22 May 2018

844: Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 3)

Di suatu malam yang sepi dan dingin, tiba-tiba aku mengidam nak makan sesuatu. Dah lama benar rasanya  tak memakannya. Hidup sebagai sebatang kara di kota yang penuh pancaroba ini, kalau kau teringinkan sesuatu, kau kenalah berusaha untuk mendapatkannya, samada kau mencarinya, atau kau suruh orang membuatnya, atau kau buat sendiri. Bagi aku, aku memilih option ketiga, aku akan berusaha untuk buat sendiri, uhuks.

Tadaaa..... inilah hasil titik peluh aku, Bubur Jagung.

Bubur Jagung, first time cuba

Tak perlulah aku share resepinya pasal aku yakin ramai lagi rakyat diluar sana yang pakar-pakar memasak yang telah berkongsi resepinya. Aku pon dapatkan resepi dari internet jer. Alhamdulillah, hasilnya tidak menghampakan. Pas ni bole try masak mende lain plak... 

No comments:

Post a Comment