858 : Menuju Ke Arah Gaya Hidup Yang Lebih Sihat (Episod 7) - Hari Sukan Negara Fun Walk 2018

Dah lama rasanya tak menyertai apa-apa program larian seperti dulu. Dulu-dulu masa zaman-zaman muda dan mula-mula baru menceburi bidang dalam acara-acara larian ni, setahun sampai dua tiga program aku join. Tahun ni tak sertaia apa-apa program pon, sehingga lah semalam aku join Hari Sukan Negara Fun Walk. Cukup lah setahun sekali walau pon setahun sekali tu takde lah buat badan kita sihat. Ahaks..

 Hari Sukan Negara Fun Walk

Semalam aku dengan seorang sahabat keluar lebih awal. Kami bergerak dari Cyberjaya lebih kurang pukul 6.15 pagi dan sampai di Kuala Lumpur Sport City Bukit Jalil lebih kurang pukul 6.45 pagi. Kami menjangkakan yang kami awal, rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kami, dan sesak jugak lah Bukit Jalil tu. Nasib kami baik kami berjaya mendapat pakir walaupon agak jauh. 



Sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil. Mendung sket pagi tu.

Program bermula agak lewat sebab melibatkan Perdana Menteri yang akan melancarkan program Hari Sukan Negara itu. Disamping PM Tun Mahathir, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga turut hadir pada pagi itu. Program dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan PM melepaskan peserta-peserta untuk berbasikal Fun Ride dan diikuti dengan peserta-peserta Fun Walk. Jumlah peserta sangat ramai dikatakan ada lah dalam 3,000 orang kalau tak silap aku.

Laluan Fun Walk adalah sekitar KL Sport City termasuk jugak laluan di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil. Agak excited jugaklah untuk mereka-mereka yang tak pernah masuk dalam stadium. Aku dulu pernah jugaklah masuk dalam stadium tu sebanyak dua kali. Pertama, masa itu aku masuk semasa Sukan Komanwel 1998, tengok acara trek dan balapan, masa tu acara saringan je. Kali kedua, aku masuk untuk menyaksikan perlawan persahabatan bola sepak di antara pasukan kebangsaan dengan Manchester United. Tahun bile, tak ingat pulak. Masa tu ada orang sponser. 

Starting point

Menuju masuk ke dalam stadium

Laluan di dalam stadium

Sekitar laluan lain.

Kami sampai ke garisan penamat lebih kurang 1 jam kemudian, dah nama pon Fun Walk, maka kami berfun-fun sepanjang perjalanan. Berenti amik gambar, pergi tandas, tengok-tengok rumah abang sahabat di kawasan perumahan berdekatan dan sebagainya. entitlements untuk program ni pon tak berapa mewah, bayaran pon murah, cuma dapat air minuman sebotol, roti bun seketul dan pisang sebijik. Jadilah alas perut yang dari pagi tadi tak makan, cume minum air milo free secawan. 

Sebelum balik, kami jalan-jalan sekitar kawasan stadium tu, banyak aktiviti sukan yang dijalankan, dari wall climbing, skate boarding, lumba motor kecik, permainan tradisional dan e-sport. Sebelum balik, kami makan dulu kat area food truck yang ada kat situ. Ada rupanya tempat makan, kalau tau ada food truck kat situ, pagi-pagi tadi lagi kami dan makan dulu. Lapor giler pagi tadi sebelum event bermula. 



Sekitar venue event e-sport

Anyway, it was a fun walk. Berpeluh jugak lah, sib baek tak berapa panas pagi semalam.

You Might Also Like

0 comments