yang berminat
bole lah try. Di musim PKPB ni kan banyak masa terluang.


You Might Also Like

8 comments

  1. menjadi sokmo air tangan affeez ye...bertuah la sapo yg jd pasangan adik nanti. abe kie pun dah siap posa enam. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah juga tak menjadi masakan saya tu, yg tak jd takde la nak post kat sini kan...

      Delete
  2. waalaikumussalam. selamat hari raya aidilfitri ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri Umi.. apa khabar? Seronok ke raya tahun ni?

      Delete
  3. bleh try ni, stakat ni thu buat brownies je..
    Done follow #105

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jari Boloq. Terima kasih kerana sudi follow. Dah ada resepim tu, ape lagi, sila lah try...

      Delete
  4. Meltingnya nampak kekbuah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... klu dekat boleh gak hantar kat umah. Dah ade resepi tu kan, sila lah cube

      Delete