897 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 5) : Korean Folk Village (KFV). Jauh Perjalanan, Luas Permandangan

Episod sebelumnya (Episod 4)

6 Oktober 2019 (Ahad)

Hari keempat kami di bumi Seoul. Sekali lagi Seoul dikurniakan cuaca yang baik. sesuai untuk program pengembaraan kami hari ini. Hari ini perjalanan kami lebih jauh dan keluar dari pusat bandar Seoul. Kami akan ke daerah Yongin (agaknye lah) lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki kenderaan awam dari pusat bandaraya Seoul.

Kami meninggalkan rumah kecil tiang seribu kami di Seoul lebih kurang pukul 7.45 pagi menuju ke Stesen Metro kegemaran kami, Sookmyung Women's University. Dari situ kami akan terus ke Geumjeong Station lebih kurang 40 minit perjalanan. Dari Geumjeong Station pula kami bertukar ke Line 1 untuk ke Suwon Station yang memakan masa lebih kurang 20 minit. Walau bagaimanapun, pagi itu kami telah tersalah naik train, kami telah ke Seoul Station pulak, sepatutnya tidak perlu ke Seoul Station, boleh terus sahaja ke Stesen Geumjeong dari Sookmyung. Terpaksalah kami berpatah semula. Telah kerugian KRW1,250 di situ.

Sempat lagi ambil gambar bagai walaupon dah tersalah naik train.
di Seoul Station nak ke Suwon Station

Di Geumjeong Station. Jauh lagi perjalanan untuk ke KFV

Ku sangkakan Suwon itu hanyalah sebuah pekan kecil, tetapi ia merupakan sebuah bandar besar dan Stesen Suwon juga tidak kurang hebatnya. Kami keluar dari Stesen Suwon itu dan sekali lagi kami kehilangan arah. Akhirnya kami ke sebuah perhentian bas berhampiran dan memerhatikan senarai bas yang lalu di situ. dan kami berada di jalan yang benar. Kami menaiki bas bernombor 37 dan bas ini akan berakhir di KFV. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tak sangka begitu jauh perjalanan kami hari ni, kalau tahu dulu mungkin tempat ini dikeluarkan dari senarai itinerary kami, ahaks. Walau bagaimanapun, bak kata seorang kawan, 'the journey part is always the best, the destination remain mystery until you get there'. Setuju sangat dengan kata-kata beliau yang dipetik dari entah mane sumber. 


Menunggu bas untuk ke KFV di hentian bas berhampiran 
Suwon Station

Kami tiba di KFV lebih kurang pukul 10.15 pagi dan pengunjung telah pun ramai, maklumlan cuti hujung minggu. Tiket masuk untuk ke KFV ini telah kami beli siap-siap di Malaysia melalui laman web klook.com pada harga RM44.00, kalau beli di sana harganya adalah KRW20,000. KFV ini adalah sebuah muzium terbuka yang mempamerkan budaya-budaya masyarakat Korea, rumah-rumah dan binaan tradisional Korea, kerja-kerja orang-orang kampung Korea pada zaman dahulu dan macam-macam lagi. Ada juga sebuah taman tema di sini, dan untuk masuk ke taman tema ni ada bayaran lain. KFV ini sangat luar dan kalau nak pergi ke setiap pameran, satu hari itu tidak mencukupi. Biar gambar sahaja berbicara dan bercerita.

Setelah lebih satu jam perjalanan, merempuh onak dan duri,
akhirnya sampai juga tempat yang dituju.

Pintu masuk ke KFV. Pengunjung sudah pon ramai ketika itu

Sebelum jalan-jalan kat dalam tu, kite check dulu tempat
 dan aktiviti menarik di KFV

Melawat kedai tukang ukir kayu

Berehat di dalam sebuah rumah


Melakukan kerja-kerja kampung di KFV

Ada majlis perkahwinan, tapi takde kenduri plak

Tak pasti apa yang berlaku kat sini sampai ada budak yang menangis 
kene marah dengan orang yang duduk di takhta tu. Ada juga budak yang dia suruh 
call bapak ke mak dia time-time tu jugak. Ada gak yang kelakar. 
Ada jugak yang sekadar nak amik gambar bersama saje.

Melawat rumah tukang kayu. Ada jugak barang-barang dari kayu untuk dijual

Ada niat nak curi labu kat umah tu. Segar-segar labu dia.
Buat masak lemak kuning mesti sedap


Permandangan sekitar KFV



Banyak betul buah ni, takde orang nak makan ke? Geram tengok, macam nak petik jer.. 
tapi nanti kene tangkap plak...




Permandangan cantik sekitar kawasan KFV

Makan tengahari kami di sana. Nasi putih dengan sambal sardin sahaja

Ais krim  vanilla dan coklat di KFV. Tapi tak berapa nak sedap. 
Yang dekat Kawaguchiko dua tahun lepas lagi sedap. 

Beramai-ramai membakar sweet potato. Sedap jer bau nye.

Pertunjukan demo membuat barang-barang tradisional masyarakat Korea


Rumah Ali Baba. Penyamun-penyamun sedang menyuruk 
dalam tempayan tuh

Kami meninggalkan KFV lebih kurang pukul 3.30 petang. Kami menaiki bas dari KFV terus ke Suwon Station. Sekali lagi perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang perjalanan terlihat kawasan sekeliling yang happening dengan aktiviti jual beli. Lain pulak nampaknya kawasan ni dengan kawasan sekitar Seoul. Meriah kat sini, nasib baik la perjalanan kami masih panjang. Kalau tidak, nak sahaja kami turun dan jalan-jalan sekitar kawasan itu. Tak pasti lah apa nama kawasan tu.

Sedang menunggu bas untuk pulang ke Seoul.
Sempat pulak kakak kite tu berbual-bual dengan seorang pelancong dari Thailand

Sampai di Suwon Station kami menaiki metro untuk ke Namdaemun Market setelah semalam kecewa pasar itu telah tutup. Sesampai sahaja kami di Namdaemun Market, keadaan tidak seperti yang diharapkan. Hanya beberapa kedai sahaja yang dibuka. Takkan masih bercuti lagi. Untuk memujuk hati yang kecewa, kami meronda-ronda juga di kawasan tersebut. Habis juga beberapa ribu KRW di kedai-kedai yang dibuka. 

Kami singgah di sebuah kedai menjual jus oren dan manisan kerana seorang sahabat nak beli jus oren itu. Sedap katanya, tapi aku tak beli pon pasal tak dahaga. Sempat bertanyakan kepada makcik itu kenapa banyak kedai tak buka. Makcik itu kemudiannya memberitahu bahawa kebanyakkan kedai di situ ditutup pada pukul 5 petang. Owh.. patut la bila kami datang asik takda orang yang berniaga je. Berniaga ikut opis hour jer kat sini rupanya. Sudah terlanjur bertanya dengan makcik itu, kami bertanya lagi di mana kami boleh cari brooch murah yang ramai orang Malaysia katakan itu. Makcik itu terus menunjukkan bangunan di hadapan (Blok E kalau tak silap), kalau naik train turun Hoehyeon Station keluar ikut Exit 5. Ok, baik makcik, kamsahamida.

Kebab Seoul untuk semua untuk makan malam hari itu.

Setelah mengalami kerugian beberapa ribu KRW, kami beransur pulang. Terjumpa pulak sebuah kedai kecil  di tepi jalan menjual kebab dan makanan arab yang lain. Halal katanya. Kami singgah dan membeli makan malam kami di situ sahaja. Kebab untuk semua malam itu. Alhamdulillah.


You Might Also Like

6 comments

  1. Seronoknya dapat tengok dan alami budaya korea dengan mata kepala sediri.
    Apa yang ada dalam tempayan yang banyak tu food yang ditapaikan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam tempayan tu ade penyamun kot.. hahaha
      tak tau la sebenarnya ade ape. kawan kata ada kicap, tengah diperam

      Delete
  2. seronoknya dapat jalan korea. wishlist yang tak berjaya lagi ni. harap ada rezeki tahun 2020

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah bro, ade rezeki nanti sampai la...

      Delete
  3. Cuma mampu melihat gambar2 yg indah. Nak sampai tak tahu bila la. Tp impian tu tetap ada nak menjelajah ke negara org.

    ReplyDelete