915 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 22) - Dua Puluh Hari Di Bulan Ramadhan 1441H/2020M

Assalamualaikum dan salam 21 Ramadhan 1441H dan salam PKPB hari yang ke berapa ntah. Hilang ingatan sudah PKP dan PKPB sudah masuk hari yang ke berapa. Telah lama benar rasanya. Kini PKPB disambung empat minggu lagi, dah sehingga itu, aku masih lagi work from home. Cuma minggu depan nampaknya ada pemantauan yang akan dilakukan oleh pihak pengurusan tempat kerja aku, supaya mereka yang work from home ini betul-betul melakukan work from their home dan bukannya lepak-lepak goyang kaki sahaja.

Sudah masuk 10 hari terakhir Ramadhan nampaknya. Tidak terasa sungguh Ramadhan tahun ini. Tiba-tiba sudah masuk sepuluh hari yang terakhir. Rutin harian tidak sama seperti bulan-bulan puasa tahun-tahun sebelumnya. Kalau diikutkan tahun-tahun sebelum ini, sesudah subuh aku akan terus ke tempat kerja, menempuh kesesakan seperti biasa walaupon keluar lebih awal. Bulan puasa selalunya, office hour akan bermula pada pukul 7.30 pagi, lunch hour akan disingkatkan kepada 30 minit sahaja iaitu dari pukul 1.30 petang hingga 2.00 petang. Waktu pejabat akan berakhir pada pukul 4.00 petang. Pulang dari pejabat aku akan singgah di Bazar Ramadhan untuk membeli makanan untuk aku berbuka. Malam pulak akan ke masjid berhampiran untuk bersolat Tarawikh. Tetapi tahun ini sangat berbeza, semua aktiviti di biasa di bulan Ramadhan tidak dapat dilakukan. Walaupon banyak masa yang terluang, tetapi bulan Ramadhan terasa begitu cepat berlalu. Tiba-tiba jer dan masuk ke sepuluh malam terakhir.

Oleh kerana banyak masa yang terluang itu, aku penuhi dengan aktivti-aktiviti mencuba resepi-resepi baru yang senang yang aku jumpa di FB dan IG. Sebelum ni, kadang-kadang aku rasa macam susah jer nak buat kuih itu dan ini, tetapi setelah mencuba, ianya agak senang. Bergantung kepada tahap kerajinan jer, kalau malas memang semuanya tak menjadi.

Pada 19 April 2020, beberapa hari sebelum bulan Ramadhan, aku telah mencuba buat kuih Onde-Onde atau Buah Melaka ni. Actually, ni hasil projek usahasama bersama sahabat sebab ada yang teringin nak makan kuih ni. Oleh kerana ramai sangat yang share kat IG dan FB maka kami pun taknak ketinggalan. Hasilnya, tidak mengecewakan walaupon tak berapa nak rasa gula melakanya sebab letak sikit sangat. 

25 April 2020, hari kedua berpuasa aku buah manisan ini. Sebenarnya, sahabat ada beli serbuk dadih dan oleh kerana dia ada kekangan masa nak buat, diberinya kepada aku untuk menyelesaikan masalah beliau itu. Untuk nak kasi sedap lagi dadih itu, aku letakkan agar-agar cocktail buah campuran di atasnya. Dadih pink tu sebenarnya tersalah adunan, terlebih serbuk dadih dan terkurang air. Makanya ia sangat manis.

Dua juadah ni disediakan oleh sahabat untuk berbuka puasa pada 28 dan 29 April 2020. First time katanya buat donat tu. Sib baik elok kejadiannya. 

Oleh kerana ada permintaan, pada 30 April lepas aku buat Apam Gula Hangus ni. Siap sahabat kasi pinjam steamer beliau. Sebelum ni aku gunakan periuk nasi jer kalau buat apam ni. Dah beberapa kali aku membuat apam ni, alhamdulillah menjadi semuanya.

Bulan puasa ni tak sah kalau takde Kuih Tepung Pelita. Oleh kerana PKP dan PKPB ni, makanya memang tak dapatlah nak menikmati kuih ni. Selalunya beli jer, tapi sekarang terpaksa la buat sendiri. Berpandukan resepi yang dikongsi di IG, aku berjaya buat Tepung Pelita moden ni pada 1 Mei yang lepas. Owh ya, daun pandan tu aku mintak kat sorang kakak opismate aku. Siap suruh dia bawak kat opis masa aku kene pi opis beberapa hari sebelum itu.


Oleh kerana sahabat mengidam Cakoi sedap yang jual kat UM tu, makanya pada 5 Mei lepas, kami bergotong-royong membuat Cakoi ini. Berpandukan resepi yang dikongsi di IG, adunan pertama terpaksa dibuang sebab nampak macam tak menjadi. Berpandukan resepi lain yang dikongsi di IG, adunan kedua nampaknya menjanjikan hasil yang diharapkan. Makanya, jadilah Cakoi kami yang tak sekata bentuknya itu. Luarnya krispi dan lembut di dalamnya. Dicicah pula dengan sos cili buatan homemade.
 
Pada 6 Mei 2020 pula aku teringin nak makan kek. Oleh kerana ada oren sebijik kat dalam peti sejuk itu yang dah nak expired, aku decided untuk buat kek oren sahaja. Berpandukan resepi baru yang aku jumpe di IG, hasilnya amat mengecewakan. Kek tersebut bantat dan macam tak berapa masak di dalamnya walaupon ujian cucuk lidi menunjukkan ianya telah masak. Ini adalah kali pertama aku cuba resepi yang tak menggunakan butter sebaliknya ia menggunakan minyak. Oleh kerana tak menjadi kek itu, aku postkan jer kat group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini? untuk mendapat kecaman warga group. 

Oleh kerana kecewa Kek Oren aritu tak jadi, aku buat pula Chocolate Chips Butter Cake. Pernah buat sekali kek ni dulu, menjadi dan sedap. Dan hasil kali ini juga baik. Naik gebu dan tidak rentung di atasnya, kerana mengikut teknik yang dikongsi oleh seorang sahabat. Oleh kerana menjadi dan cantik kejadiannya, kita boleh post kat group Suami Masak Apa Hari Ni?


You Might Also Like

6 comments

  1. Mrs. A panggil onde-onde buah melaka tu kuih kelepong. Kuih paling banyak kali dah Mrs. A buat hahahaa... sebab senang sangat dan anak-anak pun suka.

    Wah! memang rajin nih! macam-macam kuih dah cuba buat.

    Betul tu tepung pelita kat Seremban pun susah nak jumpa orang jual tahun ni ada terjumpa sekali beli ntah pape je rasa. Nak buat sendiri tapi tak buat-buat lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah dengar plak nama kuih kelepong tu, mungkin org nogori jer panggil nama tu kot...

      Cuba la buat tepung pelita tu, senang yang amat rupenye. igtkan susah.. hehehe

      Delete
  2. rajinnya pakcik dan makcik memasak. sedap semua tu. boleh masuk group 'SMAHI' nanti. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak untuk makan sendiri jer, boleh la abe. Klu tak kerana PKP ni, berbuka selalu beli jer. Malulah nak post kat SMAHI ni...

      Delete
  3. Cepat sangat kan.. ni pun tinggal 7 hari je ramadhan..

    Sedapnya onde donde hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... skrg tinggal 4 hari jer lagi. Tak terasa betul puasa tahun ni... Onde-onde wat sendiri lagi puas hati... silalah buat sendiri, senang jer pon

      Delete