871 : Weekend Gateway : Camping at Taman Eko Rimba Sungai Tua (Episod Akhir)

... sambungannya

21 Januari 2019 (Isnin)

Malam itu tidak dapat tidur dengan lena. Mungkin sebab tempat dan suasana baru, mungkin juga sebab tidur beralaskan tanah yang keras dan tidak selesa. Telinga mendengar perbagai bunyi yang asing. Takut juga kalau-kalau ada binatang liar yang berkunjung malam-malam tu. Kadang-kadang terdengar juga bunyi salakan anjing, takut juga kalau-kalau anjing-anjing itu datang menjengah. Lagi menyeramkan kalau hantu yang datang.. hahaha. Dah la cuma ada dua kumpulan sahaja di sana. Lampu pon macam tak ada, gelap jer suasana. Aku tak tahu pukul berapa aku terlelap. Tidor pon tidak lena...

Pukul 6.00 pagi itu aku sudah terjaga. Sunyi dan gelap sahaja kawasan itu. Kawan-kawan yang lain masih lagi dibuai mimpi indah. Pundi kencing sudah penuh minta dibuang. Nak ke tandas jauh sangat dan tak berani nak pergi sorang-sorang. Kalau ikutkan aku, nak saja aku membuang tepi khemah tuh, hahaha. Nasib baik ada sahabat yang dah bangun tak lama selepas itu. Sama-sama nak membuang nampaknya. Disebabkan suasana masih lagi gelap, kami buang di sungai berhampiran jer... heheheh...

Bila suasana sudah mulai cerah, sahabat semua juga telah bangkit dari peraduan masing-masing. Pagi itu, turn aku dan seorang sahabat untuk menyediakan sarapan pagi. Menu sarapan ringkas sahaja memandangkan aku dan sahabat bukan tau masak pon. Sarapan pagi itu hanyalah roti, sardin, telur scramble dan sosej yang direbus. Seorang lagi sahabat menyediakan minuman. Kami makan beramai-ramai.

Menu sarapan pagi, roti, sardin, telur scramble, sosej rebus, 
daun salad, biskut, maggi dan minuman panas

Menu sarapan pagi yang telah di'improvised'kan 

Selesai bersarapan pagi, masing-masing segera mengemas perkakasan yang digunakan untuk memasak dan bersiap untuk di bawa pulang. Sebelum pulang, kami terjun ke dalam sungai sekali lagi.

Mandian terakhir sebelum berangkat pulang

Gambar kenang-kenangan

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami bersiap-siap untuk pulang dan meninggalkan Taman Eko Rimba itu lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Sebelum pulang ke destinasi masing-masing, kami singgah sebentar di Art Nest Cafe di Bandar Baru Selayang untuk makan tengahari.

Menu makan tengahari aku di Art Nest Cafe, Bandar Baru Selayang
Sichuan Chicken kot namanya, sedap...

Sebuah perkhemahan yang menyeronokkan. Terima kasih kepada semua sahabat yang join perkhemahan ini. InsyaAllah, next time kite plan perkhemahan yang lain pulak ye...

You Might Also Like

0 comments