23 January 2018

838 : It's Not Big, But It's Mine

Setelah menunggu lebih 2 tahun rasanya, akhirnya pada tanggal 26 Disember 2017 aku telah memperolehi kunci kepada rumah pertamaku, rumahku syurgaku, rumah selangorku dan macam-macam jenis rumah lagi kepada rumahku ini. Perasaan gembira bercampur baur, walaupun tak besar, yang penting ia milik aku, hasil titik peluh aku selama 15 tahun membanting tulang empat kerat mencari rezeki. 

Rumahku Syurgaku yang bakal aku duduki

Menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke dalam rumah itu, aku tidak lupa memberi salam kepada malaikat-malaikat yang menjaga rumah aku. Aku bersama seorang wakil syarikat pemaju memeriksa unit aku. Terdapat beberapa ketidaksempurnaan yang aku dapat lihat. Aku catatkan di dalam borang yang disertakan. Pada 30 Disember 2017 aku telah mengupah seorang private investigator untuk memeriksa sebarang kecacatan pada unit aku. Itu prosedur biasa bila membeli rumah baru. Diakhir pemeriksaan dia telah dapat mengesan 100 ketidaksempurnaan pada unit aku. Alhamdulillah, semuanya minor defect sahaja. Report akan diberikan kepada aku dalam tempoh 2 hari. 

Gugusan kunci - yang tak dapat kunci dua bilik air

Minggu berikutnya, pada 6 Januari 2018, aku telah ke Pejabat Pengurusan untuk menghantar Defect Report aku. Menurut perjanjian, pihak pemaju mempunyai masa selama 30 hari untuk memperbaiki semua ketidaksempurnaan yang dilaporkan. Ape yang aku perlu buat sekarang hanya menunggu tindakan dari pihak pemaju. Pada hari itu juga, aku bersama dua orang sahabat telah pergi ke Nilai 3, sekadar nak survey langsir di sana. Banyak juga bilik pameran yang kami singgah, sehingga rambang mata tak tahu nak pilih yang maner. Banyak juga kami minta sebutharga, yang rata-rata berjumlah hampir RM2,000. Tapi kami tak confirm order lagi pon, sekadar survey sahaja. 

Pada 9 Januari 2018, sekali lagi aku ke rumah baru untuk memasang perkhidmatan internet. Rumah baru aku ni datang bersama-sama dengan internet berkelajuan 30Mbps secara percuma selama 2 tahun sumbangan Cyberjaya Broadband. Woohooo....

Free 30Mbps broadband for 2 years by Cyberjaya Broadband

Pada 13 Januari 2018 sekali lagi aku datang melakukan lawatan tapak. Nampaknya report yang aku hantar awal bulan ini telah diambil tindakan sewajarnya. Semua hollow tiles yang dilaporkan telah diperbaiki. Pada minggu berikutnya, 20 Januari 2018 sekali lagi aku melakukan lawatan tapak. Kali ini, semua retakan pada pintu sedang diambil tindakan. Bahagian cat dinding yang tidak sempurna juga telah dicat semula. Sebuah tingkap yang tidak boleh ditutup rapat juga telah diperbaiki. Hari ini juga aku ada appoinment untuk ukur grille dan window tinted. 

Masih ada lagi defect yang belum diambil tindakan. Aku masih belum boleh pindah sepenuhnya. Walau bagaimanapun, aku masih berbelah bagi untuk pindah atau tidak. Banyak perkara yang perlu aku pertimbangkan sebelum membuat keputusan. 

Masih lagi berfikir

Semoga semua urusan aku dipermudahkan. 

2 comments:

  1. tahniah .. bagus tempat ini.. airport dekat, Putrajaya lagi dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya nak pi keje agak jauh gak, kene tol lagik... keje di Petaling Jaya

      Delete