857 : SAYS Malaysia Guna Gambar Aku

Ahaks... petang Jumaat lepas, sedang aku berbosan-bosan di pejabat takde mende nak dibuat dan malas nak wat keje dan sedang tunggu waktu balik sahaja, aku surf la beberapa site yang selalu aku kujung. Setibanya aku di site SAYS Malaysia, aku pon bacalah beberapa artikel tak berfaedah yang mereka hidangkan. Tetiba, aku terpandang satu gambar pada satu artikel bertarikh 21 September 2018 ini, macam pernah mak lihat gambar iteeww. Aku pon belek-belek semula blog aku ni untuk mendapatkan kepastian, dan memang sah itu adalah gambar aku.

Screenshot dari site SAYS Malaysia

Gambar itu pernah aku gunakan untuk post aku pada 20 April 2013 (klik SINI untuk melihat, membaca dan mengkomen post tersebut). 

Aku takde nak menuntut apa-apa hak pasal aku pon takde copy right untuk gambar tu. Gambar tu pon takde aku bubuh apa-apa kesan watermark, jadi susahlah aku nak membuktikan bahawa itu gambar aku. Oleh yang demikian, sesiapa nak guna pon boleh, aiman tak kesah. Setidak-tidaknya, mentionlah sikit dari mana dapat gambar tu. Glemer lah jugak mak nanti. Ahaks...

Gambar dari post aku bertarikh 20 April 2013. 
Sejibik tak macam gambar di atas iteww.

Apa-apa pon, tabung itu masih lagi macam tu lah. Tak sempat nak pergi bank seperti yang disyorkan oleh SAYS Malaysia itu untuk depositkan syiling-syiling tersebut. Seingat-ingat aku, ada lah dalam RM300.00 syiling dalam tabung itu.

OK.. bye SAYS Malaysia

You Might Also Like

0 comments