905 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 18) - Orange Butter Cake

Oleh kerana kecewa sebab Japanese Cotton Cheesecake tak menjadi tempoh hari, pada 1 Februari lepas aku cuba membuat Kek Oren plak, memandangkan ada buah oren tiga bijik yang aku beli tapi sampai sekarang tak makan-makan. Untuk mengelakkan pembaziran buah oren tersebut, aku pon try lah buat kek oren.

Ini bukan kali pertama aku mencuba untuk buat kek oren. Pertama kali buat, kalau tak silap aku masa bulan puasa tahun lepas, kek tersebut tak menjadi langsung, tak naik dan tak masak. Oleh sebab tu, terpaksa buang sahaja. Sebabnya, terlalu banyak letak jus oren dan terlupa nak letak baking powder (hahaha). Kali kedua buat baru menjadi walaupon rasa orennya agak kurang. Makanya, ni merupakan kali ketiga aku mencuba nasib buat kek oren.

Seperti biasa, resepi aku dapat kat IG. Banyak betul resepi yang aku dah saved kat IG menunggu masa untuk buat jer. Langkah pertama yang aku lakukan sebab aku ni tak pandai nak multitasking, aku sagat kulit sebiji buah oren yang sebesar penumbuk tu. Cukup lah, tak perlu banyak-banyak nanti jadi pahit plak. Kemudian aku perahkan jus buah oren yang sama, dapatlah dalam empat lima sudu, jadilah tak perlu banyak-banyak nanti cair sangat plak adunan tu, lambat masak plak kek nanti, silap-silap tak masak langsung. Hampas oren tu aku makan, tak elok membazir. Allah marah...

Langkah berikutnya aku ayakkan tepung bersama-sama dengan serbuk penaik. Olskool kan, orang sekarang aku tengok, takde nyer nak ayak-ayak tepung tu, main masuk jer. Aku gunakan tepung kek dan aku tambah lagi serbuk penaik biar gebu ko nanti nyah. Langkah berikutnya adalah langkah-langkah standard dalam pembikinan kek. Pukulkan mentega dengan gula, masukkan telur, tepung dan esen vanilla. Last sekali masukkan jus oren dan kulit oren yang telah disagat itu. Untuk menambahkan rasa orennye, aku letak sedikit sunquick oren. Bila dah sebati semuanya, masukkan dalam loyang dan bakar.

Bila nak bakar tu baru perasan yang dalam resepi tu tak tulis pon nak guna suhu oven berapa dan nak bakar berapa lama. Satu keje plak aku kene mengugel resepi-resepi kek yang lain. Last-last aku bakar jer pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 1 jam.

Fresh from the oven. Atas dia macam rentung plak.

Ada sahabat bagi tips, jangan simpan kek dalam loyang lama-lama
selepas kek masak dan dikeluarkan dari oven. Kalau tak, bahagian atasnya 
akan menggerutu (macam gambar di atas).
Lepas 3-4 minit dikeluarkan dari oven, terus keluarkan dari loyang.

Nampak jadi la tu kan. Gebus dan sedap rasanya. 
Walaupon rentung sedikit atasnya. Nyam-nyam...

Peringatan, jangan ikut macam saya yer. Sepatutnya oven tu kene panaskan dulu sebelum mengadun kek, bukannya dah siap baru nak panaskan. Saya pon baru tau sebenarnya, selama ni maen belasah jer. Sib baek mostly kek aku menjadi. Hahaha... 

Tengok kek oren ni, teringat arwah ibu. Bila time nak raya, kek oren ni mesti menjadi pilihan arwah untuk dibuat. Kek arwah ibu memang sedap, dibuat dengan penuh kasih dan sayang kan. Tapi anak-anaknye takde sorang pon yang pandai buat kek, termasuklah aku. Hehehe...

Seperti biasa, sahabat akan amik separuh dan bawa ke opis beliau. Untuk wat promotion katanya, kot-kot ada yang nak order. Tapi aku tak berani lagi nak amik order orang. Pengalaman pon kurang kan, takut tak menjadi plak..

You Might Also Like

2 comments

  1. mcm sedap tu. nak order la sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sedap gak la bg taste saya, tp tak confident lagi nak amik order. Kalau abam kie tersesat ke kat area cyberjaya ni, roger2 la, bole saya buatkan...

      Delete