11 November 2017

835 : Sakit Itu Rahmat Dan Penghapus Dosa (Episod Akhir)

... sambungannya 

12 Oktober 2017 (Khamis)

Hari kedua aku di Wad 4B Surgical. Doktor yang buat round-up pagi ni telah membenarkan aku untuk minum sedikit sahaja. Itupon sekadar clear fluid a.k.a air kosong. Waktu melawat tengahari itu, tiada siapa yang datang melawat aku. #sedey

Selepas waktu melawat tengahari itu, doktor buat round lagi. Kali ini doktor membenarkan aku untuk minum susu. Makan masih tidak dibenarkan kerana dikatakan bahawa kesakitan aku telah pecah di dalam. Confius aku sekejap, di dewan bedah semalam selepas pembedahan, aku dimaklumkan hanya bengkak sahaja, pagi ni pecah pulak. Ermmm... Apa-apa pon syukur kehadrat Allah swt semuanya telah selamat dan dipermudahkan. Aku segera menghantar message kepada kakak dan sahabat aku untuk membelikan susu untuk aku. 

Waktu melawat petang itu, sahabat aku datang melawat sambil membawa susu yang aku pesan. Sebentar kemudian, datang pula ayah, kakak serta anak-anak buah aku. Gembira aku mereka datang, takde la bosan sangat. Dok hospital ni memang membosan kan, dah la tak bole makan, nak berjalan pon tak bole pasal aku pakai dua drip di tangan aku. Nak pi toilet pon kene panggil nurse untuk cabut drip aku dulu, pastu baru bole pegi. 

Dah macam pipe line dah aku tengok mende kat tangan aku ni...

Malam itu, lebih kurang pukul 12.00 tengah malam, sedang aku baru nak lena, seorang Puan Nurse datang. Ditanya kepada aku samada aku boleh tak untuk ditukarkan wad, kerana wad aku ni sudah penuh dan ada kes lain nak masuk. Memandangkan aku sudah stabil dan sudah dibenarkan makan, mereka perlu memindahkan aku. 'What!!! Saya dah boleh makan, tak bagitau pon'. Dengan poyonye Puan Nurse menjawab, 'Tadi doktor datang nak bagitau, tapi encik tido'. Cis... dah malam baru nak bagitau, bukannya ade makanan pon. Puan Nurse offer aku biskut, tapi aku cakap takpelah, esok pagi je saya makan. Aku terus dibawa ke Wad 6A ORL/OS. 


13 Oktober 2017 (Jumaat)

Hari ketiga aku di Wad 6A ORL/OS pula. Pagi ini aku dapat makan makanan hospital, nasi goreng dengan teh. Disebabkan aku telah hampir 3 hari berpuasa, walaupon nasi goreng dia tak berapa nak sedap, aku makan dengan lahapnya, licin pinggan itu. Hehehe...

Makanan pertama aku selepas hampir 3 hari berpuasa. 

Puan Nurse juga ada memberitahu aku bahawa aku sudah boleh discharge hari ini. Semua dokumen telah disediakan menunggu doktor untuk datang melihat keadaan aku sahaja. Doktor sudah datang pagi tadi, tapi masa dia datang aku di dalam tandas. Makanya, dia tak tengok aku pagi ni. Ciss...

Petang itu doktor datang lagi. Diperiksanya keadaan aku dan luka pembedahan aku. Aku tidak dibenarkan discharge hari itu kerana luka aku masih belum kering. Terpaksalah aku bermalam di hospital lagi hari itu. Uhuks...


14 Oktober 2017 (Sabtu)

Hari keempat dan aku masih lagi di Wad 6A ORL/OS. Doktor pagi itu datang, memeriksa dan membenarkan aku untuk pulang ke rumah. Huhu... gembiranya aku. Lagi lama kat hospital ni, aku rasa tekanan darah aku makin naik. Ape taknya, tiap-tiap malam tidorku diganggu.

Hari ketiga di Wad 6A ORL/OS. Dapat katil tepi tingkap juga. 

Aku menguruskan segalanya proses discharge aku. Sebelum pulang, Puan Nurse membuat dressing pada luka aku, membekalkan semua dokumen yang berkenaan dan ubat. Lebih kurang pukul 1.00 petang, adik aku datang untuk membawa aku pulang.

Terima kasih yang teramat tinggi aku ucapkan kepada abang aku, yang telah menghantar aku ke klinik dan ke hospital. Sanggup menunggu aku sehingga pukul 3.30 pagi. Terima kasih juga kepada kakak aku yang hampir setiap hari datang melawat dan meneman aku di hospital. Terima kasih juga kepada adik aku yang datang menjemput aku untuk dibawa pulang. Terima kasih juga kepada dua orang sahabat aku yang datang melawat aku di hospital.

Terima kasih juga kepada semua doktor, jururawat dan semua kakitangan Hospital Selayang yang membantu saya sepanjang saya di hospital. Muah...


No comments:

Post a Comment