846 : Selamat Hari Raya Idul Fitri 1439H/2018M, Mohon Maaf Lahir dan Batin (Episod 1)

Assalamualaikum

Sudah lapan hari kita berada di bulan Syawal. Sejak semalam aku sudah berada di kantor semula untuk mencari sesuap nasi dengan rezeki yang barokah. Kalau ikut kan hati mahu sahaja aku sambung cuti lagi dua hari. Hehe..

Menjelang 1 Syawal 1439 (14 Jun 2018)

Pagi itu aku masih lagi berada di kantor. Jalan raya sudah mula lengang menandakan ramai yang sudah meninggalkan kota untuk berhari raya di kampung halaman masing-masing. Di kantor juga telah ramai yang bercuti, tinggallah kami, anak-anak jati Kuala Lumpur yang akan menyambut hari lebaran di kampung masing-masing Kuala Lumpur. Mood untuk membuat kerja memang sudah lama ke laut dalam, semua sinuk membuat hal masing-masing yang aku rasa bukannya membuat tugas hakiki masing-masing. Aku pula ada lah buat keje sikit (tunjuk rajin) selebihnya aku layan youtube. Pukul 1.00 petang, kami berbondong-bondong meninggalkan kantor. Kami dapat half-day hari ni.

Aku terus balik ke Selayang. Mengikut perancangannya pada tahun ini kami akan berhari raya di rumah kakak di Putra Perdana, Puchong. Aku balik Selayang dahulu untuk merebus ketupat segera since aku yang volunteer nak merebusnya. Aku packing barang sikit-sikit. Barang-barang ayah telah dipacking oleh abang. Selepas Asar, aku bergerak meninggalkan Selayang menuju ke Putra Perdana bersama-sama ayah.

Di Putra Perdana, kakak sudah siap masak juadah untuk hari raya. Seperti biasa, kakak telah menyediakan kurma ayam dan sambal sotong. Rendang daging dan kuah lodeh akan disiapkan malam nanti katanya. Adik pula akan datang esok pagi membawa bersama ketupat palas dan kuah kacang. Abang juga akan datang esok selepas sembahyang raya. Malam itu seperti kebiasaannya kami akan berbuka dengan juadah raya yang telah disediakan. Nyam-nyam sedapnye.

Kurma ayam satu periuk tiga ekor ayam

Ketupat segera dan sambal sotong

Ketupat palas in the making 

Dalam pukul 9.00 malam, aku bersama dengan dua orang anak kakak aku telah pergi ke rumah aku di Cyberjaya. Aku nak cuci baju dan ambil sedikit barang termasuk kek raya yang aku buat dan di bawa ke rumah kakak. Selesai semuanya, aku pulang ke rumah kakak dan bermalam di sana.

1 Syawal 1439 (15 Jun 2018)

Tahun ni aku tak pegi sembahyang raya, hahaha. Bangun pon dah lambat. Tahun ini, menurut titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sembahyang Sunat Aidilfitri mesti dilaksanakan pada pukul 8.00 pagi memandangkan Solat Jumaat juga mesti dilaksanakan tengahari nanti. 

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, adik aku sekeluarga tiba diikuti pula dengan abang sekeluarga. Selesai makan semua, bermulalah aktiviti memberi duit raya kepada yang layak mendapat duit raya pada tahun ini. Tahun ini aku dapat duit raya dari adik aku, hahaha... merangkap birthday presents katanya. Ape-ape pon, terima kasih dek, moga murah rezeki ko selalu, InsyaAllah. Aku juga telah memberi duit raya kepada ayah aku dan sepuluh orang anak buah aku. Pada tahun ni, cabutan duit raya bertuah pakcik dimenangi oleh anak adik aku, Anna Ayryn. Memang aku selalu buat cabutan duit raya bertuah, excited semua anak buah aku nak duit raya dari pakciknya.

Aktiviti memberi duit raya

Gambar raya famili tanpa aku sebab aku dah kuar beraya dengan kawan

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kawan aku sampai di rumah kakak aku. Tahun ini nampaknya aku akan join diaorang beraya. Sebelum itu, kami singgah di masjid berdekatan dengan rumah kakak aku tu untuk menunaikan solat jumaat. Masjid ni sama jer dengan masjid-masjid lain, tapi apa yang membuat aku kagum dengan masjid ni adalah dia punya 'Ameeennnn' selepas bacaan Fatihah, rasa macam bergegar satu masjid, punyalah kuat dan bersemangat. Kalau masjid-masjid lain yang pernah aku pergi, macam malu-malu jer nak amin, kadang-kadang tak dengar langsung. 

Usai solat jumaah, aku bersama-sama Fred, Daus dan Iz terus menuju ke destinasi kami yang pertama iaitu ke Fai's Mansion di Taman Salak Mulia, Salak Tinggi. Tak susah mencari rumahnya menggunakan waze. Rumah baru sememangnya cantik, tambahan pula rumah orang ada-ada ni. Di Fai's Mansion kami dijamu dengan nasi beriyani, ayam masak merah dan menu-menu biasa hari raya.

Menjamu selera di Fai's Mansion

Tak lama kami di Fai's Mansion, lebih kurang pukul 4.00 petang kami meminta diri untuk ke destinasi seterusnya, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, YAB Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana Putrajaya. Ini merupakan kali pertama aku menghadiri majlis seumpamanya. Kami pergi dengan dua buah kereta dengan kekuatan enam orang untuk menyerang Seri Perdana. Sesampai kami di sana lebih kurang pukul 4.30 petang, tetamu masih lagi ramai dan ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya menurut Fred dan Daus yang merupakan tetamu tegar majlis itu. Nasib kami balik kerana dapat pakir yang tidak jauh. Menuju ke tempat menjamu selera, Tun Dr. Mahathir sedang memberi ucapan dan agak sesak kawasan di situ. Keadaan menjadi gawat dan berasak-asak tatkala Tun hendak meninggalkan kawasan tersebut. Aku yang sudah terperangkan di situ tidak lagi boleh ke mana-mana, jadi aku pasrah ditolak, diasak dan diraba dengan begitu rakus oleh pengunjung yang lain yang ingin melihat dan berjabat tangan dengan Tun. Dalam keadaan itu, aku makin ditolak ke depan dan akhirnya aku dapat melihat Tun dengan jelas dan dapat juga aku berjabat tangan dengan Tun. Huhu... bangganye aku masa tu.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

Cenderahari dari Tun 

Selepas aku bersatu semula dengan kawan-kawan aku, kami terus ke kawasan untuk menjamu selera. Kebanyakkan makanan yang dihidangkan telah habis yang ada pon hanya sisa-sisa sahaja. Aku yang memang dah kenyang pada masa tu hanya merasa mee goreng mamak yang agak masin bagi aku. Selebihnya aku hanya minum air sahaja memandangkan cuaca agak panas waktu itu. Pengunjung-pengunjung lain aku tengok sibuk tengah tapau-tapau makanan yang berlebihan. Oklah tu... dapat mengurangkan pembaziran.

Lebih kurang pukul 5.30 petang kami bergerak meninggalkan Seri Perdana dan menuju ke Putra Perdana untuk berkunjung ke rumah aku pula. Di rumah aku, memandangkan semua dan kenyang (aku assumed), mereka hanya menjamu kuih-kuih raya yang aku buat sahaja. Menjelang maghrib, tamatlah sudah aktiviti raya pertama aku untuk tahun ini.. huhu, seronok.

... bersambung

You Might Also Like

0 comments