891 : Butuh Lebih Sering Liburan (Episod 9)

Pejam-celik-pejam-celik, hari yang dinantikan menjelang tiba. Walaupon persiapan giat dijalankan, aku sebenarnya tak perasan bahawa tarikh itu adalah pada minggu hadapan. Kelmarin, pegawai aku datang bertanya pada aku, 'afeezz, minggu depan u ada ke?'. Aku dengan confidentnye jawap, 'ada'. Beliau bertanya lagi, 'yang u cuti tu bile?'.  Aku menjawab, 'saya cuti start 3 hari bulan', dan masa tu lah baru aku perasan bahawa tarikh aku fly itu adalah minggu hadapan. Lantas, beliau mengingatkan aku untuk menyediakan perkara-perkara yang akan diambilalih oleh beliau semasa ketiadaan aku nanti. Baik boss, saya memang ingat perkara itu, Terima kasih kepada boss aku tu kerana sudi membantu aku. 

Minggu hadapan, 3 hari bulan sepuluh, pada waktu dan ketika ini, InsyaAllah aku akan berada di dalam penerbangan menuju ke destinasi pilihan untuk bercuti. Waktu penerbangan dijadualkan pada pukul 7.50 pagi dan dijangka tiba pada pukul 3.20 petang waktu tempatan. Sudah sekian lama rasanya aku tidak ke luar negara untuk bercuti, kali terakhir adalah pada bulan Mac 2017. Disebabkan pada tahun 2018, masing-masing mengalami masalah kegawatan ekonomi, maka aktiviti tahunan kami itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Tiket penerbangan untuk percutian kali ini telah dibooking seawal bulan November 2018. Alhamdulillah, dapat tiket murah walaupon takdelah murah sangat pon setelah dicampur dengan kos bagasi, makan dan sebagainya. Budgeting perbelanjaan kami di sana telah juga dibuat. Itinerary juga telah disediakan. Hanya menunggu tarikh dan waktu penerbangan sahaja. 

'Buku Merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh' - Kaka

InsyaAllah, kalau tiada apa-apa aral di mana-mana, hujung minggu ini, kami akan membuat add-on kepada tiket penerbangan kami untuk tambah bagasi dan makanan di dalam flight nanti. Juga kami akan terus membuat self check-in. 

Doakan agar kami selamat pergi dan selamat kembali dan dipermudahkan segala urusan kami.

Sehingga itu, tak sabar rasanya nak fly kembali.... 

You Might Also Like

4 comments

  1. Wah! bestnya cuti-cuti obersea heheeehe...
    Semoga selamat kembali dan merakam memori sweet-sweet sahaja.
    Nak souvenir ehh!

    ReplyDelete