19 March 2018

840 : Tertunai Sudah Tanggungjawab (Episod 4) - Boleh Lah Nanti Beli Karpet Baru

Alhamdulillah, tertunai sudah tanggungjawab ku kepada negara. Bukan tanggungjawab mengundi, Pilihanraya  Umum ke 14 lama lagi dan masih belum diumumkan oleh si Jibby. Tanggungjawab yang tu aku tak dapat laksanakan sebab aku belum lagi mengundi sebagai pemilih, masih tak layak menjadi seorang pemilih (ahaks). Tanggungjawab yang aku maksudkan ini adalah tanggungjawab membayar cukai pendapatan, agar aku tidak dikategorikan sebagai pengkhianat negara oleh Jibby dan Rosmah.

Tahun ni nampaknya aku akan mendapat lebih banyak lebihan pembayaran PCB yang telah dilakukan. Tahun ini juga tuntutan aku agak banyak terutama tuntutan di bawah kategori gaya hidup yang memperuntukkan maksimum sebanyak RM2,500.00. Aku tuntut sehingga maksimum kerana bayaran untuk langganan internet aku sahaja sudah melebih RM3,000.00 pada tahun lepas. Itu tak termasuk pembelian telefon bimbit baru dan juga bahan-bahan bacaan, huhu...

Setelah dicampur tolak kali bahagi bagai, lebihan yang bakal aku dapat nanti bolehlah aku gunakan untuk membeli karpet di rumah baru aku nanti. Syukur la nak...

baiya... saiya mau bili itu karpet... (sekadar gambar hiasan)

OK bai...

No comments:

Post a Comment