917 : Berlalulah Sudah Ramadhan, Sebulan Tak Puasa (Episod 2)

Berlalulah sudah Ramdhan,
Sebulan tak puasa,
Tiba Syawal kira rayakan,
Dengan rasa gumbira,
Anak muda dirantauan,
Semua tak balik ke desa,
Ibu dan ayah kesedihan
Menangis tak terhingga....


Hahaha.. itulah hakikatnya. Menjelang Syawal tahun ni macam tak terasa. Masing-masing katanya takde mood nak beraya, sebab tak boleh balik ke kampung masing-masing. Yang ada mood nak beraya dan gumbira Syawal menjelang tiba adalah anak-anak jati Kuala Lumpur yang saban tahun berhari raya di kota raya. Siapa kata raya kat KL tak best. Sebenarnya, korang jer yang buat dia tak best, sebenarnya best jer walaupon kat mana saja korang menyambutnya. Mengada-ngada betul korang..

Sebagai salah seorang yang saban tahun menyambut Syawal di KL, persiapan aku untuk raya tahun ni agak meriah, walaupon aku tahu, yang raya tahun ni kita tak boleh nak beraya sangat, tapi aku tetap bersemangat.

Cuti Raya

Pada tahun ni, aku tak apply cuti raya sebab Hari Raya pertama jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke Hari Isnin, dan Hari Raya Kedua pula di bawak ke hari Selasa. Dah dapat tiga hari cuti di situ. Kemudian, pada hari Rabu pula aku dijadualkan untuk work from home dan masuk opis semula pada hari Khamis. Jadilah tu, lagi pun raya tak boleh ke mana-mana pon dan dah lama sangat duduk rumah sebab PKP.

Hari ini pon, aku masih lagi di kantor. Badan sahaja di sini, tetapi hati dah lama menyambut hari raya. Disebabkan kita masih lagi di dalam PKPB, hari ini aku bertugas hanya sehingga pukul 1.00 petang sahaja.

Puasa

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan ni, puasa aku masih lagi terpelihara. Tak pernah lagi mengntoikan diri. Tahun ini aku lebih banyak berbuka bersama sahabat. Selalunya, sahabat yang akan memasak dan kami makan bersama. Ada beberapa kali sahaja aku yang memasak dan beberapa kali sahaja makan beli dari luar, itu pon beli KFC atau McD sahaja.

Mee Kari hasil air tangan aku. Kerana dah lama sangat
teringin nak makan mee kari, terpaksalah buat sendiri
nasib baik sedap. Next time bole buat lagi..

Untuk bersahur pulak, aku akan bersahur seorang diri bertemankan TV. Selalunya aku akan bangun pada pukul 4.30 pagi. Ada beberapa kali jugak terlajak tapi tak pernah lagi miss sahur. Kalau ada rezeki terlebih masa berbuka semalam, aku akan makan yang itu sahaja. Kalau takda aku selalunya akan makan megi jer. Lepas subuh, selalunya aku akan tidor semula sampai la ke pukul 10.00 atau 11.00 pagi. Hahaha...

Selepas itu aku akan check emel kerja. Kalau ada kerja buatlah, kalau takde kita enjoy sahaja work from home.

Persiapan Raya - Baju Raya

Tahun ni, walaupon korang takde mood nak raya dan konon-kononnya baju raya pon takda, aku sempat membeli sepasang baju raya secara online sebelum Ramadhan dulu. Seperti biasa, jenama kegemaran aku untuk baju raya adalah dari Khatam. Walaupon harga dia agak mahal, tetapi aku selesa dan puas hati dengan baju-baju Khatam ni. Masuk tahun ni, ini adalah tahun ketiga aku memperagakan baju melayu dari Khatam di Hari Raya.

Your baju raya has arrived. Thank you Khatam

Persiapan Raya - Kuih Raya

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Projek Kuih Raya PKPB 2020 agak kurang meriah. Kami cuma buat empat jenis sahaja kuih raya sebab sahabat takde mood nak beraya tahun ni sebab dia tak dapat balik kampung, hahaha. Disebabkan aku yang ada mood nak raya, akulah yang menjalankan projek ini. Hasil pon tak berapa banyak, dapatlah sebalang sorang.

Kuih ni aku buat semalam. Tak tahu la apa nama rasmi dia.
Aku namakan dia Almond and Mixed Fruit Chocolate Cookies.
Nama ala-ala Masterchef gituh

Biskut Sarang Semut

Biskut Chocolate Chips

Biskut Cornflakes Madu

Semalam pulak aku mendapat permintaan untuk buatkan Kek Sarang Semut. Oleh kerana permintaan dari orang tua, tak sampai hati pulak kalau aku tak tunaikan. Makanya, aku buat dua adunan, satu untuk yang membuat permintaan dan satu lagi untuk orang tua sahabat. Alang-alang dah buatkan, kita sedekahkan,

Petang ni pulak, atau esok tengok kepada tahap kerajinan, aku nak buat satu kek dengan Agar-Agar Santan Gula Merah.

Sambutan Hari Raya

Sehingga hari ini, aku dan keluarga masih belum membuat keputusan untuk menyambut Hari Raya. Disebabkan keadaan sekarang ni, mungkin raya kami tidak semeriah dahulu. Mungkin tak sambut pon. 

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ucapan 
SELAMAHARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
kepada semua yang mengenali diri ini.

You Might Also Like

10 comments

  1. selamat hari raya aidil fitri..maaf zahir n batin. tabahnya affeezz menyambut raya sorang2 saban tahun. Cayalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya untuk abe Kie sekeluarga. Dah biasa abam, macam tu lah tiap2 tahun. apa-apa pon saya tetap bersemangat nak sambut raya..

      Delete
  2. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Acuyuhan. Terima kasih kerana sudi singgah sini. Done follow back

      Delete
  3. Kalau abg masih ingat Medan abg pasti ingat siapasaya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie ke? Lama tak dgr berita. Apa cerita?

      Delete
  4. Replies
    1. kalau azie, masih ingat lagi walaupon lama dah tak dengar berita

      Delete