880 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 11) - Menu Berbuka Puasa

Pejam celik pejam celik dan pejam semula, sudah 17 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa aku ucapkan kepada yang masih tidak berpuasa. Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Lebih kurang dua minggu lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan kita akan merayakan hari kemenangan, Idul Fitri. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini aku cuba untuk memperbaiki diri dan menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, InsyaAllah.

Seperti tahun lepas, aku akan bersahur sendirian, aku akan berbuka juga sendirian. Macam tulah kehidupan seorang bujang sebatang kara di kota ni. Juadah berbuka puasa selalunya aku akan beli sahaja di bazar-bazar Ramadhan berhampiran. Lebih jimat dan senang rasanya kalau beli sahaja, lagi pun yang makannya pon aku sorang jer. Aku beli pon hanya untuk aku dan takde berlebih-lebihan. Semuanya masuk perut aku dan takde yang masuk tong sampah. Untuk bersahur, aku makan ala kadar sahaja, tengok pada rezeki pagi itu. Kadang-kadang ada yang aku dah beli siap-siap di bazar Ramadhan, kadang-kadang ada rezeki dapat lah moreh selepas solat sunat terawikh di masjid berhampiran. Kalau takde, aku makan biskut dengan air kosong sahaja. Alhamdulillah, dapat bertahan sehingga waktu berbuka.

Beberapa minggu lepas, terajin plak aku untuk memasak hidangan berbuka puasa untuk aku seorang. Memula tu adalah seorang teman ni yang berkongsi resepi Ayam Masak Kurma di FB, lantas aku pon teringat akan ayam masak kurma yang selalu dimasak oleh arwah mak aku dulu. Memang sedap dan tidak dapat dinafikan, semua orang akan setuju kalau aku katakan bahawa masakan ibu kita adalah masakan yang paling sedap di dunia. Sorry Gordon...

Pagi hari Sabtu itu, aku bersama seorang rakan telah ke sebuah pasaraya berhampiran untuk membeli bahan-bahan yang tiada dalam stok aku. Cadangnya nak beli serbuk kurma, santan, kayu manis dan bunga lawang, akhirnya benda-benda lain plak yang beli, ahaks... Selepas Asar aku memulakan projek Masak Sendiri Makan Sendiri aku. 

Semua bahan-bahan telah dimasukkan, menunggu masak dan empuk sahaja

Hampir siap. Tapi rasanya macam terlebih santan dan terkurang air plak, 
pasal pekat sangat kuahnya.

Voila, inilah hasil air tangan aku. Ayam Masak Kurma 
bersama kentang dan lobak merah

Masa untuk berbuka. Menu berbuka puasa aku petang itu, 
nasi beras perang bersama ayam masak kurma, telur dadar dan air oren. 
Alhamdulillah, kenyang.

 Petang itu aku berbuka bertemankan Kong

Alhamdulillah, sedap jugak Ayam Masak Kurma aku walaupon tak sesedap yang arwah mak aku masak. Banyak lagi yang aku perlu pelajari pasal ayam masak kurma aku tidak sesempurna ayam masak kurma lain yang pernah aku rasa. Aku belajar secara trial an error jer, bukannya belajar secara professional dan takde guru yang mengajar. 

Apa-apa pon, jadilah untuk hidangan berbuka aku seorang.

You Might Also Like

0 comments