904 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 17) - Percubaan Membuat Japanese Cotton Cheesecake Yang Gagal

Dalam pertengahan bulan lepas, aku mencuba nasib aku lagi dalam aktiviti baking ni. Kali ini aku mempertaruhkan nasib aku untuk cuba membuat Japanese Cotton Cheesecake. Seperti biasa beberapa resepi dari IG telah aku saved. Aku kaji setiap resepi dan teknik membuat kek tersebut. Setiap resepi yang aku kaji itu mempunyai bahan dan teknik yang hampir sama. Makanya, takda masalah sangatlah.

Oleh kerana aku tidak berapa pandai nak multitasking dalam bidang baking ni, maka aku buat satu persatu langkahnya mengikut resepi yang aku dapat itu. Memula aku panaskan cream cheese, susu segar dan butter sehingga cair dan sebati. Kemudian biarkan ia sejuk. Kemudian aku asingkan putih telur dengan kuning telur. Timbang dan sukat bahan-bahan kering seperti gula dan tepung. Selepas itu aku pukulkan putih telur bersama-sama dengan gula menggunakan mixer sehingga sebatian menjadi pekat dan bertanduk bak kata orang bakers. Apabila aduan cheese-susu-butter tadi telah sejuk, masukkan kuning telur dan dan tepung dan kacau sehingga sebati. Setelah sebati, masukkan pula adunan putih telur-gula tadi dan kacau sehinga sebati juga.

Selepas itu boleh lah dimasukkan ke dalam loyang dan dibakar di dalam oven menggunakan teknik water bath (istilah bakers gak ni) sehingga masak. Done.

Dan inilah hasilnya. Tak seperti yang diharapkan walaupon rasanya ada. Hehehe...

Inilah hasilnya. Atasnya tu agak keras sebab oven terlebih panas kot.
Pastu tak segebu yang diharapkan

Bila dipotong cantik jugak dalam dia, tp padat sket la...

Rasa cheesenya tetap ada

Tak tahulah salah dan silapnya di mana. Mungkin teknik dan sains yang ada salah di mana-mana. Mungkin juga suhu oven yang terlebih panas sampai kek itu pecah di atas pada permulaannya. Mungkin juga sebab aku membuka pintu oven terlalu awal untuk test kek tu dah masak ke belum tatkala kek itu sedang giat mengembang.

Disebabkan kecewa kek aku tak berapa nak jadi, pada minggu berikutnya aku mencuba lagi. Resepi yang sama, teknik yang sama. Cuma suhu oven dikurangkan dan menggunakan loyang yang besar sedikit. 

Kek yang sedang menggebu. Sebelum dia turun semula
Nampak cantik jer masa ni.

Pada mulanya kek itu nampak naik dengan cantik. Bahagian atasnya pon nampak cantik. Tetapi pada minit ke 50 tatkala masa memasak telah tamat, ia tiba-tiba menurun dan menjadi penyek. Lagi teruk dari percubaan pertama tempoh hari. Alamak.... Tak menjadi lagi kek aku. Kalau macam ni lah rupanye, baik aku buat Burnt Cheese Cake jer, dah sah-sah Burnt Cheese Cake tu penyek kan... hahaha...

Takpelah, usaha tangga kejayaan (nak sedapkan hati jer). Disebabkan itu, minggu berikutnya aku buat kek oren plak.

You Might Also Like

8 comments

  1. hum!! menulis untuk kepuasan sendiri..kek pun sedap tu tuan

    ReplyDelete
  2. kalau dah rasa tu ok sangat lah tu. jangan takda rasa ja >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tu mmg ada tapi rupe dia tu yang tak secantik yang diharapkan...

      Delete
  3. Keep it up don't give up.
    Kalau rumah sebelah Mrs. A okay je jadi tukang rasa hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Give uo dah nak wat kek ni lagi. Kite try kek laen plak.
      Klu umah Mrs. A sebelah umah saya, bole je sy hantar sikit. Tp jgn pulangkan tupperware kosong plak yer.. hahaha

      Delete
  4. nanti join program Hero Oven di TV, ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kene banyak prektis dulu baru bole join program tuh

      Delete