869 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 6)

Semasa kunjungan aku ke Daerah Segamat hujung tahun yang lepas, aku adalah membeli dua bijik nenas. Memang tidak sah kunjungan aku ke Johor kalau tak membeli nenas. Nenas di sini ada banyak jenis sehinggakan aku pon tak tau nak membezakannya, nampak sama je semuanya. Yang penting semuanya manis-manis belaka. Aku membeli nenas-nenas tersebut di Pasar Minggu Chaah dengan harga RM10.00, yang mana buahnya agak besar. Ada juga yang lebih murah dan ada juga yang lebih mahal, aku beli yang sederhana mahal sahaja.

Bila sampai di Cyberjaya, sebiji tu aku kopek dan makan begitu sahaja. Memang manis dan habis sebiji yang aku rasa beratnya lebih kurang 1kg itu aku bedal. Sebijik lagi oleh kerana aku dah simpan agak lama dan takut akan busuk kalau aku tak makan, aku decided untuk buat air nenas sahaja seperti yang arwah mak aku selalu buat semasa hayatnya. Memang susah nak cari air nenas yang versi itu sekarang ni.

Air nenas in the making. Jemput tengok ye...

Caranya senang sahaja. Siang nenas tu elok-elok, buang hujung dan pangkalnya, kulitnya dan mata-matanya. Kemudian, potong berbentuk cube mengikut saiz kesukaan sendiri. Ada gak yang suka potong bulat-bulat, tak kisahlah, janji potong, jangan ko rebus nenas tu sebijik terus sudahlah. Ada orang kata buang empulurnya, tapi aku potong je terus.

Lepas potong siap-siap, masukkan ke dalam periuk bersama air dan rebuskan ia. Masukkan gula ke dalam rebusan tadi mengikut citarasa masing-masing dan rebuslah sehingga nenas empuk. Aku hari tu ada letak sedikit pewarna kuning agar cantik sikit warnanya. Ada yang letak daun pandan agar segar baunya. Terpulanglah kepada cita rasa masing-masing.

Bila dah masak, hidangkan. Aku suka yang sejuk...

Percubaan menanam pokok nenas. Harap-harap berjaya

Hujung pokok tu kalau nak bole tanam. Ni aku try nak tanam. Satu tu nampaknya dah berakar dan aku dah pindahkan dalam pasu. Yang satu ni belum menunjukkan apa-apa perubahan. Harap-harap berakar la kau nak...

You Might Also Like

0 comments