884 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440/2019 (Episod 1)

Sudah seminggu Aidil Fitri menjelang. Lagu raya masih lagi berkumandang. Di FB masih ramai lagi yang post gambar raya, di IG lebih meriah gambar-gambar mereka. Orang masih lagi kunjung mengunjung, ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Start minggu ni meriah lah dengan jemputan ke open house, walau bagaimanapun aku tak terima lagi apa-apa jemputan pon, uhuks...

Sambutan hari raya aku tidaklah semeriah mana. Sekadar buat bende-benda yang wajib jer, bak kata aku. 

Menjelang 1 Syawal (4 Jun 2019,Selasa)

Aku masih lagi di kantor. Ikutkan hati memang malas nak pergi kerja dan apply EL sahaja. Walau bagaimanapun, aku gagahi diri menuju ke kantor. Jalan raya dan lebuh raya MEX sudah pon lengang pagi itu. Ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing nampaknye. Aman sikit Kuala Lumpur yang setiap hari sesak dan senak lagi semak. Di kantor hanya ada beberapa orang sahaja, semuanya buat urusan masing-masing yang aku yakin bukan buat kerja pon. Jasad sahaja berada di kantor, hati sedang memasak ketupat dan rendang di rumah.

Disebabkan telah diisytiharkan hari ini kerja half day sahaja, tepat pukul 1.00 petang, tanpa membuang masa aku clock-out dan meninggalkan kantor itu. Aku menuju ke Selayang. Tugas aku untuk mengambil ayah dan membawa beliau ke rumah kakak aku di Putra Perdana untuk berhari raya. Lebih kurang pukul 4.00 petang kami bertolak ke rumah kakak.

Di Putra Perdana, kakak sedang sibuk menyediakan juadah untuk hari raya. Ketupat sudah direbus dan kurma ayam juga sudah tersedia. Menu seterusnya, kakak hendak membuat pulut kuning dan kuah lodeh. Rendang daging pula akan disediakan oleh abang ipar pada malam hari atau esok bergantung pada keadaan.

Ketupat palas yang sedang disediakan 
oleh adik dan keluarga mertuanya

Berbuka puasa terakhir tahun ini kami berbuka dengan juadah hari raya yang telah disediakan disamping McDonald's McChicken yang aku beli sebelum waktu berbuka. Alhamdulillah, cukup sebulan aku berpuasa pada tahun ini.

Aku lepak di rumah kakak sehingga lebih kurang pukul 10.00 malam dan aku pulang ke rumah aku di Cyberjaya. Sesampai di rumah aku terus membuat persediaan raya di rumah aku pula walaupon aku tahu takde siapa pon yang nak datang beraya ke rumah aku esok. Semangat nak menyambut raya tu yang buat aku teruja nak wat persediaan raya di rumah sendiri. Aku masukkan semua jenis kuih raya yang aku ada ke dalam balang dan letakkan di atas meja makan untuk para tetamu aku. Kemudian aku memasukkan duit raya ke dalam sampul raya untuk diberikan kepada anak-anak buah aku dan juga anak-anak tetamu yang datang.

Persediaan kuih raya aku. Nasib baik telah disediakan, 
tak tahu pulak ada tetamu nak datang esok

Duit raya untuk orang yang tersayang

1 Syawal 1440 (5 Jun 2019, Rabu)

Pukul 8.00 pagi aku sudah siap dengan pakaian raya dan menuju ke masjid berhampiran untuk bersembahyang sunat Aidil Fitri. Takbir telah berkumandang dan masjid sudah mula dipenuhi dengan para jemaah yang rata-ratanya aku lihat orang asing, mungkin pekerja-pekerja projek pembinaan berhampiran yang tidak pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

Salah sebuah masjid di Cyberjaya. 
Bersolat Sunat Aidil Fitri di sini

Permandangan di dalam masjid. Sudah dipenuhi jemaah

Usai solat dan mendengar dua khutbah hari raya, aku terus ke rumah kakak aku semula. Program hari raya kami tahun ini agak berbeza. Kakak akan pergi ke rumah mertuanya pada pagi itu dan akan kembali petang nanti. Adik juga akan berhari raya di rumah mertuanya juga pagi itu dan akan datang ke rumah kakak pada petang hari. Abang pula akan datang ke rumah kakak pada petang hari juga. Maka tinggallah aku dan ayah sahaja pagi itu di rumah kakak. 

Petang itu semua sudah berkumpul di rumah kakak. Adik datang membawa bersama ketupat palas, kuah kacang, nasi beriyani dan ayam masak merah manakala abang datang membawa perut sahaja. Hahaha. Petang itu hanya aktiviti makan dan bersembang sahaja. 

Kemudian, ramai-ramai berpakat yang diketuai oleh abang untuk berhari raya di rumah aku pula, memandangkan abang dan adik tidak pernah ke rumah aku sebelum ini. Hanya kakak sahaja yang rajin ke rumah aku memandangkan jarak rumahnya dengan rumah aku hanya sebatang rokok perjalanan sahaja. Dengan sebanyak empat buah kenderaan, kami semua menuju ke rumah aku. Mujurlah aku dah buat persediaan malam semalam, dan rumah pon sudah dikemas sebelum raya hari itu. 

Tidak lama selepas kami tiba, tiba pula keluarga adik kepada abang ipar aku di rumah aku. Sebenarnya, mereka nak ke rumah kakak aku, tapi memandangkan kakak aku sekeluarga ada di sini, mereka juga terus ke sini, lagi pon mereka nak sangat merasa kuih-kuih raya home-made aku walaupon isterinya tu seorang baker yang pakar dalam bidang buat-buat kuih ni. Hehehe...

Anak-anak buah dan seorang bapa buah

Hari raya lebih meriah jika dapat duit raya.. 
terima kasih kepada yang sudi memberi

Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi

Sebahagian tetamu yang datang

Meriah raya tahun ni di rumah aku. Aktiviti bermaaf-maafan dan memberi duit raya juga dilakukan di sini dan gambar potret famili sempena raya pon dilakukan di sini. Rumah kecil jadi nampak meriah sebab penuh dengan orang. Sib baik jiran-jiran semua balik kampung, so bole la kalau nak bising-bising.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Famili Tok Pal

Seperti biasa, tahun ini juga pakcik telah menganjurkan Program Duit Raya Bertuah Pakcik. Dan Pemenangnya adalah Leia Susannah. Tahniah...

I is happy sangat... ahaks

2 Syawal 1440 (6 Jun 2019, Khamis)

Hari ini aku beraya sorang-sorang di rumah. Petang itu aku ke rumah kakak semula. Kakak yang ajak, katanya, kalau lapar nak makan datang la umah akak. Anyway... terima kasih kak, muah...


... bersambung

You Might Also Like

2 comments

  1. Mujur rumah dah kemas ya... ha kalau tak huru-hara la jawabnya.
    Mesti seronok bila tetamu datang bertamu kat rumah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... itu lah, mujur dah berkemas, klu tak malu gak ngan tetamu. mmg seronok bile ade tamu datang...

      Delete