Posts

Showing posts from June, 2019

886 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 12) - Agar-Agar Santan Gula Merah

Image
Beberapa hari sebelum Hari Raya tempoh hari, aku telah mencuba untuk membuat Agar-Agar Santan Gula Merah. Agar-agar ni adalah agar-agar kegemaran aku. Suka sangat agar-agar ni especially yang arwah mak aku buat dulu. Kalau beli pon selalunya tak berapa nak sedap di tekak aku ni. Dah lama berangan nak cuba membuatnya, hari itu baru lah dapat dilaksanakan dengan jayanya. 
Petang itu aku telah keluar bersama seorang rakan ke sebuah pasaraya berhampiran, sekadar untuk membeli beberapa bahan untuk agar-agar itu. Dan seperti biasa aku terbeli benda-benda yang tak perlu juga. Ermmm...
Malam itu selepas Solat Sunat Terawih aku memulakan projek aku. Resepi aku dapat dari internet sahaja. Terima kasih En. Google dan mereka yang sudi berkongsi resepi tersebut. Oleh kerana aku ni belum pandai untuk multi-tasking, aku buat satu persatu mengikut arahan resepi itu, dan akhirnya ia mengambil masa yang agak lama jugaklah. Ahaks..
Memula aku siapkan adunan gula merahnya. Aku beli gula merah yang telah…

885 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440/2019 (Episod 2)

Image
... sambungannya
3 Syawal 1440 (7 Jun 2019, Jumaat)
Hari ini kami semua ke rumah abang di Jalan Duta untuk berhari raya. Selepas solat Jumaat, aku ke rumah kakak sekali lagi dan kami beramai-ramai dengan menaiki dua buah kereta menuju ke rumah abang. Adik akan bertplak lewat sedikit dari rumahnya di Bandar Sri Putra. Tiba sahaja di rumah abang, hidangan untuk tetamu telah tersedia dengan agak mewah. Ada ketupat, rendang, sambal goreng jawa, ayam masak merah, bihun goreng, ayam goreng sekadar menyebutkan beberapa. Kemudian adik pula tiba membawa bersama mac & cheese dan sandwich tuna. 
Kemeriahan beraya di rumah abang di Jalan Duta, KL Semua terpesona menonton tv.
Kemeriahan beraya di rumah abang di Jalan Duta, KL Aku jer yang tak beralih dari meja
Kenyang makan, suka hati semua orang.
4 Syawal 1440 (8 Jun 2019, Sabtu)
Hari ni aku dan sahabat beraya di panggung wayang TGV, D'Pulze, Cyberjaya. Dah lama rasanya tidak menonton wayang. Banyak filem-filem baru, semuanya terlepas. Di bula…

884 : Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1440/2019 (Episod 1)

Image
Sudah seminggu Aidil Fitri menjelang. Lagu raya masih lagi berkumandang. Di FB masih ramai lagi yang post gambar raya, di IG lebih meriah gambar-gambar mereka. Orang masih lagi kunjung mengunjung, ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Start minggu ni meriah lah dengan jemputan ke open house, walau bagaimanapun aku tak terima lagi apa-apa jemputan pon, uhuks...
Sambutan hari raya aku tidaklah semeriah mana. Sekadar buat bende-benda yang wajib jer, bak kata aku. 
Menjelang 1 Syawal (4 Jun 2019,Selasa)
Aku masih lagi di kantor. Ikutkan hati memang malas nak pergi kerja dan apply EL sahaja. Walau bagaimanapun, aku gagahi diri menuju ke kantor. Jalan raya dan lebuh raya MEX sudah pon lengang pagi itu. Ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing nampaknye. Aman sikit Kuala Lumpur yang setiap hari sesak dan senak lagi semak. Di kantor hanya ada beberapa orang sahaja, semuanya buat urusan masing-masing yang aku yakin bukan buat kerja pon. Jasad sahaja berada di kant…

883 : Berlalulah Sudah Ramadhan, Sebulan Tak Puasa

Image
Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan tak puasa...
Pejam celik, pejam celik, pejam dan celik semula, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Telah diumumkan seantero Malaya, esok kita akan menyambut Syawal dan Hari Raya Aidilfitri mulia. Kat radio, sudah giat menghidangkan lagu-lagu raya baru dan lama. Lagu lama masih mendapat tempat di hati aku, lagu baru pon ade gak yang aku minat. Tapi lagi raya baru yang paling aku minat adalah lagu ni... hehehe...

Raya Balik - Elyana
Esok dah nak raya, aku masih lagi berada di kantor. Masih ada tugas yang perlu diselesaikan walaupon mood kerja tu dah lama ke laut dalam. Terpaksa selesaikan juga. Kat opis dah ramai yang bercuti, tinggallah kami anak-anak jati Kay-Ell yang akan menyambut lebaran di sini. Best juga raya kat Kay-Ell ni, bukannya tak best. Engkau jer yang membuatkannya tak best. 
Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua
Cuti Raya
Disebabkan Hari Raya jatuh pada tengah minggu, hari Rabu dan Khamis, makanya aku telah memohon cuti untuk hari…