849 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2018


Alhamdulillah. Sudah 10 tahun aku di dunia blog. Masih aku tidak jemu untuk menulis kisah-kisah mengenai aku di blog walaupon aku tahun tiada siapa yang mahu membacanya. Matlamat aku menulis blog sudah bertukar dari mahu mencari kenalan dan trafik yang banyak ke menulis untuk diri sendiri sahaja, setelah dunia blog aku tidak semeriah dahulu. Hilang sudah kawan-kawan blog yang dahulunya menggamatkan dunia blog aku. Seorang demi seorang meninggalkan blog mereka, yang aku pasti sudah berubah ke medium media sosial yang lain. Apa-apa pon kawan-kawanku, kita masih lagi berkawan.

Aku harap agar aku akan terus berblog dan bercerita mengenai aku, agar aku tidak lupa, agar kisah-kisah dan kenangan aku tetap subur walaupon aku sudah tiada lagi. Kisah aku tidaklah sehebat mana, setidak-tidaknya aku harap ada yang membacanya suatu hari nanti.

XOXO :D

You Might Also Like

0 comments